TERKEJUT. Terkejut Ayyish merenung wajah si mati itu. Air mata mula membasahi pipinya itu.
"Ha... Hakimi?" Terketar-ketar dia menyebut nama sahabat baiknya yang sudah lama pergi itu. Jelas, sahabat baiknya itu sedang tersenyum. Seolah mempertawakan Ayyish.
Luluh jiwa Ayyish. Sedih. Hiba. Marah. Semua perasaan itu bercampur di dalam diri.
"Kenapa?" Deras air mata mengalir. Ayyish pejam mata sebelum dia angkat wajah. Menatap tajam wajah Hakimi dengan penuh kebencian.
"Kenapa kau buat macam ni, Kimi?!" jerkahnya. Ayyish jatuh melutut. Kepala ditundukkan.
"Tak cukup ke kau sakitkan aku dengan kematian kau? Kau nak juga letak segalanya di bahu aku. Kenapa Kimi kenapa?!" Meraung Ayyish di situ. Sedih. Sedih apabila sahabatnya itu penyebab semua benda ini terjadi.
Setelah sekian lama dia tidak langsung bertembung, dia datang mencari Ayyish. Tapi sayangnya, tujuan utama dia hanya untuk menggunakan Ayyish sebagai kambing hitam.
Dan itu membuatkan Ayyish rasa dikhianati. Sungguh, dia rasa sedih sekarang ini. Dada terasa berat. Seluruh tubuhnya terasa lumpuh. Bahunya berat. Berat memikul segalanya.
"Kau kejam! Kau kejam! Kau kejam!" Meraung Ayyish di situ. Sedih. Itu yang dia rasakan. Tak tahu apa salahnya.
Tapi, semakin lama dia lihat Hakimi semakin jauh. Semakin jauh sampai dia tidak menjumpai lagi. Ayyish hanya keseorangan di sini sekarang.
Gelap.
Tiada sesiapa di sini.
Sejuk.
Ayyish senyum sinis. Kan bagus kalau ia dapat membunuh Ayyish perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya dia tak perlulah hidup begini lagi, kan?
"Shh..." Tiba-tiba dia terdengar suara itu. Suara merdu itu.
"You're going to be alright." Tak sedar air matanya sudah menitis. Suara itu lembut saja memujuknya. Bagai memujuk sang bayi yang menangis.
"Am I?" tanya Ayyish. Sejujurnya, dia pun tak tahu macam mana dia boleh bertahan sehingga kini. Dia terlalu penat dan tidak terdaya lagi untuk meneruskan kehidupan.
Kenapa dia meneruskan?
Kenapa dia tak mati saja?
"Yes. Yes, you are. You are the strongest soldier I know. You won't give up easily. Because I will not give you up."
Krak!
Serentak itu, ilusi kegelapan itu pecah berderai. Tiada lagi ilusi kegelapan. Tiada lagi wajah Hakimi. Tiada lagi dirinya yang pathetic itu. Semua itu tiada.
Yang ada sekarang ini ialah wajah sang gadis yang sedang mengusap kepalanya. Tidak dapat dia lihat wajah itu dengan jelas kerana pandangannya yang kabur dek air mata yang deras mengalir.
Tapi dia kenal suara itu. Dia kenal suara yang memujuknya supaya bawa bertenang. Suara yang lunak. Suara yang dapat mengeluarkan dirinya dari fikiran negatif.
Suara itu...
"Aaira." Dapat dia rasakan sentuhan itu mengeras seketika.
Tanpa dipinta, air matanya mengalir sekali lagi. Tidak hiraukan tangan gadis itu yang mengusap lembut pipinya sekaligus menghapuskan air matanya.
"Kenapa nangis?" Lembut suara itu menyoal. Betul-betul macam Ayyish ni budak kecil. Atau... perangainya memang macam budak kecil sekarang ini.
Ayyish geleng lemah. Mungkin kesan dari ubat bius tapi apa yang dia tahu ialah hati dia sungguh sakit sekarang ini.
"Mimpi buruk ke?" Perlahan-lahan Ayyish menganggukkan kepala. Lemah.
Aaira senyum kecil. Tak sangka dia dapat jumpa Ayyish versi ini. Versi kanak-kanak.
