Sebelum baca cerita ini, sila faham yang cerita ini banyak isu sensitif. Saya pun tak tahu kenapa saya tulis cerita ini. Mungkin sebab saya suka cerita hero red flag lepastu sad ending kut, haha.
Kisah mak ayah Nufail, anak si Luthfi.
Happy Reading!
HARI yang teduh dan redup sepertinya memahami akan jiwa Nawal yang sudah penat dengan dunia ini. Mengapa dunia terlalu kejam untuk dia?
Mahu menangis tapi dia sudah penat menangis. Tiada apa lagi yang perlu dia tangiskan. Semuanya tiada guna.
Perlukah dia lari? Tapi, ke mana lagi dia perlu lari? Hidup dia tidak mudah. Dia hanyalah anak yatim yang tiada ibu ayah serta keluarga. Kemana lagi dia perlu pergi untuk lari daripada suaminya?
Perlukah dia meminta tolong dengan kawannya? Namun dimana dia harus mencari kawannya itu? Hannah sudah dua tahun pergi dan dia langsung tidak tahu akan perkembangan wanita itu.
Tanpa sedar air mata mula menitik seiringan dengan hujan yang mula jatuh membasahi bumi.
Perutnya yang kempis itu diusap lembut. “Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu.”
Rasa rindu akan anaknya yang diambil tanpa belum sempat dia sentuh mahupun cium membuak-buak di dalam dirinya.
Walaupun dia tidak pernah dapat mencurahkan kasih sayang kepada anaknya, namun Nawal tahu yang anak dia sihat dan sedang membesar dengan baik.
Jika dikira, mungkin Nufail sudah berumur 11 bulan. Sungguh Nawal tidak sabar ingin berjumpa dengan anaknya itu. Cukuplah dapat melihat dari jauh pun dia tidak kisah, asalkan dia dapat melihat anak dia itu.
Muhammad Nufail bin Hud Zhafran. Itu adalah nama yang Nawal berikan kepada anaknya.
Nawal sering tertanya-tanya, bilakah dia dapat lari daripada Hud? Adakah lelaki itu akan menyeksa dia sehingga dia mati? Kalau begitu, lebih baik dia mati.
Dia juga sudah penat dengan semua ini. Hidup dia terlalu memenatkan.
Bunyi pintu rumah dibuka menyedarkan Nawal dari lamunan. Air mata pantas disapu. Wajah tidak berperasaan Hud dipandang dengan tatapan kosong. Sekosong hatinya.
“Kau menangis?” Nawal ketap bibir. Nada sinis Hud itu sentiasa merentap setangkai hatinya yang sudah lebur itu. Mahu apa lagi lelaki itu datang ke rumah ini?
“Aku tanya ni Nawal!” Jerkahan Hud menyebabkan Nawal pantas menggeleng. Dia takut. Sumpah, dia takut akan lelaki yang bergelar Hud Zhafran itu.
Tidak menghiraukan Nawal, pantas sahaja tangan besar itu menarik lengan halus milik Nawal. Menyuruh wanita itu agar duduk diatas ribanya.
Sebelah tangannya lagi berada pada pinggang langsing Nawal. Nawal mula panik. Dia tahu apa yang Hud mahu lakukan pada dia. Hud mahukan haknya. Tapi... Dia benci akan semua itu.
Dia benci apabila Hud layan dia seperti seorang wanita simpanan. Pemuas nafsu lelaki itu semata-mata.
Hud mula merapatkan wajahnya pada wajah Nawal. Terus meriding bulu roma wanita itu saat hembusan kasar Hud menerpa pada kulit wajahnya.
Saat hampir saja bibir Hud menyentuh miliknya, Nawal pantas memalingkan wajah. Air mata turut jatuh bersama.
Hud mendengus geram. Lantas, badan kecil Nawal dicampakkan ke bawah. Sedikit pun hatinya tidak terkesan akan tangisan Nawal ketika itu.
Malahan, tangisan itulah yang dia mahu dengari. Tangisan Nawal yang penuh keperitan dan terdesak mahu lari daripada dia.
“Kenapa kau menangis, Nawal? Bukan ke ini yang kau mahukan selama ini? Jadi isteri aku dan layan aku sebagai suami kau,” ujar Hud dengan sinis.
“Tak... Nawal tak nak abang layan Nawal macam ini. Nawal sakit kalau abang layan Nawal tak ubah macam binatang,” balas Nawal diselangi dengan tangisan.
Dia berkahwin dengan Hud bukan kerana dia mahu jadi pemuas nafsu lelaki itu. Dia menjadi isteri Hud kerana dia cintakan Hud.
