✵❃ SHE IS MRS. ADDYAN 41

99 5 0
                                    

FAIL-FAIL yang berada di atas mejanya di susun rapi. Sebelum keluar dari bilik kerjanya dia akan pastikan yang suasana biliknya disusun kemas dan tersusun rapi.

Bum!

Kus semangat. Baru sahaja nak pusingkan badan marah orang yang tak reti ketuk pintu sebelum masuk terus tak jadi bila melihat siapa gerangan orangnya itu. Pintu bilik kerjanya juga di tutup dengan kasar.

"Kenapa princess call hubby, hubby tak angkat?! Penat tau jari princess duk tekan-tekan skrin." suara Aisya kuat memarahi dia yang berdiri jauh dari Aisya.

Wow. Datang-datang terus terjah orang mat. "Relax lah. Hubby ada kecemasan tadi. Hubby mana bawa fon waktu berkerja." ujar Tengku Addyan dengan nada biasanya.

Tubuh isterinya di dekat dan terus memeluk erat pinggang wanita kesayangannya itu. Bau haruman dari tubuh isterinya di hidu tanpa ada rasa ingin lepas.

"Ooo ye ek? Hehe sorry. Hubby jom lunch. Lepas tu kita keluar jalan-jalan nak tak? Baby ngan mama boring lah asyik duk umah je." minta Aisya dengan wajah comelnya di tayangkan.

Kedua-dua keningnya di angkat sambil memandang wajah comel isterinya itu. "Datang sini semata-mata nak ajak hubby keluar lunch and jalan-jalan je?"

"Yelah. Habis itu hubby ingat apa?" soal Aisya pelik. Suaminya sejak dia mengandung perangai bukan kemain gatal. Bad boy.

"Hubby ingat dapatlah k*ss ke apa ke ann..."

*cup!

Tengku Addyan senyum lebar bila bila Aisya turuti permintaannya. Baru sahaja mulut wanita itu ingin buka dia terlebih dahulu memotong dengan tindakan dratik dia yang tiba-tiba itu.

"Hump!" Aisya cuba menolak dada suaminya bila dia kehilangan oksigen. Lepas sahaja tautan mereka Aisya terus mencari oksigen di udara sebelum pipinya pula menjadi sasaran bibir Tengku Addyan.

"Maseh princess. Love you."

"Syame-syame husband. Love you too more."

"PRINCESS! Hati-hati jalan tu. Ya Allah agresif betullah mak buyung sorang ni." jerit Tengku Addyan daripada jauh.

Dia hanya perhatikan sahaja Aisya bermain dengan anak buahnya Tengku Adelia dan Tengku Aqil. Sekarang mereka berdua berada di villa Tengku Aaryan.

Aisya sendiri yang ajak dia untuk datang ke sini, katanya rindu dengan Azzahra dan anak-anak buah mereka. Kebetulan pula dia cuti hari sebulan sebab risau akan isterinya yang bila-bila masa sahaja akan bersalin.

"Tak aciklah mak ngah! Aqil nak beli tempat ni dulu." suara Tengku Aqil yang tidak puas hati itu mula kedengaran agak tidak puas hati.

Tengku Aqil dan Tengku Adelia sudah besar dan sudah sekolah dah pun. Tapi peragai mereka berdua tetap baby kerana masih sekolah tadika lagi.

"Ah takde-takde. Mak ngah dah dapat dulu. Siapa dapat dia lah ambik dulu." kata Aisya. Dia juga tak nak kalah dengan budak kecil.

Tengku Addyan dan Tengku Aaryan hanya mampu menggelengkan kepala mereka.

Vroom! Vroom! Vroom!

Kereta Mercedes milik Shahrul mula masuk ke perkarangan villa Tengku Addyan diikuti dengan kereta BMW milik Amir.

"Sampai dah bala-bala kau." kata Tengku Aaryan dengan muka pasrahnya. Kejap lagi heboh lah villa dia dengan perangai mereka semua. Silap hari bulan villa dia ni boleh buat party, party apa pun dia tak tau. Hm.

"Hello brother! What's up?" sapa Shahrul dengan muka cerianya.

"Assalamualaikum, kau nampak aku sihat-sihat je kan?" jawap Tengku Addyan pedas.

SHE IS MRS.ADDYAN (C)Where stories live. Discover now