"Shh..." Dahi Ayyish diusap lembut mahu mendodoikan Ayyish. Dia tahu ini mesti kesan ubat bius punya. Kalau tak, mungkin Ayyish tidak bertingkah seperti ini.
"Tidur." Bahu Ayyish ditepuk lembut namun tubuhnya mengeras buat seketika apabila Ayyish memegang tangan yang mengusap bahunya itu lalu dikemaskan pengangan itu.
Terkejut tapi Aaira bertindak seperti biasa. Mendodoi Ayyish sampai dia tertidur.
Lama dia memandang wajah itu sebelum beralih pula pada kesan air mata yang sudah kering si pipi. Wajah itu diusap penuh kasih.
Dia tahu. Wajah itu... menyimpan terlalu banyak duka. Terlalu banyak luka yang buatkan jantungnya koyak. Semua itu terlalu menyakitkan.
Tanpa sedar, Aaira mengeluh.
Tak tahulah sama ada mengambil kes ini adalah tindakan yang bagus ataupun tidak. Dia sendiri pun tidak tahu.
Diam.
Tanpa sedar, Aaira tersenyum kecil. Suka melihat wajah Ayyish yang sedang tidur. Kelihatan polos saja.
"Saya tak tahu apa yang awak takutkan."
"Tapi saya janji yang saya akan lindungi awak selagi saya boleh."
AAIRA melangkah masuk ke dalam ruangan balai polis itu. Pergerakan penuh aura dan confident sekali. Dingin matanya menatap wajah ahlinya.
Bibirnya senyum sinis.
"Saya rasa tak perlu nak perkenalkan diri saya lagi sebab semua dah tahu." Sunyi saja ruangan balai polis itu. Tiada siapa berani bersuara mendengar suara dominan Aaira. Masing-masing memandang wajah satu sama lain sebelum menelan air liur.
"Now... is not the time to play around since I'm the acting leader from now. Saya harap awak semua serius dalam kes ini juga."
Gulp!
"And I hope no mistakes will you make in the future. Tak malu ke sebarang seorang polis buat salah banyak sangat? Macam mana nak lindungi rakyat kalau diri pun lemah?" Sinis ayat itu dilontarkan kepada mereka semua.
"Tiada lagi masa nak main-main. Cukuplah awak semua dah rosakkan plan hari tu."
"And trust no one. Even if it's your subordinate. Because, when you do, you'll end up getting stab." Masing-masing terkedu mendengar suara itu. Wajah serius Aaira dipandang dengan penuh tanda tanya.
Adakah gadis ini sudah menghadapi perkara itu?
Suara Aaira pun kedengaran penuh sedih. Bagai memendam sesuatu yang dalam. Yang penuh sarat dengan duka.
Sedar akan keadaan yang berubah sedih itu, Aaira berdehem. Tak naklah buat drama air mata kat sini. Ni nak serius ni.
"Now..." Keadaan kembali serius. Wajah Aaira juga sudah tegang semula. Mengingati wajah Ayyish tadi cukup mengarahkan bahawa ada sesuatu yang terjadi di antara dua itu.
Dan dia akan korek rahsia itu. Dia mahu tahu... apa duka yang Ayyish sorokkan.
"Kau dah mula sayangkan dia ke?"
Sayang?
Aaira pun tak pasti tentang hal itu. Cuma... dia tak mahu Ayyish disakiti lagi.
"For your first task." Aaira menarik nafas dalam-dalam. Masing-masing juga sudah seriuskan wajah. Bersedia menerima tugas baru dari sang ketua.
"I want you to find anything related to Sean. Anything. His crimes, his dirty work, his family. His everything." Arahan dikeluarkan tegas.
"Tiada satu pun maklumat yang terlepas. Tiada satu. Bila saya kata semua, maksudkan semua. Maklumat tu penting atau tak... saya yang akan tentukan sendiri." Gulp. Yang tukar mendengar pun sudah gerun.
"Remember. Not the same mistakes again."
"Good luck."
28 SEPTEMBER 2024
![](https://img.wattpad.com/cover/339873623-288-k468456.jpg)
YOU ARE READING
AAIRA CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •Never underestimate a woman. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang...