Pada sepertiga malam
"Ya Allah, jagalah dia daripada mendekati sebarang maksiat"
"Jauhilah dia daripada mendekati lelaki yang bukan mahram, ya Allah"
"Aku cintakannya keranamu, ya Allah"
Suara itu berbisik kepada langit, memohon agar doanya dimakbulkan.
Dia hanya mampu melangitkan doanya sahaja untuk gadis yang dicintainya. Dia tidak mahu cintanya dicemarkan dengan perkara maksiat, seperti couple. Cukup Allah yang menjadi saksi cinta dia terhadap gadis itu.
Pada masa yang tepat, jika benar gadis itu adalah jodohnya maka mereka akan bersatu walau bagaimana sekalipun keadaan atau orang sekeliling menentang mereka.
Pada masa sekarang, dia hanya mampu berdoa agar gadis yang dicintainya agar berada dalam lindungan Allah.
End of his POV
Titik perkenalan Aisya dengan Adam bermula daripada Aisya yang tidak sengaja melihat Adam ditampar kuat oleh ayahnya di belakang sekolah semasa temu murni 4 tahun lalu.
Daripada kejadian itu, mereka mula rapat antara satu sama lain. Memandangkan nasib mereka yang lebih kurang saja.
Seminggu sudah berlalu
Semua sudah kembali seperti semulanya, minggu yang lalu boleh dikatakan pelajar dari sekolah Sains dari Putrajaya akan menginap di asrama form 6 yang kosong selama seminggu untuk sesi pengenalan bersama pelajar sekolah ini dan memandangkan mereka semua adalah Tingkatan 5, cikgu Azizi bercadang menggunakan hari hujung minggu saja untuk minggu seterusnya.
Pelajar-pelajar boleh berjumpa di luar atau menggunakan bilik STEM sebagai tempat untuk berbincang atau untuk menyiapkan projek.
Satu minggu sebelum mereka berangkat ke China, mereka akan menginap di asrama sekolah Sains Putrajaya pula untuk menyiapkan projek mereka.
Aisya, Alia, Ilham dan Asyraf sudah mula mengenali antara satu sama lain dan bertukar nombor tetapi seperti biasa Aisya dan Ilham masih seperti anjing dan kucing memandangkan Ilham tidak habis-habis mengusik Aisya.
YOU ARE READING
His Tahajjud
RomanceAsyraf Zahran|Aisya Humaira Aisya Humaira seorang gadis berumur 17 tahun, hidupnya yang agak kucar-kacir akibat daripada ayahnya,seorang kaki pukul dan juga selalu curang ke atas ibunya. Dia pula sudah lama tidak mendapatkan kasih sayang daripada se...