Penuh dewan itu dengan para pelajar. Sama ada pelajar baru masuk mahupun pelajar lama.
Uniform warna biru, merah, hijau, kuning dan ungu dapat dilihat dalam barisan pelajar- pelajar yang duduk dalam empat barisan yang ada di situ. Membezakan mereka mengikut tahun dan semester.
Para pensyarah dan counselor berada di barisan paling hadapan sekali. Pengerusi majlis berdiri di atas pentas belakang podium kecik yang diletakkan di penjuru pentas. Dua orang pengawas bertugas turut berdiri di belakang.
Skrin besar tergantung betul-betul di atas dinding utama dewan perhimpunan menayangkan nama akademi dan kata-kata aluan 'Selamat Kembali Dan Selamat Datang' untuk setiap pelajar di situ.
Selesai pengerusi majlis memberi ucapan, dekan utama di pelawa naik untuk menyampaikan ucapan pula.
Hampir 10 minit lelaki bernama Doyoung itu memberi ucapan. Mikrofon diserahkan semula kepada pengerusi majlis. Lalu tiba lah Ketua Counselor pula untuk beri ucapan.
Ketika itu, para pelajar yang ada tekun memberi perhatian mereka di hadapan depan pentas. Masing-masing pandang ke arah Ketua Kaunselor itu. Terutama sekali pelajar perempuan kerana Ketua kaunselor itu merupakan seorang lelaki 30-an yang sangat kacak dan bergaya.
Suara yang dilontarkan pula sangat mudah memikat mana-mana hati yang mendengar.
Namun bukan semua.
Siapa yang tahu je tahu.
"Handsome kan dia?" Bisik Yuqi.
Hana yang dengar tersengih sendiri. Memang tak boleh dinafikan, bahawa Ketua Kaunselor akademi ini seorang lelaki yang kacak. But little did everyone know. Lelaki ni nampak je angelic dari luaran. Padahal lelaki ini adalah manusia menjengkelkan yang paling menyakitkan hati yang pernah wujud dekat muka bumi ni!
Kenapa?
Hana ada sejarah dengan Ketua Kaunselornya ini. Semuanya bermula semasa dia pertama kali masuk ke akademi ini. Pada masa itu dia tersesat dan sangatlah sudah terlewat untuk masuk ke kelas pertamanya.
Nah....pada masa tu lah dia bertemu dengan lelaki tak guna ini! Time tu dia still lagi pensyarah belum lagi jadi Kaunselor. Disebabkan Hana tidak mengenali siapakah lelaki tersebut pada masa tu. Dengan tak tahu malunya dia pun mintak lah tolong pada lelaki itu untuk tunjukkan arah. Sekali tahu apa jawapan yang lelaki ini berikan?
'Ada mata ada kaki ada mulut ,cari sendiri.'
Kepala otak dia! Marah tu jangan tanya lah.
Memang segala jenis bahasa carutan dah berlagu dalam kepala! Disebabkan lelaki ni lah Hana menerima penalti pertama dia kerana lewat masuk kelas. Tak cukup dengan itu, setiap kali dia bertembung dengan lelaki ni, harinya pasti malang! Ada saja masalah yang dia hadapi.Dan sejak tu lah Hana anggap lelaki pujaan hati ramai gadis di akademi ini adalah musuh abadinya! Konon Ketua Kaunselor.... attitude out! Kalau dia boleh bagi rating pada lelaki ini, satu bintang pun dia tak ingin beri.
"Hei..." Yuqi menyiku lengan dia.
"Kenapa?" Tanya Hana.
"Dia pandang sini lah..." Bisik Yuqi.
"Siapa?"
"Itu...tengok lah depan..."
Hana pun palingkan kepalanya ke depan lantas terpandang lelaki ynag sedang beri ucapan di belakang podium itu. Setelah dia pandang, kedengaran suara-suara perempuan mula bergosip.
"Dia pandang sini lah."
"Kau rasa dia pandang siapa?"
"Oh my god!Aku rasa nak pitam!"
"Dia pandang aku ke?"
Hana yang dengar hanya buat muka annoying. Lelaki tu pandang pun jadi hal ke?
Kim Taehyung. 29 tahun. Seorang lelaki segak yang menyisir rambut ke tepi mendedahkan dahi, sweater turtle neck berwarna hitam, kot hitam, mata coklat hazelnut terang, hidung mancung dan mempunyai bentuk wajah yang tajam serta bibir yang boleh dikatakan kissable! Kalau diberi rating, lelaki ini adalah rating 9.0. Ye lah kalau tidak mana mungkin lelaki ini tidak akan di pilih sebagai Ketua Kaunselor pada usia muda begini!
"Jerk." Sebut Hana dengan perlahan sambil pandang muka itu.
"Apa kau cakap?" Tegur pelajar lelaki yang duduk betul-betul di depan Hana dengan tiba-tiba.
Hana tersentak, dia pandang dengan muka yang bingung. Kuat sangat ke aku sebut tadi?
"Sorry. Bukan awak. Orang lain." Katanya sambil tersenyum paksa.
Berasa curiga, pelajar lelaki itu jeling Hana sebelum pandang ke depan semula.
See! Belum apa-apa lagi hari dia jadi bermasalah. Dan semua ni gara-gara counselor di depannya ini!
"Hana....kenapa aku rasa dia macam tengok kau je?" Bisik Yuqi dekat sebelah.
Terus Hana tersengih sinis. Mana taknya dipandang, semalam dia sempat bagi 'hadiah' buat lelaki itu sempena meraikan hari ketibannnya di sini. Nak tahu apa dia?
Well tak serious mana pun. Hanya tampal note pad warna pink penuh menutupi setiap inci badan kereta lelaki ni je. Alasan? Sebab lelaki ni telah gagalkan dia untuk subjek yang diajar oleh lelaki ni. Dan sekarang dia kena repeat subjek yang sama dan hadiri kelas yang sama dengan lelaki ni!
"Ye ke....aku rasa dia pandang kau kut. Aku rasa dia syok kat kau tu..."" Nafi Hana.
"Ish...kau ni...ke situ pulak." Yuqi blushing sendiri.
Hujung bibir Hana terjungkit. Memang semua orang fikir dia adalah budak alim dan pandai dekat akademi ni. Tapi ingat pepatah ni, jangan disangka air yang tenang tiada buayanya. Jangan disangka orang yang diam tiada bahayanya.
~TBC~
YOU ARE READING
The Hierarchy 👑Watanabe Haruto👑
FanfictionHIERARCHY. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu lah yang digunakan dalam Akademi Jewel Treasure kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni...