(12)

32 4 2
                                    

"pagi sayang" pagi Satang diawali dengan ucapan manis, siapa lagi kalau bukan Winny Thanawin. Ingat, semalam dorang dah bercium.

"Sayang?!" Mimik wajah Satang berubah. Confused.

"Iya sayang. Satang kan dah jadi sayangnya hia Winny." Winny peluk Satang dari tepi.

Satang tolak Winny perlahan.

"Sejak bila ?" Tanya Satang. Winny yang tadi baring kini duduk. Dia tenung Satang lama.

"Takkan tak ingt. Aku yang mabuk, kau yang hilang ingatan" Winny merajuk. Tapi dalam rajuk tu, sempat dia baringkan diri sebelah Satang. Lalu peluk laki kesayangannya itu.

"Sorry tak ingat." Satang masih denial. Winny ? Dia sudah tidak menjawap. Kesal. Dia betul-betul kesal dengan Satang yang lupa akan kejadian semalam.

"Dah la, nak balik." Tungkas Winny lalu melesap ke bilik mandi. Nak cuci muka.

Satang yang dari tadi tahan ketawa akhirnya terlepas juga. Kacau Winny adalah salah satu favourite dia sekarang.

Lima minit kemudian, Winny keluar dari bilik air. Dia langsung tidak menoleh ke Satang yang masih berbaring di katil. Pelahan Winny kutip baju dan seluarnya yang ada di kerusi rias Satang.. eittt jangan fikir jorok, dorang takda buat apa-apa semalam ye. Winny cuma tumpang bilik Satang.

"Hiaaaa..." Panggil Satang tapi Winny tak endah panggilan Satang. Masih merajuk.

"Hiaa Winny." Panggil Satang lagi, Winny TETAP dengan pendiriannya. Tidak mahu menoleh ke Satang. Dia masih sibuk dengan pakiannya.

Lihat Winny yang merajuk teruk, Satang rasa bersalah dan hilang akal pula nak pujuk. Satang pun bangun dari katil mendekati Winny yang ada depan meja kecil.

Lalu Satang perlahan peluk lelaki yang selama ini perlahan-lahan curi hatinya. Back hug.

Winny terkejut, memang. Satang bukan jenis orang yang berani buat benda macam ni. Semalam tidur pun Satang letak bantal kat tengah hahaha. Langkah untuk berjaga-jaga katanya.

Winny usaha kawalo diri, dia intip Satang yang masih peluk badannya dari belakang. Baju t-shirt yang oversize dan seluar kecil itu menambahkan kecomelan pada Satang. Winny taknak otaknya melayang lebih jauh.

"Hia Sayang." Panggil Satang tapi kali ini lembut. Tapi bagi Winny, suara Satang kali ini terdengar seksi.

"Ehemmm" Winny berdehem. Dia sekarang berperang dengan mental nya sendiri. Winny lepaskan pelukan Satang dan pusing menghadap Satang. Satang masih tunduk. Dia angkat wajah Satang.

"Sorry.." pinta Satang.

"Satang hanya gurauu.." sambung Satang. Winny senyum tipis. Lega.

"Jadi boyfriend hia boleh?" Mata Satang membulat besar.

"Semalam kita sempat jub jub tapi hia belum minta Satang jadi boyfriend hia" sambung Winny. Dia bersabar tunggu jawapan Satang.

Dan

Iya

Satang angguk. Setuju untuk jadi pasangan Winny. Dapat respon yang positive dari Satang, Winny terus peluk lelaki kecil itu. Satang juga membalas pelukkan kekasihnya.

.

Winny dan Satang turun ke bawah sambil pegang tangan. Dari tingkat atas sudah boleh nampak beberapa anak muda masih tidur di ruang tamu.

Satang terus pergi ke dapur. Disana sudah ada Boom dan Phuwin. Tapi sempat lagi Winny curi ciuman di pipi Satang. Akibat malu, terkedek kedeklah Satang berlari ke dapur.

The End Game [WINNYSATANG]Where stories live. Discover now