(7)

51 5 2
                                    

Tidak terasa sudah lebih sebulan Satang pergi dan belum kembali. Tidak jarang juga Winny bertanya pada Aou atau Phuwin. Konon-konon macam tidak peduli. Dia tidak mau tanya Pond takut Pond akan ejek dia kaw-kaw punya.

"Winny, malam ni kita orang nak BBQ di rumah phi Boom. Nak join tak." Suara Aou menghentikan kegiatan Winny yang sedang melahap makan siangnya di kantin university.

"Untuk ?" Soal Winny tanpa bagi jawapan pada soalan Aou tadi.

Aou garu kepala pelahan.

"No special event. Saja nak BBQ sebab dah lama tak makan sama-sama kan." Ujar Aou, dia ambik air sirap hijau Winny yang ada di atas meja dan teguk sekali dua sehingga air hijau itu hilang separuh. Winny hanya menatap Aou malas.

"Kau kan jarang join kalau ada makan-makan. Aku bagitau je, nanti takut kau terasa hati pula sebab takda orang ajak. Tapi ikut kau la nak ikut ke tak." Ujar Aou lagi

"Ok phi, kalau takda kerja aku join la. Aku bukan sengaja taknak join. Aku kan kerja" Winny membela diri.

Aou angguk faham. Dia tau Winny kerja part-time di Bar milik phi Force. Cuma dia tak faham kenapa Winny nak kerja walaupun dia dah cukup 'berduit'.

"Ohya, maybe Satang akan ikut. Boom cakap Satang baru sampai Bangkok semalam" ujar Aou sebelum meninggalkan Winny. Winny diam sebentar. Dia capai iPhone nya dan menaip sesuatu.

.

Winny keluar dari kereta hitamnya. Dari situ dah terdengar music yang di pasang dari dalam. Winny buka pagar dan jalan menuju ke tempat BBQ.

Disitu Winny boleh nampak sekumpulan anak university itu tengah makan, ada yang masih berdiri mengawasi daging yang dipanggang.

"Hai phi" tegur Winny apabila sudah berada di sebelah Aou, si tukang panggang.

"Haaa, dah sampai pun. Duduk lah." Winny geleng.

Dia memang dah inform dalam group bahwa dia ada lambat sebab terpaksa ganti orang di bar sementara phi Force datang.

"Winny, sini!" Panggil Pond. Tumpuan Winny beralih dari daging panggang ke Pond yang duduk di meja sambil tangannya memberi isyarat mendekat. Mau tak mau, terpaksa Winny mendekati Pond. Mata Winny tidak lepas dari melirik Satang dengan cepat.

Satang duduk di depan Pond. Tapi dia tak sendiri, ada seorang duduk bersamanya, dan mereka nampak agak mesra.

"Itu phi Perth" ujar Phuwin pada Winny. Winny angguk faham.

Tidak lama Marc datang dan berikan Winny sebotol minuman alcohol.

"Onz tak?" Tungkas Marc. Winny angguk lalu ucap terima kasih. Dia meneguk minuman itu sekali dua.

"Hi. Winny right?" Tegur lelaki yang bersama Satang, iaitu Perth. Winny yang tadi berbual dengan Pond dan Marc menoleh ke Perth.

"Ya, and u are Perth right." Ujar Winny sedikit dingin, cemburu mungkin sebab dari tadi Perth meletakkan tangannya pada bahu Satang. Phuwin menepuk paha Winny perlahan. Dia tau Winny sedang tidak dalam mood baik.

Perth berdiri dan menghampiri Winny, Pond, Marc dan Phuwin. Dia mendudukkan diri di sebelah Phuwin. Manakala Winny hanya perhatikan kelakuan Perth.

"Dengar-dengar kita sama course ya Winny. Architecture." Perth memulakan perbualan. Winny angguk mengiyakan Perth.

"Macam mana, setakat ni ok tak?" Soal Perth. Winny menatap Perth sebelum menjawap.

"So far so good." Balas Winny singkat.

"Jangan lawan phi, Winny selalu dapat high score tau." Tambah Phuwin. Disebabkan Phuwin budak design, dia secara tidak sengaja link dengan budak architect.

Winny senyum bangga.

"Well, kalau macam tu, next semester boleh la phi recommend Winny kat office." Winny pandang Perth.

