ʚ ENDING ɞ

962 36 7
                                    


"Mana ibu awak ni Hayyan? Kita dua dah kacak bergaya dah ni. Kita tinggal ibu nak tak?" Harraz menggomol geram pipi gebu anaknya. Terkekek-kekek si kecil itu apabila diperlakukan sedemikian oleh ayahnya.

"Abang! Hana dah siap," laung Hana kuat semasa menuruni tangga.

Mendengar sahaja suara sang isteri, Harraz terus bangkit dari duduknya.

"Ibu siapa cantik sangat ni Hayyan?" soal Harraz sebaik saja Hana sampai di hadapannya.

"Ibu saya!" Harraz mengecilkan suaranya sambil mengangkat tangan anaknya.

"Maaf lambat abang, tudung Hana buat hal pula, salahkan tudung ni." Hana berkata kesal. Waktu orang nak cepat la dia nak ajak gaduh.

"Tak apa sayang, demi bidadari cantik seorang ni, berapa lama pun kami sanggup tunggu. Kan Hayyan kan?"

"Waaaa!" Hayyan menggoyangkan kakinya teruja. Mungkin bersetuju dengan kata-kata ayahnya.

"Merepek la ayah awak ni Hayyan, jom sini ikut ibu. Biar ayah yang tolong angkatkan barang awak." Hana mengambil Hayyan yang digendong oleh Harraz dari tadi bagi memudahkan suaminya untuk mengambil segala barang keperluan anak mereka.








Tidak lebih dari satu jam masa yang diambil untuk mereka sekeluarga tiba di destinasi yang ingin dituju.

"Assalamualaikum, kami dah sampai," sapa Hana sejurus mereka berada di hadapan pintu masuk yang sudah sedia terbuka.

"Waalaikumussalam, masuklah. Orang yang paling ditunggu-tunggu dah sampai pun akhirnya," ujar Julia sejurus menyambut ketibaan mereka.

"Maaf lah terlambat sikit, yang lain dah sampai ke?" Kepalanya meneroka seisi ruangan tersebut sebaik saja dia melangkah masuk yang kemudiannya diikiuti oleh Harraz dan si kecil.

"Eihhh! Budak hensem ni lamanya tak jumpa dia!" Belum sempat dia menjawab pertanyaan Hana, fokusnya sudah terganggu dengan kehadiran si cilik yang berada dalam dukungan Harraz. Pipi Hayyan dicuit berkali-kali. Geram!

"Hello Aunty Julia." Harraz seperti biasa, dia akan menjadi suara latar untuk anaknya.

"Eh Hana, you tanya apa tadi? Yang lain dah sampai ke?"

Hana mengangguk sambil meletakkan barang-barang yang dibawa di atas meja yang berhampiran.

"Haah, semua dah sampai. Sekarang ni tinggal tunggu budak-budak tu je yang datang. Selepas tu boleh terus mula rasanya."

Hari ini Hana ingin membuat majlis tahlil sekali gus hari pembukaan pusat jagaan anak yatim di rumah peninggalan arwah mama dan papanya. Setelah berbincang dengan Faris, mereka berdua bersetuju untuk meneruskan perancangan tersebut. Daripada dibiarkan saja rumah itu tidak berpenghuni, lebih baik mereka lakukan sesuatu yang sekurangnya dapat memberi manfaat amal jariah kepada ibu bapa mereka di sana.

Harraz pula sudah siap sedia membantu mana yang perlu, dan syukur kepada Ilahi yang banyak memberi kemudahan, hari ini dapat mereka membuka tempat ini secara rasmi.

Jalan punya berjalan, tanpa sedar dirinya sudah berada di dapur. Meriah bahagian dapur itu dengan kehadiran semua orang.

Bibirnya mengoyak senyuman nipis. Rumah itu akan sentiasa meninggalkan 1001 kenangan buat dirinya. Tidak kiralah berapa lama pun dia tidak menetap di situ, segala memori tetap akan sentiasa terpahat di hatinya. Hana menarik nafas dalam, cuba menghilangkan perasaan sebak di hatinya. Hari ini hari yang baik, dia perlu bergembira.

Makin melebar senyuman di wajahnya apabila ada tangan yang mengusap bahunya dari belakang sambil berbisik memberi pesanan, "ibu jangan sedih-sedih, nanti kami pun sedih."

Dia Penjaga Hati | CWhere stories live. Discover now