Episode 4 : Sepupu Kesayangan

3 1 0
                                    

Tiga jam kemudian

Selepas meluangkan masa di dalam kelas, akhirnya masa untuk makan tengah hari! Suasana cafeteria sangat sibuk dan padat dengan para pelajar.

Nasib baik di sini kafeterianya besar dan terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian untuk pelajar rating 5 ke bawah dan satu bahagian untuk rating 5 ke atas.

Ya, bukan setakat kelas sahaja yang di agihkan malah termasuk lah dengan cafeteria.

Ramai yang berebut menginginkan tempat rating 5 ke atas kerana makanan di situ semuanya mewah-mewah belaka. Tapi makanan di cafeteria rating 5 ke bawah pun okay jugak bukan tak sedap cuma tidak semewah cafeteria rating 5 ke atas je.

Seorang lelaki yang sedang berjalan di lobi akademi perasan akan kelibat Hana yang sedang tekun melihat papan kenyataan.

Sambil tersenyum nakal, lelaki berambut serabai dan berunifom tidak lengkap itu jalan sambil menjengket lalu mengangkat kedua-dua tangan dengan tinggi dan membuka mulut untuk mengaum mengejutkan Hana.

Belum sempat berbuat demikian, Hana berpaling dulu menghadapnya.

Seperti patung, perbuatan lelaki itu terhenti sambil memandang muka cantik yang dimiliki oleh Hana yang berada di depannya.

Buat beberapa saat, mereka saling bertentang mata sebelum Hana bersuara terlebih dahulu.

"Kau buat apa?" Tanya Hana dengan bosan.

"Haih....kau ni boring tahu tak..." Keluh Jeongwoo.

"Kau tu yang boring...tak ada taktik lain ke nak guna untuk kenakan aku?" Tanya Hana sebelum memulakan langkahnya untuk pergi dari situ. Lenguh kaki dia berdiri dekat situ gara-gara menunggu sepupunya ini.

Park Jeongwoo, pelajar tahun terakhir semester kedua. Anak kepada adik ibu Hana. Seorang budak lelaki yang suka timbulkan masalah dan tak suka belajar. Anak orang kaya. Bapa seorang doctor, ibu seorang peguam. Ada seorang kakak yang berkerja sebagai supermodel. Ada rupa paras, tapi pemalas nak mampus! Rating 4.8. Pemain pasukan ragbi. Kenapa rating Jeongwoo rendah? Tanya lah mamat tu sendiri.

Dengan bersahaja, Jeongwoo merangkul bahu Hana dan berjalan bersama-sama ke koridor. "Aku dengar ada budak baru yang masuk kelas kau betul ke?" Tanya Jeongwoo.

"Yup....and he's just a pain in the ass!"

"Ahhahaha....serious lah. Aku dengar dia anak dekan. Katanya dia pindah sini sebab buat masalah dekat sekolah lama." Beritahu Jeongwoo.

Hana palingkan kepalanya lalu memandang wajah sepupunya dengan kening berkerut. "Hah? Dari mana kau dengar semua tu?"

Jeongwoo turut memandang muka Hana dengan wajah sinis. "Kau tahu....even aku ni student rating rendah, aku paling pakar dalam soal gossip tentang isi ahli akademi ni tau...so jangan pandang sebelah mata okay."

My gosh! Menyampah betul! Hana menolak muka Jeongwoo jauh darinya. "Kalau macam tu, apa kata kau gunakan masa lapang kau tu untuk buat something yang berfaedah? Macam naikkan rating kau ke, perbaiki penampilan kau ke?!"

Jeongwoo ketawa lalu gerak masuk ke pintu cafeteria pelajar rating rendah bersama-sama Hana. Tempat selalu mereka habiskan masa bersama. Disebabkan Hana ni anak orang petani, tekak dia lebih familiar dengan makanan murah. Sebab itu dia suka duduk dekat cafeteria ni dari cafeteria rating 5 ke atas. Makanan orang kaya selalu buat dia tak kenyang! Yalah macam mana nak kenyang kalau saiz hidangan tu cukup untuk satu dua suap je. Like fine dining concept. Cukup lah sekali dia makan seminggu dekat situ.

"Jeongwoo sini!" Panggil geng lelaki itu dari sebuah meja panjang di situ.

"What's up!" Sahut Jeongwoo.

Lalu mereka berdua mengambil tempat di meja tersebut. Mereka berborak sekejap dan mengambil makanan di meja buffet. Selesai mengambil makanan, Jeongwoo dan Hana kembali ke meja itu dan menikmati makanan mereka.

Hana seperti biasa dia akan makan sambil membaca buku dan menyiapkan kerjanya. Sementara Jeongwoo yang makan sambil berborak sakan mengenai rancangan dan game ragbi mereka.

Nerd bukan? Whatever. Asal boleh jadi pandai! Apa salahnya!

"So jadi tak keluar Jumaat malam ni? Aku dah beli ticket untuk perlawanan tu?" Ajak rakan Jeongwoo.

"Of course jadi. Gila tak. Game tu game final kan. Rugi lah kalau tak tengok." Kata Jeongwoo  sambil menyuap makanan ke dalam mulut dengan banyak sampai kembung pipi tu.

"Kau Hana.....join sekali tak?" Tanya rakan Jeongwoo yang duduk di sebelah Hana.

Jeongwoo memandang Hana dengan muka menyampah. Jeongwoo boleh agak apa jawapan yang akan keluar dari mulut tokoh pelajar akademi ni nanti.

"Kau jangan cakap dengan ulat buku ni...dia tak dengar. On kan je. Kau beli ke ticket untuk dia sekali?" Sampuk Jeongwoo.

"Beli...itu yang aku tanya."

"Okay. Kalau macam itu. Jumaat malam kumpul dekat tempat biasa. Kita gerak sama-sama." Arah rakan Jeongwoo.

Hana yang dengar angkat kepala. Dia pandang mereka semua yang sedang sibuk bercakap sambil mengunyah makanan dalam mulut. Nak tahu apa yang buatkan dia masih bertahan dalam akademi ni? Well...mereka yang ada di depannya ni lah. Geng Jeongwoo. Pelajar paling sporting dan tak pandang orang melalui rating.

Alasan utama kenapa rating Hana naik adalah kerana mereka jugak lah. Mereka berikan rating kepada dia supaya dia dapat hidup selesa dekat sini memandangkan mereka semua tahu dia ni asal dari keluarga yang miskin.

Serious talk, enam orang lelaki yang ada di meja ni semuanya dari keluarga kaya raya. Namun begitu mereka tetap down to earth. Tak pernah bongkak atau cari perhatian untuk dapatkan rating tinggi.

Sebab apa, semakin tinggi rating tu semakin stress hidup seseorang tu! Macam dia lah! Stress sebab hari-hari kena fikir belajar...belajar....belajar dan belajar. Kalau tidak, nanti dia kena bayar balik semua ni. Nak cari mana semua duit tu. Dia orang miskin. Mak ayah dia kerja pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang!

"Makan banyak sikit Hana...kurus badan kau tu...mesti penat kan belajar?" Kata Jeongwoo sambil mencuri makanan dari pinggan Hana.

"Hei!" Marah Hana sambil memukul belakang Jeongwoo dengan sudu. Sibuk suruh dia makan, tapi makanan dia yang diambil!

"Ahahaha....alah mintak sikit je. Itu pun tak boleh..." Kata Jeongwoo sambil ketawa.

~TBC~

The Hierarchy 👑Watanabe Haruto👑Where stories live. Discover now