(10)

51 5 1
                                    

Sudah masuk minggu kedua, Perth belum lagi bagi tanda-tanda akan sedarkan diri. Selama dua minggu juga Satang dan kedua ibubapanya bergilir ganti untuk menjaga Perth di ward. Fyi, Perth diletakkan di ward vip.

"Adek" panggil bapa Satang, kita sebut saja dia Khun Yai . Adek atau Satang yang ada di meja tidak jauh dari katil Perth toleh. Sambil membelek helaian kertas bukunya. Malam ini giliran Satang jaga tapi tetiba pula si bapa ikut menjaga.

ps : Adek = Satang
       Abang = Perth

"Lusa exam kan, adek bila nak balik university?" Soalan Khun Yai buat satang berhenti menulis. Memang tidak dipungkiri, selama dua minggu ini Satang sibuk menjaga Perth namun tidak lupa juga dia ulangkaji.

"Tidak boleh ka adek skip kali ini?" Pertanyaan Satang dibalas gelengan dari si bapa.

"Kalau abang tau, adek rasa abang suka klau adik skip exam gara-gara abang, adek nak kena bebel abang? " balas bapa panjang. Satang geleng. Sesayang apa pun Satang pada Perth, kalau dah Perth start bebel, susah sangat nak stopkan.

"Jangan risau,abang disini ada phor dan mae yang jaga." Satang masih tidak memberi respon. Khun Yai masih berusaha meyakinkan Satang untuk balik ke Bangkok.

"Phor sudah beli tiket untuk adek balik esok, sudah phor inform kan pada Pond untuk jemput adek di airport." Sambung Khun Yai.

'dah beli baru nak tanya orang' rungut Satang

"Phor.. phor memang tidak mau adek disini?" Akhirnya suara Satang terdengar. Khun Yai yang mendengar itu terus mengeleng kepala, tidak mahu anak bungsunya ini salah faham.

"Bukan itu maksud phor, phor cuma tidak mahu adek extend exam. Adek nak repeat semester?." masih cuba untuk yakin kan Satang. Yang menjadi lawan bicara hanya diam.

"Okayla, macam mana kalau adek balik Bangkok then lepas exam, phor uruskan semua perpindahan adik. Boleh?" Akhirnya Satang angkat kepala.

"Betul phor?" Khun Yai angguk. Dia juga tidak mahu anak bungsunya selalu sendiri dan berjauhan dari mereka.

Akhirnya Satang senyum, dia yakin bapanya ini akan pegang pada janjinya. Setakat ini belum pernah si bapa mengecewakan Satang.

"Thanks phor."

*

Seperti yang dijanjikan, Pond datang jemput Satang di airport bersama kekasihnya,Phuwin.

Satang cepat-cepat peluk Phuwin apabila Phuwin turun dari kereta.

"Rindu phi." Ujar Satang. Phuwin juga angguk mengiyakan. Dia juga rindu adik saudara boyfriend nya. Maklumlaa Phuwin kan anak tunggal jadi Satang jadi adik celup untuk phuwin. Hehe.

"Rindu phuwin je ? Habis Phi ni tunggul ?" Sakat Pond. Mata Satang menjadi sipit ketawa.

"Tukang angkat barang" Phuwin membalas sakat Pond. Mereka bertiga ketawa ria.

Setelah selesai simpan barang mereka bertiga pun meluncur menuju ke rumah Pond. Untuk sementara ini, Satang tinggal dirumah Pond, seperti biasanya kalau ibubapa Satang tiada di Bangkok.

Pond memandu dengan tenang, Phuwin tidur sementara Satang sibuk dengan Iphonenya.

"Saa, sampai bila stay sini?" Pond memecah keheningan antara mereka. Satang yang tadi main telefon kini offkan dan simpan tepi.

Dia pandang Pond dari cermin tengah.

"Habis exam, satang balik terus ke ChiangMai" jawap Satang. Pond angguk faham. Dia pun tau keadaan Perth yang sekarang masih belum sedarkan diri.

The End Game [WINNYSATANG]Where stories live. Discover now