Sebuah kereta Honda hitam selamat masuk ke dalam pagar sekolah . Terpegun seketika para pelajar yang lalu lalang di kawasan itu tidak pernah pula ada guru2 di sini yang menggunakan kereta sebegitu rupa . kereta2 mewah hanya kereta Alpha dan juga kereta mini Cooper yang digunakan oleh guru2 atasan . semuanya hanya kereta biasye2
Sepasang mata pula sudah merenung ke luar tingkap kereta menikmati setiap suasana di kawasan sekolah itu kepalanya di sandarkan di cermin kereta. Susunan landskap dan bunga-bunga yang menghijau menceriakan lagi suasana sekolah . Ketiga anak beranak itu hanya meliar melihat setiap susunan sekolah dari dalam kereta hitam milik mereka. teruja seketika dengan kebersihan di sekolah itu
Kelihatan ramai pelajar2 yang mempersiapkan diri untuk perhimpunan pagi ada juga yang sibuk bertegur sapa maklumlah sebulan cuti...Encik Mustafa hanya melihat sisi wajah anak daranya Derrena Sabella yang duduk bersebelahan dengannya .wajah masyam anak daranya sentiasa terpasang di muka gebu itu nasib saja Derrena baby face kalau tidak mungkin muka nya lagi kelihatan muda berbanding anak daranya .
Anak terunanya pula duduk di belakang di pandang sekilas wajah tampan milik Dani Rizqin melalui cermin depan . Lega hatinya melihat wajah ceria kedua anaknya tidak lah rasa bersalah itu terus membelenggu diri nya .
Hari ini merupakan hari pertama mereka berpindah ke sekolah baru . Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman (rekaan) Encik Mustafa sebagai seorang guru yang mengajar subjek Sains Tulen dan Matematik tambahan dan Derrena Sabella pelajar tingkatan 5 manakala Dani Rizqin seorang pelajar tingkatan 4.
Kereta Honda itu berhenti di kawasan parkir yang disediakan di tepi padang sekolah . tali pinggang dilepaskan . dibetulkan sedikit tali leher di cermin depan. Kepala digeleng perlahan tatkala melihat anak dara nya di kerusi sebelah.
Derrena mengapai sebuah berus makeup lalu di sapu lembut ke pipi gebunya ditambah lagi pemerah pipi itu lalu disapu sedikit di bahagian batang hidung. bibirnya pula ditambahkan sedikit lipstick natural color dikepam beberapa kali . Glitter disapu lembut ke hujung hidung dan juga dibahagian tulang pipi biar nampak glowing gituew!
" Derrena " tegur Encik Mustafa perlahan takut2 juga dia kalau anak daranya membawa perangai lama ke sekolah baru.
" what ?" wajah polos terpasang di wajah gadis itu .
" kan daddy dah pesan jangan buat hal lagi"
" daddy, Der pakai sikit je lah , dont worry okey"
Tanpa menunggu Encik Mustafa membalas kata terus digapai beg pink bercorak unicorn kecil itu dibawa ke bahu lalu dia menapak ke luar kereta .Adik dan daddy nya juga turut sama .
Mereka terus mengatur langkah ke bilik guru ada sedikit sesi berkenalan bersama guru2 dan juga sarapan pagi setelah setengah jam berlalu kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan pagi telah bermula .
Kelihatan ramai sudah pelajar2 beratur di tapak perhimpunan mengikut setiap kelas masing2 .Pelajar lelaki di hadapan manakala pelajar perempuan beratur di belakang .Macam biasa lah mata semua tertuju kepada mereka bertiga tidak fokus mendengar kata pengawas bertugas di hadapan .
" murid baru lah! "
" cikgu baru cikgu baru !"
" hensem doh!"
" lawa siak !"
Itulah salah satu pujian yang kedengaran di telinga mereka . Dani Rizqin mengibas2 rambutnya menggunakan sebelah tangannya sambil tersenyum bangga . well orang hensem cehh! .
Kelihatan juga beberapa orang pelajar menghadiahkan senyuman tapi gadis itu hanya bertindak sebaliknya membuang muka . Derrena memang sedikit sombong. Sombong dengan kecantikan nya atau lebih kasar lagi 'pickme' .