“Habis itu, kau layan arwah Farah macam binatang, kau ingat aku tak sakit ke Nawal? Kau bunuh isteri dengan anak aku Nawal!”
Makin laju air mata Nawal jatuh atas tuduhan Hud itu. Tak, bukan dia yang bunuh arwah Farah. Bukan dia juga sebab anak Hud dengan Farah gugur. Bukan dia...
“Tak, Nawal tak bunuh arwah Farah.” Hud gelak sinis. Dia tidak faham dengan Nawal. Kalau bukan dia, siapa lagi? Siapa lagi yang sanggup buat kerja kotor macam itu kalau bukan Nawal?
“Kalau bukan kau, siapa lagi? Kau yang upah orang untuk bunuh Farah!”
Tengkingan Hud itu hanya mampu dibalas dengan gelengan. Nawal tahu, apa yang dia bagitahu, Hud tidak akan percaya. Dia tahu tapi, tak akanlah sikit pun lelaki itu tidak letakkan kepercayaan dia kepada Nawal?
“Nawal...”
Nawal tidak mampu memberi jawapan sebenar. Iya, benar dia dulu jahat kerana dia pernah terdetik untuk mengupah orang untuk menakutkan Farah. Tapi itu sahaja! Tidak pernah dia menyakiti Farah. Tidak! Bukan dia yang bunuh Farah.
“Tengok? Kau pun tak boleh nak pertahankan diri kau sendiri sebab memang kau yang upah orang untuk rogol isteri aku yang tengah mengandung!” Makin kuat suara Hud menjerkah Nawal. Rasa benci akan wanita itu semakin membuak-buak.
“Tak... Bukan Nawal yang buat semua tu...”lirih Nawal dengan gelengan lemah.
“Cukup! Aku tak nak dengar!” Nawal pejam mata. Dia tidak mampu membela diri sendiri. Dia tidak tahu siapa lelaki yang merogol Farah. Dia hanya tahu akan rahsia yang Farah sorokkan daripada Hud sahaja.
Pelaku itu tetap tidak diketahui tapi di mata Hud, dialah yang bersalah.
Dia yang membunuh Farah dan dialah juga punca Hud kehilangan isteri dengan anaknya. Bagi Hud, dialah pendosa itu.
“Abang! Sakit!” Nawal terjerit kecil saat lengan halusnya itu ditarik kasar oleh Hud dan diheret masuk ke dalam bilik.
Badan kecilnya itu dicampakkan keatas katil dengan kasar. Saat dia ingin lari keluar dari bilik, sekali lagi tangannya ditarik kasar. Dia tahu apa yang Hud ingin buat pada dia.
Dia tahu!
“Kau nak lari mana, Nawal?” soal Hud dengan sengihan nakal. Genggaman pada tangan Nawal diperketatkan sehingga Nawal menyeringai sakit.
“Tolong abang, Nawal tak nak...” balas Nawal dengan gelengan. Sedaya upaya dia cuba untuk melepaskan genggaman pada tangan halusnya itu.
“Tak nak apa? Bukan ke ini yang kau nakkan apabila kau buat keputusan untuk bunuh Farah? Kau sanggup jadi isteri aku sebab nak gantikan tempat Farah sebab kau nakkan ini semua, kan?” Nawal menggeleng sambil tangisan yang makin lebat.
Tak... Dia tidak mahukan ini.
“Nawal tak nak. Tolong, abang. Nawal tak nak...”
Namun, permintaan itu bagaikan lawak hambar pada cuping telinga Hud. Sedikit pun tiada rasa kasihan dia pada Nawal.
Bagi dia, Nawak selayaknya mati tapi dia tidak mahu Nawal mati dengan begitu mudah sedangkan arwah Farah menderita sebelum meninggal dulu.
Jadi, Nawal perlu rasakan apa yang dia rasa. Sakit dan kehilangan. Anak mereka, Nufail pun dia yang ambil jaga tanpa sekali pun dia benarkan Nawal sentuh mahupun tengok anak mereka.
Dia nak Nawal rasakan apa yang dia rasa ketika dia dapat tahu macam mana rasa kehilangan seseorang. Dia nak Nawal minta kematian dengan dia.
Dia mahu Nawal terseksa kerana dia.
“Tolong, abang... Ini bukan abang Hud yang Nawal kenal,” tutur Nawal lemah. Hud mendengus geram.
Sakit hati saat mendengar suara Nawal seperti itu.
“Mana abang Hud yang dulu?” tambah Nawal lagi. Hud tergelak sinis. Apa yang Nawal merepek ni? Hud yang dulu?
“Hud yang dulu dah lama mati saat dia tahu Nawal Alaina yang bunuh isteri dia,” bisik Hud keras.
—TBC—