Bab 4

3 0 0
                                    


Di makmal sains

Janggal ?

Itu adalah yang dirasakan oleh Aisya sekarang apabila hanya dia dengan Asyraf saja yang ada makmal itu.

Beberapa minit yang lalu

"Terima kasih cikgu, cikgu lah the best" kata Aisya sambil menunjukkan posing the best kepada cikgu Hasnah, juga tersenyum lebar selepas cikgunya membenarkan untuk guna mikroskop itu.

"Okelah cikgu pergi dulu ya, jangan lupa simpan semula lepas dah guna" cikgu Hasnah mengarah.

"Ehh, cikgu taknak tunggu dulu ke kan nanti jadi apa apa macam mana ?" Aisya mendekatkan diri kepada Cikgu Hasnah. Takkan senang senang aje cikgu biarkan dia guna mikroskop ini tanpa pengawasan orang lebih dewasa ?

Kalau jadi apa apa macam mana ?

"Kamu ni Aisya, sebab cikgu percaya pada kamulah cikgu bagi kamu guna ni kalau tidak jangan haraplah"

"Dah cikgu ada kelas ni, cikgu pergi dulu"

"Jangan buat benda pelik pelik pula Aisya, kamu berdua aja ni. Cikgu tengok boleh tahan kacak juga ya kawan kamu tu" cikgu Hasnah berkata sambil menilik mata ke arah Asyraf yang berada di belakang Aisya. Asyraf hanya menundukkan kepalanya tanda hormat tetapi juga tersenyum dalam diam.

Siapa saja yang tak suka bila kena puji ?

"Cikgu!!" Aisya terus berasa malu.

Boleh pula cikgu bergurau tentang itu ?!

"HAHAHAHAH" gelak besar cikgu Hasnah sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.

Sekarang

Aisya memandang Asyraf sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal yang dilapik dengan tudung.

"Err.." Aisya tak tahu nak berkata apa. Menyesal sungguh dia tidak bawa Alia bersama dia. Kann jadi akward sekarang ni! Kalau ada Alia dengan Ilham, taklah situasi jadi sejanggal macam sekarang ni.

"Ya, Aisya ?" tanya Asyraf lembut sambil memandang Aisya yang kelihatan seperti janggal berada dalam satu ruang hanya berdua bersama dia.

"Ya Allah lembutnya suara. Haiih." Suara hati Aisya berkata.

"Err bolehlah kan kita start sekarang ?" Aisya menanya, dengan matanya memandang ke arah lain.

Asyraf pula berjalan mendekati Aisya dengan mikroskop yang sudah terletak elok di atas meja makmal itu.

Semasa Asyraf fokus menerangkan kepada Aisya secara lebih terperinci tentang cara menggunakan mikroskop dengan betul sambil pandangannya hanya fokus pada mikroskop itu manakala Aisya hanya sementara saja memandang ke arah mikroskop, selebihnya terfokus pada muka Asyraf yang terlalu khusyuk.

Face features yang sangat sempurna. Hidungnya yang mancung, juga kening yang lebat. Seterusnya, mata yang berwarna bright brown.

"Ada mix ke mamat ni ?"

Tetapi Aisya merasakan muka Asyraf terlalu familiar ? Seakan-akan dia pernah bersua muka dengan Asyraf.

"Arghh, muka awam kot"

Tanpa menyedari bahawa dia sudah menenung muka Asyraf terlalu lama membuatkan Asyraf juga menyedarinya.

"Err, Aisya" panggil Asyraf lembut.

"Ada apa-apa dekat muka saya ? Saya perasan lama sangat awak dah tenung saya" kata Asyraf sambil meraba-raba pipinya, risau mungkin tiba-tiba ada jerawat timbul ke ?

His TahajjudWhere stories live. Discover now