Lain lah Dani Rizqin seorang lelaki yang menjadi kegilaan ramai. Lelaki itu juga melayan saja setiap peminatnya . kesempurnaan di wajah kedua2 anak Encik Mustafa tidak dapat dinafikan . Wajah yang putih kemerahan hidung mancung membuatkan wajah mereka seiras anak mata berwarna coklet pekat . bibir merah semulajadi dan lesung pipit kecil ditepi bibir pula diwarisi dari Puan Khadijah . tapi buat apa cantik kalau sombong kan ?
Setelah beberapa minit berdiri Encik Mustafa terus memberi arahan untuk kedua anaknya ikut beratur mengikut kelas yang sudah ditetapkan pagi tadi. Sebelum keduanya hanya akur .gila tak akur Encik Mustafa kalau marah nak terbang bumbung rumah tau! .
Usai saja perhimpunan pagi ada sesi spot check .Semua pelajar diminta untuk beratur panjang dan akan di awasi oleh pengawas2 bertugas dan guru2 sebelum memasuki kelas masing2.
"lagi2 spot check" keluh Derrena perlahan lantas dijeling sekilas pengawas yang bertugas . otak nya pula sudah memikirkan idea yang menarik untuk melarikan diri. Derrena Sabella memang budak yang suka melanggar peraturan sekolah ada saja yang dilakukan gadis itu . bahkan disekolah lama pun Encik Mustafa sering dipanggil ke bilik disiplin itu jugalah salah satu sebab kenapa dia dipindahkan ke sekolah baru ada kes yang berkaitan dengan polis.
Melihat dari pemakaian gadis itu pun sudah menandakan dia seorang pelajar yang suka melanggar peraturan. Tudung yang singkat yang menampakkan sedikit bahunya .Itu belum lagi sentuh bab perfume yang digunakan gadis itu entah2 sebotol
Tanpa berpikir panjang terus gadis kecil itu melarikan diri keluar dari barisan. Bukan memakai makeup saja Derrena juga memakai nail polish pink color di setiap jari2 nya .Dihiraukan panggilan pegawas bertugas .
"daddy saya panggil! " katanya sedikit kuat kakinya juga sedikit dijengketkan
masa ni lah kita kena gunakan kuasa veto anak cikgu hehehe!
Tidak sampai beberapa tapak terus gadis itu berdiri terpacak di hadapan Encik Mustafa . mati senyuman jejaka itu melihat anak daranya. Sah gadis itu melakukan sesuatu di belakangnya. kedua tangan Encik Mustafa bercekak pinggang.
" daddy which one my classroom ?"soal Derrena.
"pengawas dah check ke?"
" daddy ,this is my first day come on lah jangan rosakkan mood Der"
" answer my question Derrena Sabella"
Derrena mendengus perlahan melihat Encik Mustafa yang jelas kelihatan serius . Encik Mustafa setia menunggu jawapan gadis itu . terlalu masak dengan perangai anak dara nya yang banyak tingkah .
" hermm..Der.." katanya sedikit manja jari telunjuk dimainkan.Sengaja ingin memujuk daddy nya .
" Daddy ,mana kelas Dani? " celah Dani Rizqin sambil berlompat2 kalah budak2 ribena entah apa yang membuatkan teruna itu ceria semacam . Mesti ada gadis2 yang menjadi pelepas kata2 manis buaya darat itu .
Sekali lagi Encik Mustafa mengeluh perlahan sedikit rasa risau membelenggu diri melihat tingkah anak2 nya yang satu degil tahap batu karang yang satu pula buaya darat terlepas kandang tapi dalam masa yang sama dia bersyukur juga kedua anaknya itu tidak pernah mendapat keputusan teruk walaupun perangai serupa beruk! . Terus tangannya menepuk dahi .sabo je lahh
:next part Derrena dah jumpa ustaz tiang!
maaf line dkat rumah sy sloww😌
jgn lah jd silent reader 🫣 vote tau!!❤️✨
YOU ARE READING
USTAZ HARITH ISKANDAR
Romancecerita ini mengisahkan seorang student yang terlalu membenci guru nya ustaz Harith Iskandar, disebabkan sering didenda dengan kesalahan2 yang berat Derrena Sabella merasa ustaz nya itu ingin membalas dendam padahal hanya ingin melihat Derrena Sabell...