Adam

3 0 1
                                    

"Kau ingat kau boleh menang?!" jerit lelaki itu, matanya menyala bersama api biru yang membara di seluruh tubuhnya. Dia melangkah perlahan menuju ke arah seorang lelaki yang masih terhuyung-hayang, cuba bangun sambil menggenggam katana berapi. Sekeliling mereka, hutan telah musnah—tenggelam dalam lautan api.

"Kau mungkin dah tewaskan aku, tapi kau kena ingat..." ujar lelaki itu dengan nafas terputus-putus. "Kuasa aku ni bukan kuasa biasa. Ia diwarisi oleh hati yang mulia dan berjiwa pejuang. Tidak macam kau!"

Seketika kemudian, dengan satu hayunan tangan, dia melontar balak besar ke arah musuhnya. Namun, sebelum balak itu sempat tiba, ia bertukar menjadi debu, lenyap di udara. Lelaki yang tadi berjalan perlahan kini tiba di sisinya sekelip mata, seakan-akan dia boleh berteleportasi.

"Kau cakap apa tadi?" lelaki berapi itu menyeringai, apinya semakin marak, lalu tangannya mencengkam leher lawannya.

"Panas!!" lelaki itu menjerit, cuba meronta namun sia-sia. Tenaga dan kuasa lawannya jauh melampaui kekuatannya. Tubuhnya perlahan-lahan berubah menjadi abu, hilang dalam genggaman api biru yang semakin malap. Di sebalik nyalaan yang semakin pudar, terlihat wajah lelaki itu—bermata biru, rambut hitam, dan kulit seputih salju.

Seorang lelaki bersayap tiba-tiba mendarat dari langit, melangkah mendekat.

"Tuan, kenapa tak ambil sahaja kuasa dia?" tanya lelaki bersayap itu.

"Kau ingat dia bodoh?" jawab lelaki itu, wajahnya bertukar garang. "Kuasanya dah dihantar keluar. Apa yang tinggal hanyalah kuasa asli untuk melindungi diri. Arghhh!" Marahnya meledak, api biru menyala kembali dengan lebih kuat, membuatkan lelaki bersayap itu terbang ke belakang.

"Mulai hari ini, cari pewaris kuasa itu. Cari sampai dapat!" arahnya dengan tegas.

"Baik, tuan!" jawab lelaki bersayap itu sebelum terbang pantas meninggalkan tempat tersebut.

10 Tahun Kemudian...

Ringggg! Ringggg! Ringggg!

Ah, bunyi yang paling aku benci. Tak boleh ke ada bunyi alarm yang lebih gembira? Macam, "Sayang, dah bangun ke?"

Pap! Aku tampar pipiku sendiri. Apa yang kau merepek ni, Adam? Kau ni Anti-Social, Anxiety-Driven, Nonchalant, Good-for-Nothing lelaki. Kalau ada perbandingan dengan banduan paling teruk sekalipun, dia mungkin akan pilih orang lain daripada aku.

Tapi nak complain lebih pun tak guna kalau aku sendiri tak nak berubah.

Time to go to hell—Uni. Aku sarung seluar slack hitam dan kemeja hitam, sebab kalau boleh gelapkan muka, dah lama aku buat.

Keluar dari bilik, aku perasan ibu tak ada. Mungkin dia dah pergi kerja. Baru nak menarik nafas lega, realiti sekali lagi mengejutkan aku.

Dari jauh, aku nampak ibu turun dari sebuah kereta BMW hitam, terhuyung-hayang. Seorang lelaki memapahnya keluar dari kereta.

"Takpe, saya ambil dari sini." Aku segera memegang ibuku, masih dengan pakaian kulit hitamnya. Dia mabuk teruk. Bau minuman keras begitu kuat menyengat hidungku.

Aku papah ibuku masuk ke dalam rumah, badannya terhuyung-hayang dalam keadaan mabuk. Rambutnya kusut, pakaiannya serba mencolok, dan bau arak menusuk hidung aku. Dia memang selalu begini sejak aku boleh ingat. Ibuku, seorang perempuan yang hidupnya dibelenggu dunia gelap. Sumber duitnya datang dari lelaki-lelaki yang bayar untuk jasanya. Hidupnya terjerumus dalam kegelapan sejak ayah aku hilang begitu saja selepas aku lahir.

Adam: Warisan yang DicariWhere stories live. Discover now