" Berhenti la berkawan dengan Maria tu . Dia bukan budak baik "
Kata kata kakak sulung Amanda ketika dia baru pulang dari shopping berdua bersama Maria ." Entah nya Manda ni macam tak ada orang lain nak dijadikan kawan . Lesbian tu juga yang dia kutip buat kawan "
Tambah Aminaz akak ketiga Amanda . Dia juga tidak berapa suka kan Amanda . Selalu dibela oleh arwah nenek dan atuknya .
" Itu kan cuma masa silam dia kak . Siapa kita nak hukum sesama manusia . Dia da berubah lah " Jawap Amanda perlahan . Dia tidak boleh berkata kasar , Nanti mereka marah .
" Kalau da sekali buat perangai macam tu , kau ingat senang ke nak berubah " Suara akak sulungnya iaitu Amani semakin tinggi . Mungkin baginya Maria masih dengan perangai dan kisah silamya .
" Lebih baik kau berhenti kawan dengan dia , aku taknak jadi apa apa pada adik aku Manda " Tambah pula akak keduanya , Amira . Tapi akak nya yang seorang ni memahami , cuma dia tak dapat nak menyebelahi Amanda . Kerana keluarga nya ini terlalu kejam terhadap Amanda .
" Manda tetap nak berkawan dengan dia . Cuma dia je yang faham Manda selepas Mak dan Abah . " Selepas berkata begitu , Amanda terus berlari masuk bilik . Betul , hanya nenek atuk dan Maria sahaja yang faham dia .
" Makin degil , kuat melawan . Kenapa la tak mati je dalam perut ibu dulu . menyusahkan " Rungut si Amani . Dengan mukanya yang merah menahan geram pada Amanda .
" Bagi la dia peluang nak cari kawan . Mana kita tahu budak Maria tu da berubah " Amira cuba untuk pujuk Amani dan Aminaz . Cukup tidak suka adiknya disalahkan terus .
" Kau bela la sangat budak malang tu ngah . Jadi apa apa kau tanggung " Terus Amani dan Aminaz berlalu meninggalkan Amira sendiri di ruang tamu . Amira hanya mampu geleng kepala melihat adik dan kakaknya yang keras kepala .
YOU ARE READING
Air Mata Amanda
Short StorySeorang gadis kampung yang kurang kasih sayang orang tuanya . Sentiasa menjadi harapan keluarga , Tetapi tanpa sokongan dan dorongan . Sepak terajang pukul , sudah sebati dalam dirinya , Amanda Rose . Semangat hidup Amanda hanya atuk dan neneknya...