08

10 5 0
                                    

TUBUH Hud yang membelakangi dirinya dipandang dengan sayu. Bilik yang luas namun sangat asing baginya itu terasa sempit.

Nufail pula sudah ditidurkan di dalam babycot yang sudah tersedia di dalam bilik itu.

Hud bawa dia untuk tinggal di rumahnya. Atau lebih tepat rumah Hud dengan arwah Farah.

Nawal tersenyum hambar. Dia sedar yang dia tidak patut rasa sedih seperti ini namun dia tidak mampu untuk tipu perasaannya sendiri.

Mana mungkin dia boleh tidur lena sedangkan dia tahu ini bilik Hud dengan Farah. Dia masih waras. Gilalah dia kalau tidak rasa apa-apa saat berada di dalam bilik ini.

Di bilik ini, di rumah ini, bukti dan memori Hud terhadap arwah Farah!

Dada terasa sesak akibat cuba untuk menahan tangis. Nufail dan Hud sedang tidur, dia tidak boleh buat bising. Sepatutnya dia pergi ke tandas tapi dia tidak larat.

Entah kenapa, alahan dia kuat sangat kali ini sampaikan nak bergerak pun tidak larat.

Air mata yang tumpah, dibiarkan sahaja. Dia tidak sepatutnya begini kerana dia akan nampak lemah dimata Hud.

Dia tahu tapi...

Terhenti tangisan Nawal apabila ada tangan yang menarik pinggangnya sehingga belakangnya bersentuhan dengan dada suaminya.

Deruan nafas Hud menyentuh kulit belakang lehernya dan pelukan itu juga semakin kemas.

I’m sorry.”

Nawal tidak membalas, hanya kekal diam dan menanti Hud menyambung.

“Aku minta maaf sebab layan kau teruk selama ini. Aku sedar aku salah. Kau tak perlu pun maafkan aku cuma aku mohoh satu je, bagi aku peluang untuk tebus semua kesalahan aku pada kau dan pada Nufail.” Nawal dapat rasa titisan air yang terkena pada lehernya.

Hud menangis? Kerana dia?

Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum dihempus lemah. Badan dipusing menghadap suaminya. Wajah Hud yang memerah kerana menangis disentuh.

Pipi suaminya diusap dengan lembut. Air mata dia masih lagi mengalir cuma dibiarkan sahaja.

Hud tarik senyum tipis saat dapat merasakan sentuhan Nawa. Air mata yang bertakung di wajah Nawal disapu lembut dengan jari kasarnya.

“Bagi saya masa... Semua ini terlalu tiba-tiba. Perubahan awak, kandungan saya, semua ini terlalu berat untuk saya hadap dalam masa yang sama,” pinta Nawal dengan suara yang serak. Jemari masih lagi tidak menjauh dari muka suaminya.

Kini, alis kening Hud menjadi mangsa sentuhan dia. Lelaki itu tidak menghalang, hanya membiarkan sahaja apa yang Nawal lakukan.

Fine, I’ll wait for you just like you did before, balas Hud sebelum menarik isterinya ke dalam pelukan. Nawal tidak melawan, hanya menikmati pelukan hangat daripada Hud yang sudah lama dia inginkan itu.

“Saya tak nak tinggal kat sini lagi... Saya tak selesa.” Nawal bersuara setelah lama mendiamkan diri dalam dakapan Hud.

Hud melonggarkan sedikit pelukan itu dan wajah Nawal direnung sebelum menjatuhkan satu kucupan pada dahi isterinya itu.

“Okey, nanti kita cari rumah lain. Yang lagi selesa dari rumah ni.”

“Kenapa tak balik rumah lama je? Saya lagi selesa kalau tinggal kat sana.” Nawal pandang Hud yang masih lagi tidak melepaskan pandangan pada wajahnya.

Hud sekadar senyum. “Aku yang tak selesa. Rumah tu banyak memori buruk antara kita jadi aku tak nak kau ingat lagi perkara yang lepas.”

Nawal senyap. Tidak lagi menyoal apa-apa kepada Hud. Hud mahu dia lupakan apa yang telah terjadi?

Dia tidak membantah apa yang Hud katakan itu. Dia juga mahu lupakan semua itu kalau boleh tapi...

Mampukah dia?

MATA meliar memandang keadaan rumah baru mereka. Hud betul-betul beli rumah baru. Rumah lamanya dengan arwah Farah serta pangsapuri yang didiami oleh Nawal dahulu telah pun dijual.

