"Apa kata kau belikan umi tudung? Aku beli set baju kurung kau beli tudung yang matching dengan baju kurung ni, okay tak?" selepas Qaireena mencadangkan dia bertanya semula kepada Hayyan, risau Hayyan sudah fikirkan hadiah lain.
"Okay! Jom teman aku pilih tudung." Hayyan menarik baju yang berada di pegangan Qaireena membawa mereka ke tempat bahagian tudung.
"Aku pilih warna putih dengan warna biru lembut ni la. Sesuai kan dengan warna baju yang kau pilih?" tanya Hayyan sambil menujuk ke arah tudung yang dipilih olehnya. Dia memilih tudung bawal satin, nampak elegen sangat!
"Sesuai je jom bayar." ajak Qaireena, dia berjalan di dahulu menuju ke kaunter.
"Aku belanja kau baju kurung ni. Tadi kau dah belanja aku, kalini aku belanja kau pula okay." kata Hayyan sambil mengambil baju kurung Qaireena di tangan kecil itu.
"Kau bayar dulu." Hayyan memberi laluan untuk Qaireena membayar dahulu. Selepas mereka membeli hadiah hari lahir untuk Umi Inayah, tidak lupa juga baju cekak musang yang dibeli secara senyap oleh Hayyan. Mereka berjalan ke sepanjang laluan ini.
"Kita nak buat apa lepasni?" tanya Hayyan memecahkan kesunyian.
Qaireena berkerut. "Mana lah aku tahu, kau yang ajak aku keluar. Apa kata kita main game kat tingkat empat?" ajak Qaireena sambil menuju ke arah eskalator. Ingin naik lif tapi keadaan di situ agak sesak, eskalator menjadi pilihan.
"Jom!" sorak Hayyan riang. Dia mengambil beg plastik di tangan Qaireena, menolong membawa bungkusan ini sepanjang jalan.
Selepas mereka sampai di tingkat empat, deretan mesin permainan menanti mereka. Suasana di situ riuh dengan bunyi bising mesin bersama tawa pemain yang gembira. Hayyan melihat ke sekeliling dengan penuh teruja.
"Okay, kita main yang mana dulu?" tanya Qaireena sambil memandang pelbagai pilihan permainan di hadapan mereka. Matanya tertumpu kepada mesin 'claw machine' yang penuh dengan patung comel.
"Apa kata kita cuba ambil patung tu dulu?" cadang Qaireena sambil menunjukkan ke arah mesin tersebut.
Hayyan tersenyum sambil memasukkan satu kad khas untuk bermain di sini. "Boleh! Kalau aku dapat patung ni, aku bagi kat kau."
Qaireena tersenyum kecil. "Kalau kau berjaya la." balasnya dengan nada mencabar.
"Aku ambilkan patung arnab ni okay." kata Hayyan dengan nada riang. Dia mencuba beberapa kali namun gagal untuk dia mendapatkan patung itu namun gagal, akhirnya dia mencuba nasib untuk mendapatkan patung lain. Akhirnya, selepas beberapa cubaan, dia berjaya mengangkat patung kecil berwarna coklat itu!
"Alamak dapat patung beruang pula." Hayyan mengeluh, patung itu diberikan kepada Qaireena bersama senyuman tipis.
"Beruang pun beruang la yang penting comel. Terima kasih Que." ucap Qaireena dengan nada gembira, senyuman lebar menghiasi wajah itu mampu untuk menceriakan kembali wajah Hayyan.
"Meh sini aku cuba pula. Pegangakan beruang ni elok-elok." pesan Qaireena kepada Hayyan apabila dia mengambil tempat untuk bermain permainan itu pula.
Qaireena mencuba beberapa kali untuk mencapai patung comel itu. Percubaan kelima sangat mengembirakan Qaireena. Patung comel bertelinga panjang itu dikeluarkan dari ruang yang disediakan.
"Tadaa! Hunny bunny for you Que!" tunjuk Qaireena patung arnab itu dengan penuh kegirangan. Patung yang ingin diambil Hayyan tapi tidak berjaya tadi.
"Yayy, beruang ni dah ada kawan." Hayyan berkata sambil menunjuk beruang itu depan arnab putih itu. Macam la patung itu dapat melihat.
"Beruang ni umpama kau dan arnab ni umpama aku. Saling melengkapi antara satu sama lain. Hehe comel kan?" kata Hayyan kepada Qaireena pula. Entah kenapa bila bersama gadis ini terkeluar pula sifat kanak-kanaknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/369928390-288-k101172.jpg)
YOU ARE READING
Malam Tanpa Bintang [COMPLETED]
RomansaCover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena yang malas mengambil tahu hal orang lain. Baginya tidak mendatangkan faedah. Rapat dengan lelaki? Itu bukan diri dia! Tetapi kewujudan 'makhluk' baharu di sekolahnya itu...