Di dalam bilik STEM"As you guys know, sekolah kita akan berkolabarasi dengan sekolah Sains Putrajaya untuk pertandingan STEM peringkat antarabangsa yang akan berlangsung di China jadi saya harap korang semua boleh berkerjasama ya walaupun berbeza sekolah" bagitau cikgu Azizi kepada pelajar-pelajarnya juga pelajar-pelajar dari SM Sains Putrajaya.
"Ingat kamu semua ini wakil Malaysia jadi saya harap kamu semua boleh berikan yang terbaik untuk negara kita lagipun kita hanya berbaki sebulan saja lagi sebelum pertandingan itu" kata cikgu Azizi kepada semua pelajar di situ.
"Saya serahkan kepada Aisya untuk membaca senarai nama sekaligus pembahagian kumpulan mengikut setiap acara yang akan dipertandingkan"
"Selepas itu awak terus duduk dalam kumpulan masing-masing ya" cikgu Azizi berkata sebelum pergi ke mejanya.
Aisya pun berjalan ke hadapan lalu mula membacakan nama seorang demi seorang.
"Muhammad Aiman, kumpulan satu bahagian kereta roket"
"Alisya Mahirah, kumpulan satu bahagian aplikasi"
Sampailah ke nama yang terakhir iaitu,
"Muhammad Asyraf Zahran, kumpulan dua bahagian siasatan jenayah" sama kumpulan dengan dia dan Alia. Dia tidak perasan akan hal itu.
...
Masing-masing sudah duduk di dalam kumpulan yang sudah diaturkan. Aisya hanya memandang Alia yang duduk di sebelahnya dengan annoying. Senyum seperti kerang busuk apabila dia dengan boyfriendnya berada di dalam kumpulan yang sama. Patutlah bukan main gembira pagi tadi, boyfriend kumpulan sama.
Malas mahu mendengar Alia dan boyfriendnya berborak. Mesti pasal benda yang sweetlah tu.
Malaslah dia.Dia cuba mencuri pandangan pada Asyraf yang duduk di hadapannya. Baru mahu memandang, Asyraf sudah merenung dia dahulu. Aisya terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Akward.
"Asal mamat ni pandang aku pulak ? Creepy sia" kata Aisya dengan perlahan. Tanpa sedar bahawa Asyraf juga mendengar apa yang diperkatakan Aisya tadi.
Asyraf tergelak kecil membuatkan Aisya memandangnya hairan.
"Dia dengar aku ke ?" kata Aisya lagi pada diri sendiri dengan perlahan sambil memandang ke arah lain.
"Ya" kata Asyraf perlahan tapi cukup untuk buatkan Aisya tidak keruan. Rupanya dia dengar.
Muka Aisya terus menjadi merah padam, Ya Allah malunya!!
Melihat muka Aisya yang sudah merah begitu hanya membuatkan Asyraf agak terpegun melihat Aisya lalu tersenyum kecil, sebelum ditegur oleh sahabatnya Ilham juga merupakan kekasih si Alia.
Dia tahu yang Aisya tidak ingat pada dia kerana sudah 7 tahun mereka tidak bersua muka, muka Asyraf pun sudah agak lain sedikit begitu juga dengan Aisya.
"Bro, asal senyum semacam je ni ?" Ilham menyiku sahabatnya yang tersenyum macam kerang busuk.
Asyraf terus menghapuskan senyumannya, kembali dengan muka sejuk beku dia tu."Korang kenapa senyap je dari tadi ? Cakaplah sikit" Alia pun bertindak untuk menyiku Aisya, sedar dari tadi yang kawannya hanya diam saja. Alia juga perasan tadi yang muka Aisya yang agak kemerahan.
"Dah korang saja yang kenal antara satu sama lain, kiteorang manalah kenal lagi" Aisya berkata. Adillah dah mereka itu sepasang kekasih. Dia ini pun manalah kenal jejaka yang berada dihadapannya ini.
"Ohh ya ehh, okelah aku Amir Ilham macam yang kau tahu boyfriend Alia, ni kawan aku Asyraf Zahran" Ilham berkata. Alia pula buat malu-malu kucing apabila Ilham mengaku sebagai kekasihnya.
Aisya melihat dengan pandangan annoying.
YOU ARE READING
His Tahajjud
RomanceAsyraf Zahran|Aisya Humaira Aisya Humaira seorang gadis berumur 17 tahun, hidupnya yang agak kucar-kacir akibat daripada ayahnya,seorang kaki pukul dan juga selalu curang ke atas ibunya. Dia pula sudah lama tidak mendapatkan kasih sayang daripada se...