"Maksud phi, phi nak recommend Winny tempat phi part time sekarang. Sana ok, ada allowance dan company pun company besar." Jelas Perth.

"Haah, sebab tu lah phi Perth jarang balik sini." Tambah Pond.

"Mantap lah phi, masih student dah ada blue print dan design sendiri." Puji Marc. Perth hanya terkekeh perlahan. Satang yang tadi duduk sendiri kini join circle Perth.

Aou yang tadi sibuk jaga daging panggang turut join di meja. Bermacam-macam topik yang dibincangkan, dari study sampai ke hobi dan masa depan (?).

Sudah jam 2 pagi, yang lain beransur pulang. Boom dan Aou sudah masuk bilik dari tadi. Marc dan Poon juga sudah balik ke rumah sebab nanti Poon ada kelas awal pagi.

"Hia, jum balik" panggil Satang. Perth dan Winny menoleh ke Satang secara serentak. Satang garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tang, baik korang tidur kat sini saja." Pelawa Pond. Satang angguk sebab keadaan Perth pun dah tak tertolong.

"Phi, tolong angkat hia masuk ke dalam" pinta Satang. Pond dan Phuwin yang kebetulan nak masuk pun bantu Satang angkat Perth yang sudah mabuk.

"Kau ok tak?" Tanya Satang pada Winny takut. Mana tak nya, Winny kan selalu badmood kalau jumpa Satang. Cukup lagi dengan keadaan Winny yang mabuk makin tambah ketakutan yang sudah sedia ada.

"Ok" balas Winny singkat. Dia tiba-tiba jadi cemburu bila lihat wajah Satang. Segala kelakuan mesra antara Satang dan Perth kembali diingatan Winny.

"Bagitau phuwin, aku balik." Winny bangkit dari tempat duduk dan usaha untuk pulang. Satang cepat-cepat capai tangan Winny.

"Hia....." Winny hentikan langkah, dia biarkan Satang genggam tangannya.

"Kenapa?" Tanpa berbalik badan, Winny bersuara. Satang masih setia gengam tangan Winny.

"Kalau takda apa-apa, aku nak balik. Dah lewat ni" suara Winny terdengar lagi. Setelah beberapa minit, Satang melepaskan tangan Winny, terlepas saja tangan mereka, Winny melajukan langkah keluar dari sana. Dia sesali keputusan untuk datang ke sini tadi. Kenapa mesti ada Perth. Kenapa itu kenapa ini, semua bermain di kepala Winny.

Phuwin, Pond dan Perth yang ada di depan pintu menyaksikan perang dingin antara Satang dan Winny. Pond mengisyaratkan Phuwin untuk pujuk Satang apabila Winny sudah pergi.

"Sa, jom. Dah lambat ni" Phuwin ajak Satang dengan lembut. Tidak mahu menyakiti anak itu lagi.

"Phi, kenapa mesti Winny ?" Satang peluk Phuwin. Air mata yang dia tahan tadi sudah jatuh. Satang menangis terisak-isak dalam pelukkan Phuwin.

"Sabar ya Tang." Phuwin menepuk belakang Satang. Memujuk.

"Satang nak Winny. Satang juga nak kawan dengan Winny" Satang masih nangis. Phuwin membawa Satang masuk ke rumah. Disitu hanya ada Pond dan Aou.

"Satang naik dulu." Satang meminta diri apabila melihat Pond dan Aou. Mereka bertiga angguk. Hilang saja Satang dari pandangan, Phuwin bersuara.

"Agaknya Winny jeles tak?" Dia pandang Pond dan Aou silih ganti.

"Mungkin. Sepanjang makan-makan tadi, Winny selalu kantoi curi-curi tengok Satang dan Perth." Sokong Aou.

"Memang aku syak Winny jeles, Perth pun tadi mesra bagai kat Satang." Ujar Pond sambil angguk² entah apa yg di-anggukan sangat tu.

"Esok lah aku tanya Winny. Sekarang jom tidur." Aou meninggalkan sepasang kekasih itu. Setelah perginya Aou, Pond dan Phuwin juga serentak balik ke bilik.

********************************************

22-09-2024
Thanks gais sebab rajin bagi vote dan luangkan masa untuk read cerita saya 💜💜..
Ignore typo(s).
Lavee u all

The End Game [WINNYSATANG]Where stories live. Discover now