Melupakanmu

6 0 0
                                    

Kakiku berlari tanpa henti,

Cuba mengejar sesuatu yang belum pasti,

Di bawah cakrawala senja,

Bersama tiupan angin yang hampa.

Fikiranku keras memahami,

Adakah ini akhir dari semua ini,

Sudah tibakah waktu ku mengundur diri?

Untukku temui bahagia ku sendiri.

Matamu kelihatan bercahaya,

Bermaksud kau menemui bahagia,

Pasangan yang selalu kau imipikan bersama,

Sempurna bagimu dan dia.

Kau dan aku hanya sebuah pertemuan,

Pertemuan indah sebatas pertemanan,

Biarkan kan rasa ini ku simpan,

Melupakanmu tanpa pilihan.

Andai suatu masa kita bertemu kembali,

Dan kau dan aku masih sendiri,

Biarlah batas pertemanan yang kempali,

Kerana aku tak ingin berharap yang tak pasti.

-Anezea

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tinta Seorang PemuitisWhere stories live. Discover now