Special Chapter

6.4K 206 3
                                    

"Tahniah Puan Lily.....Puan mengandung dua minggu. Tahniah Encik Khalid......"

Walaupun sudah empat bulan berlalu, berita gembira pada malam itu masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Lily. Umpama mimpi, namun saat Lily menyentuh perut yang mula membesar ke hadapan, Lily tahu dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

"Sayang, termenung apa tu?" tegur Khalid daripada belakang lantas mendaratkan kucupan di pipi Lily yang mengerbang. Sepinggan nasi goreng disua ke arah Lily, semerbak aroma menusuk ke hidung.

"Abang ada buat nasi goreng special, penuh kasih sayang buat kesayangan abang dan baby. Sedap ni, abang yakin sepinggan tak cukup." Khalid angkat bakul.

Lily melirik tajam. "Oh kiranya abang nak kata sayang dah makan banyak sekarang? Dah gemuk? Tak nak makan, abang makan sorang-sorang. Merajuk!"

Khalid tersentak, dipanah petir. "Sayang, bukan macam tu maksud abang. Abang nak cakap, sayang kena makan banyak biar anak kita selalu sihat. Sayang kena ada banyak tenaga. Jamahlah sikit, abang masak khas untuk sayang tau."

"Berapa kali abang cakap, sayang akan selalu cantik di mata abang walaupun ketika itu sayang dah tua, kulit dah berkedut, rambut beruban, tetap cantik. Macam lagu Virgoun tu...."

Aku selalu bermimpi tentang

Indah hari tua bersamamu

Tetap cantik rambut panjangmu

Meskipun nanti tak hitam lagi

"Nah.....buka mulut......aaaaaaa......" Tanpa sedar, Khalid turut ternganga.

Lily tak dapat merajuk lama. Nyanyian Khalid mengusik jiwanya. "Dulu separuh aku, sekarang surat cinta untuk starla pula?"

"Abang boleh nyanyi semua lagu. Minta aje lagu apa, inshallah radio buruk ni boleh bagi," jawab Khalid bangga.

Lily dapat melihat dengan jelas usaha Khalid menjaganya dari hari pertama kandungan lagi. Dia bagai raja di rumah itu, Khalid pula dayang yang setia melayan kerenah serta angin emosi yang tidak menentu.

Lily buka mulut, membenarkan Khalid menyuap. Mata Lily bersinar. "Sedap! Pandai abang masak. Nak lagi....."

Khalid senyum melebar ke telinga. Dia senang hati melihat Lily yang berselera. "Alhamdulillah sayang suka. Tak sia-sia abang kalut-kalut di dapur tadi."

Khalid terus menyuapkan Lily sehingga suapan terakhir. Hujung bibir Lily yang comot disapu dengan ibu jari. "Yeayyyy, dah habis."

"Abang, pergi tambah nasi," pinta Lily. Khalid menurut kerana fikir, Lily masih lapar.

Setelah Khalid bersila, Lily ambil pinggan daripada genggaman lelaki itu. "Sayang nak abang pula makan. Abang mesti tak makan lagi kan. Biar sayang suap, barulah adil."

Khalid tersipu-sipu malu. Jangan kata Lily mendengar perutnya yang berkeroncong tadi. "Terima kasih sayang....."

"Sayang yang kena berterima kasih dengan abang. Abang sanggup buat kerja rumah, ulang alik setiap minggu, Lumut ke sini, masak untuk sayang, picit kaki sayang kalau lenguh. Abang mesti penat kan?" Lily lentokkan kepala di atas bahu Khalid, mahu bermanja.

Khalid genggam erat tangan Lily. "Abang tak pernah penat sayang. Pengorbanan abang tak terbanding dengan pengorbanan sayang mengandungkan anak kita. Tak lama lagi, nak bersalin pula. Besar sangat pengorbanan sayang, abang tak terbalas."

Khalid usap perut Lily. "Sayang, abang bersyukur sangat kerana Allah beri peluang kepada kita, untuk jadi ibu bapa, merasai setiap perjalanan yang sangat indah. Sayang tahu kan, tak semua orang ada rezeki macam kita. Walaupun masa abang dengan sayang selalu terbatas, tak macam orang lain, abang janji yang abang akan selalu ada dengan Lily, terutamanya ketika Lily nak bersalin nanti."

Lily sandarkan badannya pada Khalid. Tangan Khalid yang masih melekat para perut ditepuk lembut. "Sayang yakin abang akan jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. Abang tak payah risau sangat, sayang kan ada bonda, ayah, dengan Kak Orkid. Bulan depan, abang Ghazi nak balik ke Malaysia dah. Sayang ada orang yang boleh jaga sayang kalau abang kerja."

Khalid hembus nafas Lega. "Baiklah sayang...."

"Tapi Kak Kade betul-betul tak kisah kan? Dia kan tengah sibuk dengan syarikat." Khalid tidak mahu menyusahkan Orkid walaupun Orkid acap kali menyatakan yang kakak sulungnya itu tidak keberatan.

"Ya, dia tak kisah. Tak percaya, telefon Kak Kade," jawab Lily.

"Iya.. sayang, dah ada cadangan nama ke?" tanya Khalid teruja, menukar topik perbualan. Lily mendongak, pecah ketawa melihat ekpresi Khalid yang seakan sarat memikirkan nama buat bakal cahaya mata mereka.

"Dah! Nama yang sama lagi. Abang ingat kan? Sayang pernah beritahu," uji Lily.

Khalid angguk. "Ingat! Keisya Zafeera atau Luth Khalish. Harapnya, kita dapat kembar. Mesti seronok dapat dua sekali gus.

Lily tampar paha Khalid. "Amboi dia, melebih pula"

"Kalau dapat, kita kena bersyukur tau sayang, rezeki," sambut Khalid. Dia terima dengan hati yang terbuka, rezeki telah tertulis di Luth Mahfuz.

"Inshallah, ada rezeki kembar pun Lily sanggup." Lily menarik tangan Khalid untuk memeluknya erat.

Cupppp

Khalid cium pipi Lily bertalu-talu. Kasih sayangnya melimpah ruah buat isteri tercinta. "Memiliki sayang sebagai isteri abang ialah doa yang abang paling tunggu untuk Allah makbulkan."

"Alhamdulillah, Lily Khaleeda dah jadi milik Khalid Zulkarnain....sampai......"

"Menutup mata......" ucap Khalid pula.

Let It Rain (Complete)Where stories live. Discover now