Lagu Sheesh by Babymonster memenuhi ruangan bilik sambil Hana duduk berhias di depan meja soleknya. Bergaya seperti selayaknya seorang remaja berpakaian untuk kelas pagi pada hari pertama semester satu, tahun tiga di Jewel Treasure Academy.
Berunifom biru golden dan bereben pada kolar, rambutnya disanggul malas dengan dua batang chopstick warna biru gelap. Lencana bentuk mahkota warna kuning keemasan tersusun rapi di pocket kanan blazer yang dipakai.
Well.....kenapa dia bersemangat sakan hendak bergaya? Bukan sebab nak cuba tarik perhatian orang lain atau buat semua orang suka pada dia.
Ceritanya bermula begini.....
Setiap tahun, biasanya akademi ini akan adakan sesi orientasi dan perhimpunan bagi meraikan kemasukan pelajar ke semester baru. Untuk itu mereka semua perlu kelihatan menarik dan secantik yang boleh. Katanya ada kelebihan yang bakal mereka peroleh. Iaitu diberi ganjaran rating.
Rating yang diberikan adalah dengan menggunakan bintang dalam sistem pelajar di akademi itu. Dalam sistem ini, setiap pelajar yang berdaftar dalam senarai akademi, boleh mendapat akses untuk diberikan rating oleh sesiapa yang berkenaan.
Semakin banyak bintang yang dikumpulkan, maka semakin tinggi lah hierarchy seseorang pelajar itu. Sebab dalam akademi ni, kalau nak survive pelajar itu at least perlu memiliki rating lebih dari 5 bintang ke atas. Bawah daripada itu, banyak lah kekurangan yang bakal mereka peroleh.
Contohnya, makan makanan yang tidak sedap, guna toilet yang kotor, senior akan buli, pensyarah takkan suka atau study di dalam kelas yang dipenuhi dengan loser dan budak selekeh yang suka buat masalah dan tidak pandai bergaya. Tidak mendapat kemudahan mewah seperti pelajar rating atas.
Tapi Kena ingat, rating ni ibarat hot stuff jugak. Ada masa yang berada di atas akan turun ke bawah manakala yang bawah bila-bila masa boleh naik ke atas.
Kalau seseorang tu dah macam tak menarik, hilang popularity, tidak di pandang atau tidak layak di beri rating, sesiapa saja yang dari rating 5 ke atas boleh turun ke rating paling rendah. Jadi untuk elakkan diri dari hal itu terjadi , penglibatan diri dalam aktiviti kelab dan akademik perlu lah aktif. Jika tidak....tahu-tahu sendiri apa akan jadi.
Hal ini membuatkan dalam akademi ini tiada sistem hierarki yang bergantung pada kekayaan dan latar belakang semata. Siapa kaya siapa miskin, tiada sapa ambil peduli mengenainya.
Sistem hierarki di sini bergantung pada seberapa tinggi rating yang dimiliki oleh seorang pelajar itu. Biasanya rating 1-5 hanya akan dapat layanan kelas commoner.
Rating 6-10 akan menerima layanan diraja. Tak kira la kalau pemilik rating itu kaya ataupun misikin, pandai tak pandai, mereka akan mendapat layanan yang sama mengikut rating yang dimiliki.
Sistem rating ini telah dicipta oleh pihak akademi sendiri bagi memastikan keadilan dalam hak pelajar. Mereka buat semua ni sebab tak nak bias pada mereka yang kaya sahaja. Falsafah akademi adalah siapa nakkan sesuatu atau mahukan sesuatu kesenangan perlu berusaha untuk dapatkannnya. Miskin atau kaya tidak ada berat sebelah. Sekiranya berusaha dapatlah kelebihan. Kalau malas berusaha memang berdiri dekat tepi jadi penonton je lah.
Knock! Knock
"Kim Hana! Lama lagi ke kau nak siap tu? Perhimpunan nak mula dah ni!" Panggil rakannya dari luar bilik.
Hana yang sedang melihat dirinya di cermin tersenyum senang dengan penampilannya.
Kenalkan, watak utama dalam kisah ini. Kim Hana, 18 tahun. Pelajar tahun ketiga kelas 2A-3. Rating 6.5. Ketua kelas dan jugak anak seorang petani. Anak nombor 3 di antara 4 adik beradik.
Pengerusi Kelab Astronomi dan pandai bermain alat muzik. Pengawas perpustakaan setiap hari Selasa dan Jumaat. Seorang yang narcistik dan optimistic. Tak suka makan timun dan makanan pedas. Tiada teman lelaki tapi ada musuh abadi. Kedudukan di ranking 4 keseluruhan dalam Akademi Jewel Treasure
"Coming!" Sahutnya sebelum bangun dari situ lalu capai beg sandangnya yang berada di atas katil.
Langkahnya di atur ke pintu biliknya lalu membukanya. Terpampang wajah rakan baiknya, Song Yuqi.
Gadis berambut kerinting comel. Rating 6.0. Ketua sorak pasukan ragbi. Anak kepada datuk bandar. Anak bongsu di antara 2 adik beradik. Pemenang Prom Queen tahun lepas. Pandai bergimnastik dan bermain piano. Tak suka budak lelaki nerd dan tak handsome. Cerewet bab makan. Seorang yang suka gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Kedudukan ranking 45 keseluruhan dalam Akademi Jewel Treasure.
"Haih....kau ni...kata pelajar contoh, tapi still paling lambat nak dibandingkan dengan aku pelajar paling problem dekat akademi ni..."kata Yuqi sambil merangkul lengan Hana.
"Sorry. Malam tadi aku tidur lambat sebab study subjek baru. Serious weh tahun ni semua subjek susah-susah. Better kau study betul-betul or kau akan ditendang dari pasukan cheerleading kau tu." Pesan Hana.
"Hah...buat apa. Aku kan ada kau. Tukang tulis nota dan jugak bagi soalan contoh exam." Balas Yuqi dengan bangga.
"Memang kerja aku kena tolong kau setiap kali exam ke? Berusaha lah sikit." Hana menyiku perlahan Yuqi.
Yuqi tersenyum sinis. " Jangan risau. Aku tak berminat nak jadi doctor atau apa yang kau impikan tu. Sebab lepas habis akademi ni aku akan apply sekolah menari dan jadi artis."
Hana pandang Yuqi dengan wajah terkejut.
"Ayah kau izinkan kau ke?""Abang aku kan ada...aku suruh je lah dia pujuk ayah aku sampai setuju."
"Apa saja lah tuan puteri." Kata Hana sambil menggeleng kepalanya.
Mereka berdua kemudian tiba di perhimpunan akademi.
"Tak sabarnya....mesti ramai student baru kan?"
"Kau rasa kan ada ramai senior handsome tak?"
"Entah lah weh....aku tak sabar nak tinggikan rating aku..."
"Ugh! Aku nak balik bilik!"
Hana dan Yuqi hanya mendengar perbualan budak-budak junior di situ.
"Heh...diorang ingat hidup dekat sini senang ke?" Bisik Yuqi.
Hana hanya diam dan fokus memandang ke depan ketika berjalan.
Tips pertama ialah untuk kekal steady dan berada di rating teratas. Iaitu sentiasa low profile. Kekal merendah diri dan kalau boleh kuarangkan buat diri jadi perhatian ramai. Sebab orang paling tak suka manusia yang jenisnya attention seeker!
~TBC~
YOU ARE READING
The Hierarchy 👑Watanabe Haruto👑
FanficHIERARCHY. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu lah yang digunakan dalam Akademi Jewel Treasure kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni...