"PIJA, jom kahwin?"
Syafiza Iman tersedak. Wajah lelaki kacak di
hadapan matanya direnung tajam. Jantungnya berdegup kencang. Aku tak salah dengar, kan?"Awak gila ke?" soal Syafiza Iman.
"Ya, I'm crazy. Because... I love you." Luah
lelaki itu sambil tersenyum manis.Gedebukk!
Syafiza Iman merintih kesakitan tatkala
punggungnya mencium lantai. Terpisat-pisat dia
mencelikkan mata. Keadaan masih kelihatan gelap."Eh, aku mimpi ke?" Gumamnya. Kepala yang
tidak gatal digaru.Jam loceng yang berada di meja sisi dicapai.
Membulat matanya melihat jarum jam yang sudah
menunjukkan pukul enam setengah pagi."Mampus aku!" Berdesup Syafiza Iman
melangkah keluar dari bilik tidurnya. Tuala pun tak
sempat dicapai. Ah, tak apa. Nanti suruh ibu ambilkan.ARNASH FARHAN melangkah masuk ke
dalam kelas 5 Delima memandangkan sekarang waktu Bahasa Melayu. Beg kecil yang berisi marker bersama buku bantuan mengajar diletakkan ke atas meja. Bergelintar matanya memerhatikan para pelajar."Bangun, kelas! Assalamualaikum dan selamat
pagi," ucapnya bernada tegas.Semua pelajar di dalam kelas 5 Delima menyahut
ucapan salam dan sapaan selamat pagi itu serentak.
Masing-masing berdiri tegak bagaikan tiang bendera."Duduk!" Arah Arnash Farhan. Sebatang marker
berwarna hitam dipegang kemas. Bersedia ingin
mencatat sesuatu di papan putih.Syafiza Iman menopang dagu sementara rakan-
rakannya yang lain membaca doa belajar. Hah, itulah
dia. Kalau Arnash Farhan masuk mesti penyakit
angaunya sampai.Sejak tingkatan empat dia menjadi seperti itu.
Baginya, Arnash Farhan seakan-akan magnet. Asyik
menarik perhatiannya sahaja. Geram!"Syafiza Iman. Kenapa tak tadah tangan?" soal
Arnash Farhan setelah doa selesai dibaca. Wajahnya
diraup sekilas.Syafiza Iman masih diam. Dia tersenyum-
senyum sendiri memandang guru muda berusia 28 tahun itu. Bibir bawah digigit."Syafiza Iman!" Suara Arnash Farhan naik
seoktaf. Dia malu sebenarnya apabila gadis itu
merenungnya seperti itu."Pija, cikgu tanya tu." Natasha selaku kawan baik
kepada Syafiza Iman terus menyenggol bahu sahabat
baiknya.Dia mengerti Syafiza Iman sedang berangan
memikirkan tentang guru muda di hadapannya itu."Huh?"
Syafiza Iman tersentak. Terangkat sebelah
keningnya sambil memandang wajah putih bersih milik Natasha. Alahai, Pija. Itulah... Mengelamun lagi, kan dah gila."Cikgu tanya tu..." ulang Natasha.
Gulp!
Air liur yang ditelan terasa berpasir. Syafiza
Iman memandang ke hadapan semula. Arnash Farhan masih lagi merenungnya. Degupan jantung mula tak selari.Dup dap! Dup dap!
"Syafiza Iman!"
"Apa dia, cikgu?" Syafiza Iman bersuara juga
akhirnya."Saya tanya, kenapa awak tak tadah tangan masa
baca doa belajar tadi?" Tajam mata Arnash Farhan
merenung pelajarnya yang seorang itu."Eh, saya tadah tanganlah, cikgu. Hmm... cikgu
tak nampak agaknya." Syafiza Iman tersengih persis
kerang busuk. Entah, dia sendiri tak ingat sama ada dia tadah tangan atau tidak.Membulat mata Arnash Farhan. Tadah tangan
apa benda? Dari tadi menopang dagu pandang aku. Eh, budak ni. Kalau adik aku, dah lama aku pijak-pijak. Gerutu hatinya."Bangun sekarang. Datang sini. Baca doa belajar
semula." Arah Arnash Farhan.Seram sejuk terus Syafiza Iman dibuatnya. Berat
saja langkahnya ingin ke hadapan. Bibir diketap kuat.
Tangan dijulang ke atas. Mata dipejam rapat."Bismillahirahmanirrahim...
Allahummabariklana..."
Pap!
Sebatang marker tepat terkena di tepi kepala
Syafiza Iman. Serta merta matanya terbuka luas. Wajah masam mencuka guru muda itu dipandang.
Arnash Farhan meletakkan punggungnya di tepi
meja sambil berpeluk tubuh. Tunak matanya
memandang gadis itu."Awak sekolah dah sebelas tahun termasuk
sekolah rendah. Sampai sekarang tak reti bezakan doa
belajar dengan doa makan?" soal Arnash Farhan. Geram."Saya baca doa makan ke tadi, cikgu?"
"Ya Allah, awak tanya saya pulak? Syafiza, jasad
awak memang dekat dalam kelas tapi fikiran awak
melayang entah ke mana. Boleh tak sekali je awak
fokus? Tak lama lagi awak akan ambil SPM. Cuba
belajar untuk jadi seorang yang serius," bebel Arnash
Farhan.Syafiza Iman menunduk. Malu apabila ditegur
oleh lelaki yang diminati dalam diam."Saya bagi amaran terakhir dekat awak, Syafiza.
Selepas ini kalau saya nampak awak berangan lagi, siap awak!" Menjegil mata Arnash Farhan memandang Syafiza Iman."Cikgu nak buat apa kat saya?" Dengan
beraninya Syafiza Iman bertanya. Langkah diatur
merapati Arnash Farhan."Belajar sorang-sorang kat luar kelas," balas
Arnash Farhan bersahaja.Syafiza Iman mencebik. Dah biasa!
"Sudahlah, pergi duduk. Keluarkan karangan
semalam. Saya nak sambung hari ni." Arah Arnash
Farhan lagi.Natasha tersengih melihat sahabatnya. Bukan dia
tak tahu yang Syafiza Iman sukakan guru muda itu.
Pinggang Syafiza Iman dicucuk manja sebaik saja
sahabatnya itu menghempas punggung di sebelahnya."Kau tengok muka cikgu dekat-dekat, ada
jerawat tak?" Natasha mengusik."Tak... Aku tak nampak jerawat tapi aku nampak
masa depan aku dengan dia." Seraya itu, Syafiza Iman
tergelak kecil. Buku tulis panjang dikeluarkan dari
bawah meja.

ANDA SEDANG MEMBACA
MY LOVE CIKGU [C]
Romansa"Cikgu, tolong ejakan perkataan cinta boleh?" - Syafiza Iman. "Kenapa dengan cinta?" - Arnash Farhan. "Sebab I cinta you." - Syafiza Iman. Walaupun umur mereka jauh berbeza, Syafiza Iman tidak kisah langsung. Apa yang dia tahu, dia memang benar-b...