Prolog

42 0 0
                                    


6.00 p.m

"Kau nak biadap sangat dengan aku kan, kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku tak ingin anak tak kenang budi macam kau!!" Naik angin encik Nazim apabila dia merasakan Aisya sudah semakin pandai menjawab sekarang.

Aisya yang memegang pipinya yang sudah ditampar sebanyak 3 kali oleh ayahnya, berpaling menghadap ke arah ayahnya dengan mata yang berkaca.

"Aisya pun tak ingin ada ayah macam ayahlah!!" kata Aisya sebelum berlalu keluar dari rumahnya.

"Aisya!!" ibunya memanggil tapi Aisya buat tidak endah sahaja kerana dia sudah letih dengan ibunya yang masih mahu bertahan dengan ayahnya yang jelas-jelas seorang suami yang dayus.

"Biarkan dia pergi!!" itu kata-kata terakhir yang Aisya dengar daripada ayahnya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan keluarganya. Rumahnya yang tak ubah seperti neraka.

Cuaca pula sedang hujan lebat dan dia tidak tahu mahu pergi kemana.

Dia ternampak ada bus stop jadi dia pun memutuskan untuk ke bus stop itu, berteduh di bawah bus stop itu sampailah hujan berhenti.

Beberapa minit kemudian

Ada sekumpulan geng motor dalam 5 orang juga menghentikan motor mereka betul-betul di depan Aisya. Mungkin mahu berlindung daripada hujan juga, Aisya cuba untuk husnuzon walaupun salah satu daripada sudah tersenyum sinis apabila tahu ada kehadiran perempuan juga di bus stop ini.

"Weii, ada awek jugak dowh kat sini. Boleh lepas bosanlah aku sambil tunggu hujan reda ni" Lelaki yang sama tersenyum sinis kepadanya tadi berkata.

"Baek dowhh" salah seorang daripada mereka berkata juga sebelum semua meletuskan ketawa. Aisya sudah berasa seriau lalu bertindak untuk bangkit dan berlalu meninggalkan bus stop ini.

"Eh,eh awak nak pergi mana ni. Alaa janganlah pergi lagi, lagipun tengah hujan ni" Salah seorang daripada mereka bertindak untuk berdiri di depan Aisya, menghalangnya daripada terus berjalan sambil memegang lengan baju Aisya.

"Ehh tak payah pegang peganglah. Gila ke apa!!" lantang Aisya berkata, marah tapi dalam masa yang sama dia seriau kerana hanya dia sahaja yang berada di sini, kereta pula waktu ini jugalah tak nak lalu-lalang. Dia merentap lengan bajunya daripada terus dipegang dengan lelaki itu. Jijik.

"Wahh, garangnya" beberapa orang dari mereka yang berdiri di belakang Aisya berkata.

"Alaaa, layan kiteorang kejap jee boleh tak ?" Lelaki tadi yang memegang lengan baju Aisya berkata.

"Aku tak naklah gila!!" Aisya berkata dengan suara yang sengaja ditinggikan. Dah dia taknak, janganlah paksa.

"Alaaa, abang janji kejap jeee" Lelaki itu bertindak untuk memegang lengan Aisya dengan ketat. Selepas itu, satu tangannya pula naik mengusap pipi mulus Aisya yang sudah dibasahi hujan itu.Aisya pula cepat-cepat meronta minta untuk dilepaskan. Mahu menangis dia. Aisya memutuskan untuk membuat kerja gila dengan meludahkan air liur tepat kena pada muka lelaki tersebut membuat mereka yang lain terkejut juga dengan tindakan Aisya menyebabkan pegangan lelaki tersebut longgar sedikit sebelum salah satu tangannya mengesat air liur yang berada di mukanya sebelum memandang tajam anak mata Aisya. Marah.

Lelaki tersebut bertindak menampar pipi kanan Aisya dengan kuat, cukup untuk membuat kepalanya terteleng ke tepi. Rasa pejal.

"Kau asal eh perempuan ?!! Aku minta elok-elok kan yang aku nak main-main je!! " Lelaki itu berkata sebelum memegang kembali kedua dua lengan Aisya dengan ketat.

"Aku taknak!!!" Aisya berkata seraya memandang anak mata lelaki itu dengan mata yang sudah mengalirkan air mata bercampur dengan air hujan. Ya Allah apa akan jadi kepadanya ? Sungguh dia takut.

Lelaki itu terus tersenyum sinis melihat Aisya yang sudah ketakutan. Tadi berani sangat ludah muka aku kan ?

"Geng, ambil dia ni" kata lelaki itu selaku ketua geng motor tersebut.

"Taknak!!!" Aisya makin meronta-ronta apabila lelaki lain juga memegang lengannya, menariknya untuk pergi ke bus stop itu semula.

"Kau diamlah perempuan!!!" Ketua geng tadi bertindak untuk menampar pipi Aisya lagi sehingga dia rasa mahu pitam akibat daripada tamparan yang kuat itu.

Ketua geng tersebut berasa puas melihat Aisya yang tidak lagi mampu untuk melawan. Baru sahaja dia ingin mengusap pipi Aisya.

Bukk!!

Ketua geng itu terjatuh apabila ada seorang lelaki bukan dari geng mereka bertindak untuk menumbuk pipi ketua geng tersebut. Aisya tidak nampak muka lelaki tersebut akibat pandangannya yang kabur sekaligus dengan hujan yang lebat ini, tetapi dia bersyukur ada orang yang akan menyelamatkannya. Mereka yang lain juga terkejut. Salah seorang daripada empat orang maju ke hadapan untuk melindung ketua mereka dan pergaduhan berlaku, tumbukan sana sini tetapi lelaki itu masih lagi kuat berdiri.

Sampaikan satu masa hanya tinggal lagi seorang lelaki daripada geng motor itu , sedangkan yang lain sudah terbaring tidak sedarkan diri. Dia sedang memegang lengan Aisya bertindak untuk menolak badan Aisya sehinggakan Aisya terjatuh, duduk di atas lantai simen itu. Selepas itu, lelaki itu menghayunkan penumbuk pada lelaki misteri itu tetapi belum sempat, lelaki misteri itu terlebih dahulu bertindak untuk menendang perut lelaki itu sehinggakan dia terjatuh ke atas lantai simen bus stop itu.

Lelaki misteri itu bertindak untuk menindih lelaki tersebut dengan duduk di atas perutnya lalu menumbuk pipinya beberapa kali sebelum lelaki tersebut tidak sedarkan diri.

Aisya yang melihat scene itu terus mengecam muka lelaki tersebut. Lelaki itu adalah Asyraf Zahran.

Dia terus bangkit dan pergi ke arah Aisya yang separuh sedar itu. Dia menepuk pipi kiri Aisya dengan perlahan.

"Aisya, jangan tutup mata lagi. Tolong bertahan" Asyraf berkata memohon agar Aisya tidak menutup matanya.

Aisya memandang Asyraf yang sudah berada di depannya, rasa bersyukur kerana yang menyelamatkannya adalah Asyraf. Aisya menghadiahkan senyuman kecil kepada Asyraf.

"T-terima kasih Asyraf" kata Aisya sebelum menutup mata, tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Asyraf memegang pipi Aisya sebelum kepala Aisya sempat jejak ke atas lantai simen itu.

His TahajjudWhere stories live. Discover now