Siva - Part 1

454 14 0
                                    

Aku Fadhli atau senang korang panggil Pali je. Umurku 28 tahun. Aku kerja sebagai manager di salah sebuah restoran franchise terkenal. Aku tak lembut ye seperti kebanyakkan manager fast food fast food ni, tetapi aku tak boleh nafikan yang aku suka lelaki juga. Aku suka perempuan tetapi lelaki tak tolak jugak. Orang kata, kiranya aku ni bisexuallah.

Aku sudah lebih 5 tahun bekerja di F&B ni. Oleh kerana itu, banyaklah orang aku jumpa. Memang seronok. Ada pelanggan yang datang syok kat aku. Baik perempuan ke lelaki. Sama je. Rider2 food panda/grab pun ada yang sangkut. Haha. Walaupun penat kerja, benda-benda macam ni buat hilang penat weh. Sumpah mantap.

Tapi aku takdelah nak cerita semua kisah aku. Aku just nak cerita satu je kisah aku. Kisah aku dengan seorang mamat india ni. Siva nama dia. Fuhhh. Pengalaman yang aku sendiri tak boleh lupakan. Sebab sebenarnya payah aku nak try bangsa lain dan mostly lelaki aku try, berkulit putih dan gebu. Persis wanita. Tapi siva ni lain dari taste aku. Sebab itu lebih menarik.

Siva ni part time dekat kedai aku ni. Muda lgi. Baru 22 tahun. Katanya baru habis belajar. Jadi nak cari duit lebih sambil ambik online classes pe kejadah ntah. Oleh itu, dia selalu ada pagi ataupun sabtu ahad sahaja. Aku sebagai manager tak ada lah rapat sangat dengan dia. Maklumlah manager ni takleh rapat sangat dengan pekerja2 dia nanti jdi hal.

Namun begitu, Siva ni aku perasan dia selalu usha aku. Al-maklumlah, aku ni bukan nak bangga diri tapi hensemlah jugak. Sentiasa jaga penampilan aku. Gym pasti pergi seminggu dua kali. Rambut mesti ikut trend. Pakaian sentiasa kemas. Sebab tu kot dia selalu usha aku. Aku syak dia gay tapi aku taknaklah tuduh sebarangan. Biar dia sendiri approach aku kalau dia nak. Haha

Ini kisah aku dengan Siva. Lelaki india yang suka aku dalam diam sampai suatu hari kesangapan dia membuatkan semuanya terbongkar. 😝

———————————***————————————

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu, aku kena siapkan satu laporan untuk cawangan fast food aku ni. Jadinya aku pun stay sampai closing. Closing ni maksudnya kedai tutuplah. Kena cuci itu ini. Kena kira stock dan sebagainya. So, pekerja-pekerja ramailah jugak ada termasuk Siva ni.

Aku pun tengah ralit dok buat laporan tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku menjerit sahajalah dari dalam bilik suruh orang yang ketuk tu masuk. Rupa-rupanya budak-budak bujang laki ajak gi lepak mamak. Aku pun cakaplah aku tak siap kerja lagi. Kalau sempat aku joinlah. Diorang pun okay dan berlalu pergi. Aku beritahu jugak tinggalkan kunci kedai dekat aku. Sebab aku orang terakhir jadi aku lah kena kunci segala pintu.

Tanpa aku sedar, Siva ni pun tak ikut diorang pergi lepak mamak. Dia kata ada kelas esok itu yang tak ikut tu. Maklumlah budak rajin. Sambil part time sambil ambil class online. Rajin!

Dalam pukul 1:00 pagi, aku dapat siapkan laporan aku buat tadi. Aku pun berlalu keluar dan tutup segala suiz lampu dan barangan elektrik yang lain. Kemudian aku pun tujulah ke pintu utama dan kunci lah kedaiku itu. Wah kedaiku eh. Padahal branch aku jaga je. Kita manager je bukan restaurant owner. Haha.

Aku tengah nak start enjin kereta aku, aku ternampak si Siva ni tengah duduk tepi kaki lima depan kedai. Aku macam aik budak ni tak join ke? Aku pun terus pergi ke arah dia.

"Aik, bro, tak join diorang lepak ke?" Tanyaku cuba berbasa basi.

"Tak, abang. Saya ada kelas esok pagi. Takut nanti tak terjaga pulak," jawabnya sambil tergaru-garu kepala dia dan tersengih. 'Sado jugak budak ni. Nampak ketulan biceps dia tu,' aku dok kata dalam hati.

"Ohh. Ni tunggu apa ni? Kenapa tak balik lagi? Motor mana?" Tanyaku bertalu-talu.

"Ohh motor masuk bengkel. Ni tunggu grab. Dari tadi asyik cancel je. Jauh kot bang," beritahunya sopan.

Cereka Pendek ErotikaWhere stories live. Discover now