“Macam mana, okey tak?” Hud menyoal seraya berdiri bersebelahan dengan Nawal. Nufail yang sudah terlena pula dicempung.

Nawal membalas dengan anggukan. Sengihan tidak hilang dari wajah manis itu sejak mereka masuk ke dalam perkarangan rumah itu lagi.

“Terima kasih...” ucap Nawal ikhlas. Ini adalah rumah yang sudah lama dia berkenan. Sebelum mereka berdua berkahwin lagi.

Dia pernah berangan-angan untuk membeli tempat ini setelah ekonomi dirinya sudah mula stabil walaupun tanpa Hud.

“Aku tahu kau dah lama perhatikan rumah ni. So, this house is yours.”

Lidah terasa kebas dan tidak mampu mengeluarkan suara saat Hud berkat sedemikian. Kening tirus miliknya berkerut dan memandang ke arah suaminya dengan pandangan yang sudah diagak oleh Hud.

Hud hanya tayang senyum dan tanpa berkata apa-apa lagi, tangan besarnya itu menarik lembut tangan isterinya dan membawa Nawal melihat rumah yang dia belikan itu untuk wanita itu.

Senpat dia meletakkan Nufail diatas tilam bayi yang mereka ada bawa sekali tadi. Risau jika letak diatas sofa, nanti terjatuh pula anaknya seorang itu.

“Sekejap. Apa maksud awak? Saya tak faham,” soal Nawal, memberhentikan langkah mereka berdua. Mata tajam menikam anak mata lelaki itu.

Like I said, this house is yours. Aku belikan rumah ini atas nama kau. Tak ada bantahan.”

Nawal ketap bibir. Naik geram dia dengan Hud ini.

“Kenapa beli untuk saya? Saya tak perlukan pun duit awak! Saya tak nak rumah ni! Nanti... nanti awak kurung saya macam dulu balik, buat saya ni macam burung dalam sangkar yang tidak boleh bebas. Saya tak nak awak jerat saya dengan rumah ni!”

Tercungap-cungap nafas milik Nawal setelah melepaskan semua benda yang terkunci dalam hatinya. Hud kata ingin bagikan dia kebahagiaan. Tapi, bagaimana lelaki itu mahu berikan dia kebahagiaan itu kalau suaminya mahu mengurung dia seperti dahulu semula?

“Tak... Nawal, dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.” Lembut Hud menegur balik isterinya yang hampir hilang kawalan itu. Dia tidak boleh.

Sekali lagi jemari halus Nawal ditarik lembut dan dia membawa isterinya itu untuk duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu.

Nampak Nawal sepertinya sudah agak tenang, Hud kembali membuka mulut dan jemari kasar miliknya tidak pernah lepas dari memegang dan mengusap lembut tangan milik Nawal.

“Selama kita kahwin, abang tak pernah bagi nafkah pada Nawal. Jadi, anggaplah rumah ini adalah bayaran hutang nafkah abang pada Nawal. Dan seperti apa yang abang cakap tadi, rumah ini milik Nawal, buatlah sesuka hati Nawal pada rumah ini. Nawal nak keluar ke, tak nak keluar ke, abang tak akan halang. Cuma, kalau nak keluar tu, bagitahulah abang dulu.”

Nawal dapat rasan yang matanya sudah mula menghangat. Dikerdipkan matanya beberapa kali agar air matanya tidak tumpah.

“Nawal...” panggil Hud lembut. Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi gebu milik isterinya. Nawal menjadi semakin comel sejak berbadan dua.

“Abang minta maaf...” Tiga patah perkataan yang dia benar-benar maksudkan dan ikhlas diucapkan kepada isterinya.

Nawal masih kekal diam. Sudah entah berapa kali Hud memohon maaf daripada dia, dia tidak pernah membalas. Renungan Hud dibalas dan saat itu juga air matanya tumpah. Sakit rasanya melihat suami sendiri bersungguh meminta maaf seperti ini namun dia juga manusia. Dia juga ada hati dan perasaan dan dia juga ada maruah diri.

Memaafkan segala perbuatan Hud dahulu yang menganggap dia seperti tiada harga diri itu tidak mudah. Walaupun dia anak yatim dari kecil, dia pernah rasa kasih sayang arwah mama dengan papanya. Mama dan papanya melayan dia bagaikan permata dan dia bangga menjadi seorang Nawal Alaina.

Tapi rasa bangga itu hilang dalam sekelip mata sejak dia bergelar isteri kepada Hud Zafran.

Adakah dia pentingkan diri sendiri saat ini?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hud Untuk Nawal Where stories live. Discover now