ʚ BAB 26 ɞ

870 38 0
                                    

"Okay, dah habis beli jom jalan!" ujar Hana setelah menyelesakan duduknya bersama satu plastik yang penuh berisi makanan di tangannya.

Harraz yang melihat isterinya sudah selesai memakai seatbelt, segera menurunkan brek tangannya.

"Bismillah." Mulut melafazkan basmallah perlahan sebelum kereta Audi hitam itu berlalu meninggalkan kawasan stesen minyak tersebut.

Manakala Hana disebelahnya pula sudah bersedia menadah kedua tangannya.

Subhanallazi sakhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinin

Wa inna ila rabbina lamunqalibun.

سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14

"Aamiin ... awak ni kan saya dah cakap baca doa dulu baru gerak." Wajah Harraz dipandang tidak puas hati.

"Eh, Ya Allah terlupa, jom jom kau baca lagi sekali nanti aku amin kan je." Bukan sengaja, tapi dia sudah terbiasa membaca bismillah sahaja sebelum memulakan pemanduan, namun selepas mempunyai Hana sebagai passenger princess nya, memang tak lepas lah dia untuk mula memandu selagi tidak membaca doa naik kenderaan.

"Tak boleh kena baca sama-sama jugak. Lagi-lagi kita nak jalan jauh ni lagilah kena banyak-banyakkan doa dan zikir minta dilindungi di sepanjang perjalanan." Mana tidaknya, peristiwa gelap di masa lalunya itu telah menjadikan Hana seorang yang agak paranoid lebih lagi apabila berada di jalan raya. Oleh itu, sampai sekarang dia masih tidak berani untuk memandu sendiri.

"Okay, okay kita baca sama-sama. Bismillah.."

Tula Harraz lupa lagi, kan dah kena bebel dengan Hana.

Sepanjang perjalanan mereka hendak ke Kuantan bukan main try hard lagi Hana cuba menahan ngantuknya, dia takut Harraz mengantuk kalau drive seorang diri. Padahal bukan Harraz tidak perasan isterinya itu sudah tersengguk banyak kali. Bila disuruh tidur sahaja, dijawabnya mana ada dia mengantuk. Hmm..

"Harraz awak nak makan roti ni?" Disuakan satu roti krim kepada suaminya yang sedang memandu. Dia risau lah Harraz penat atau mengantuk dari tadi memandu tanpa berhenti, paling-paling pun mereka ada singgah di rnr sebentar untuk solat dan ke tandas itu sahaja.

Dah la dia yang jadi punca Harraz turut sama ikut pulang ke Kuantan. Ikutkan hatinya dia hanya ingin minta izin untuk pulang ke sana menaiki bas sahaja, tapi dihalang oleh Harraz alasannya bahaya kalau pergi seorang diri. Selepas itu dia yang menawarkan diri untuk pulang ke sana bersama-sama dengan Hana menaiki kereta. Sebab tu lah Hana lagi rasa bersalah, risau semuanya bercampur. Kalau dia tak rasa nak pergi sana mesti Harraz tak payah susah-susah hantar. Tapi tulah, hati ni dah rindu Mak Mah, lama tak jumpa!

Padahal takat drive ke Pahang tu apa lah sangat untuk Harraz. Hana je yang selalu sangat rasa bersalah...

Harraz yang melihat hulurun roti dari Hana itu hanya menggelengkan kepalanya tanda menolak.

Dia Penjaga Hati | CWhere stories live. Discover now