BAB DUA **

80 3 0
                                    

Sebuah motosikal Kawasaki Z800 memecut laju masuk ke kawasan parking tanpa berfikir panjang terus teruna itu bergegas membuka langkah ke koridor panjang di sepanjang jalan sekolah itu . dibetulkan sedikit beg belakang berwarna hitam dibelakang nya. jam di tangan dipandang sekilas. topi keledar masih terpasang dikepala nya.

disebabkan sibuk mengurus segala keperluan kemasukan pelajar2 baru di Madrasah Nurul Iman dia terpaksa berkorban lebih banyak masa. Tidak pasal2 terlambat ke sekolah di hari pertama persekolahan ditambah pula dia telah dilantik sebagai guru disiplin nasib baik guru2 di sekolah ini berhati mulia dapat lah dia digantikan masa perhimpunan pagi tadi tapi itu semua bukan alasan baginya semuanya ikhlas dari hati mengurus pelajar2 madrasah tanggungjawab besar untuknya .

" assalamualaikum ustaz "

"assalamualaikum ustaz "

" waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh" jawab teruna itu panjang apabila berjumpa dengan sekumpulan pelajar2 yang bergerak ke surau untuk melakukan pembelajaran .

Walaupun masih memakai topi keledar semua pelajar2 maklum dengan tubuh tinggi lampai yang tampan milik ustaz Harith Iskandar. wangian yang masuk ke rongga hidung itu sudah pasti milik ustaz Harith. Pelajar2 itu hanya tersipu malu . Nampak extra hensem pulak ustaz Harith Iskandar berpenampilan begitu memakai topi keledar yang menutup semua muka nya sambil tangannya membuka sarung tangan.
Wow jejaka mafia!!

"mana kelas aku ni ? " katanya seorang diri sambil mengeluh perlahan badan nya dipusing ke kiri ke kanan kepala pula mendonggak ke atas melihat setiap papan tanda yang ada di atas setiap kelas . Hampir 20 minit sudah dia mengelilingi bangunan itu tapi dia tidak melihat sama sekali papan tanda bertulis '5 Amanah 'kelas yang mengambil aliran sains kemanusiaan.

" hai cantik, cari apa tu ?!"jerit sekumpulan pelajar lelaki yang bertenggek di luar kelas tingkat dua . Derrena Sabella hanya berlagak biasa sudah terlalu biasa diusya2 sebegitu maklumlah orang cantik kan . 

Ada juga kelibat pelajar2 perempuan yang lalu lalang disitu kalau pepatah Melayu kata malu bertanya sesat jalan tapi bagi gadis itu biarlah dia sesat yang penting tidak menyapa sesiapa itulah prinsip Derrena Sabella . Sebelah tangannya naik mengaru lembut kepalanya yang dibaluti tudung . badannya dipusing sebelum ..

buk!

"Allahuakbar! "

" Aduh sakitnya!"

tertolak kuat tubuh kecil nya tatkala terlanggar sesuatu yang keras sehinggakan dia terduduk di atas tanah. Bergegas dia bangun dari duduknya . Baju sekolah dibahagian belakang pula disapu2 kasar risau kalau ada kesan dibahagian sensitif itu .Lalu dia tertunduk sedikit apabila melihat satu figura yang berdiri terpacak memandangnya .

" minta maaf saya tak sengaja " kata gadis itu lantas dia mendonggak kepala melihat gerangan jejaka di hadapannya . Topi keledar yang terpasang kemas di kepala di buka perlahan lalu dipeluk kemas (slowmo with goblin song) .

Rambut yang menutupi dahi diselak sedikit ke tepi menggunakan sebelah tangan. wajah yang putih bersih kening yang sedikit tebal kemas hidung mancung sudah menjadi permandangan indah Derrena Sabella. Terbuntang mata gadis itu rahangnya pula terbuka sedikit terpegun dengan ciptaan Allah yang sempurna dihadapannya .

Selepas itu,Wajahnya didekatkan sedikit menyamai ketinggian Derrena yang separas dada nya .Dipetik beberapa kali jarinya ingin menyedarkan gadis yang sudah jauh terbawa mimpi ke lautan dalam. taulah titeww ni hensem;

" lain kali, kalau jalan buka mata tu besar2 "

Lantas dia berlalu pergi meninggalkan gadis yang masih terpinga-pinga itu. Jam di tangan dipandang sekali lagi dia sudah betul2 terlambat .

USTAZ HARITH ISKANDARWhere stories live. Discover now