Aku Fatin dan Kuasa

1 0 0
                                    

"Mana mungkin, Fatin. Aku tak mampu keluarkan tenaga pun. Kita dah cuba lama sangat dekat sini," keluh aku, malas nak teruskan. Mana tidaknya, setiap kali aku cuba, hanya keluar api sebesar mancis. Aku tersengih, sedikit mengejek diri sendiri.

Fatin pula terus 'flex' kuasanya di depan aku, tak habis-habis keluarkan elektrik dari tangannya. "Eleh, bukan petir pun," balasku, sambil tersenyum sumbing. Sebenarnya, aku tahu Fatin cuba bagi aku semangat, tapi serius aku dah tak larat. 80 kali aku cuba, 100 kali aku fikir nak mengalah. Mana tidaknya, waktu kita mula tadi matahari ada, sekarang matahari dah hilang, gelap pun nak datang dah.

Fatin tergelak kecil. "Kau perli aku, eh? Kau tu macam mana?" balasnya, sambil tutup mulut dengan tangan, mata memandang aku dengan pandangan kesian.

P-perempuan ni! "Yosh, aku rasa kita patut berehat dulu," katanya sambil mengeluarkan bekal dari beg putih yang tadi aku nampak orang kantin letak masa tengah training.

SEDAPPPNYAAA! Asam pedas double triple pedas, memang kena dengan tekak aku sebagai orang Johor. Tambah lagi ada daging. Ni memang menu yang aku tunggu!

"Sedap?" tanya Fatin, sambil menahan tawa.

Aku cepat-cepat buat muka biasa. "Ya... sedap."

"Kalau sedap cakap je, tak perlu nak sembunyi," balas Fatin sambil tersenyum sinis. Eh dia ni, memang jenis tak faham bahasa ke, atau ada terlalu banyak aliran elektrik yang tak sampai ke otak dia?

Kami makan sambil aku berfikir, teringat 1001 soalan yang aku nak tanya sejak aku tahu dia akan jadi trainer aku. Aku mula anggap dia sebagai navigator aku dalam semua benda ni. Tiba-tiba satu soalan terlintas.

"Masa malam Shi bawa aku ke sini, aku diserang oleh lelaki yang boleh kawal api. Kau tahu siapa dia?" Soalan aku mengubah riak wajah Fatin. Dia terus nampak serius.

Dia habiskan kunyahan terakhir dan letakkan sudu di atas pinggan. "Itu... Ignitus."

"Ignitus?" Aku ulang nama itu.

"Ya. Dia macam kita juga, ada kebolehan kawal api. Tapi kuasa dia jauh lebih hebat. Dia ketua organisasi gelap yang cuba jatuhkan kerajaan Malaysia."

Darah aku mula mendidih dengar apa yang Fatin cakap. "Kenapa dia nak buat macam tu?" Aku tanya, nada aku makin marah.

"Aku tak pasti," jawab Fatin, wajahnya kembali tenang tapi ada kesedihan dalam pandangannya. "Tapi apa yang aku tahu, dia nak orang-orang berkuasa tunduk kepada dia. Dia percaya hanya yang ada kuasa macam kita patut memerintah. Angkuh."

"Jadi, apa kaitannya dengan aku? Apa dia nak dari aku?" Aku sambil menyuap nasi ke mulut.

"Dia nak kuasa yang ada dalam diri kau," jawab Fatin perlahan, kali ini dia nampak muram. Pandangannya terhenti pada pinggan, seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang dia cuba sembunyikan.

"Kuasa aku? Kuasa api sebesar mancis ni?" Aku ketawa kecil. "Kelakar sungguh."

"Dah noktah," Fatin bersuara, memotong perbualan dengan tegas. Jelas, dia tahu niat sebenar aku hanyalah untuk memanjangkan waktu rehat. Tanpa membuang masa, dia bangun dan mengemas bekas makanan, lalu memasukkannya ke dalam plastik.

"Settle makan, letak je dalam plastik tu, tak payah kemas. Kau boleh balik," kata Fatin sambil tersenyum kecil. Perkataan itu bagaikan muzik di telinga aku—akhirnya, berita baik! Senyumanku meleret lebar, tak mampu ditahan.

Namun, kegembiraan aku tak bertahan lama. "Jangan seronok sangat. Esok kita jumpa sini lagi, dan kita akan training. Lagi." Ucapan Fatin tiba-tiba menghempap semangat aku yang baru sahaja naik. "Yelah..." jawabku lemah, perasaan kembali hambar.

Selesai semuanya, kami pun berpisah untuk pulang ke bilik masing-masing.

"Jumpa esok," Fatin mengucap sebelum melangkah pergi.

"Okey, makcik," balasku sambil melambai, tanpa berfikir panjang.

"Apa kau cakap?" Fatin berpaling dengan pantas, tangan kirinya mula memercikkan aliran elektrik halus.

"Baik, Fatin!" jawabku tergopoh-gapah sebelum memecut lari secepat mungkin, tak mahu menjadi sasaran aliran kuasa elektriknya. 

Di luar bilik latihan, ketiga-tiga geng berkumpul, suasana di kawasan luas sekolah itu bagaikan bara api yang bersedia untuk meletus. Mereka memandang satu sama lain dengan pandangan tajam, penuh tantangan.

Geng pertama, diketuai oleh Aqua, berdiri dengan angkuh. "Nampaknya kita semua berkumpul di sini. Sudah tiba masanya untuk kita menentukan siapa yang layak memegang gelaran 'The One',tu pun kalau korang mampu hihi" katanya, suaranya penuh keyakinan, tetapi ada nada sinis yang menyelubungi kata-katanya. Cancade dan Walrance berdiri di sisinya, menunjukkan kehadiran yang menakutkan, bersedia untuk bertindak.

Lance dari geng kedua memandang Aqua dengan ketidakpuasan. "Kau ingat aku nak bagi kau pegang title tu ke? Kau lupa apa yang dah jadi dengan Ketua korang?! Haa?!" Dia berteriak, suaranya bergema, menggambarkan kemarahan dan semangat juang. Di belakangnya, Gill dan Khai bersiap sedia, aura berbahaya mengelilingi mereka.

Sementara itu, Ace dari geng ketiga mengamati semua ini dengan senyuman sinis di wajahnya. "Lance, Aqua bergaduh dekat sini tidak akan memberikan korang apa-apa. Exam tidak lama lagi akan datang masa itu baru korang nak berlaga." Silmo dan Marcus berdiri di sebelahnya, menunjukkan sikap cool namun berbahaya, aura mereka seakan memancarkan kuasa yang menakutkan.

"Jangan terbawa-bawa dengan kata-kata manis!" Aqua menambahkan, membalas Lance dengan ketawa sinis. "Semua ini hanya pembukaan. Kami yang terkuat, dan kami akan buktikan itu!" Pandangannya tajam, mencabar, seperti singa yang bersiap untuk menerkam mangsanya.

Pertemuan ini bagaikan badai yang bersedia meletus, setiap team bersiap untuk berlawan demi gelaran yang berharga. Masing-masing tahu, pertarungan ini bukan hanya soal kekuatan fisik, tetapi juga tentang strategi dan akal, mengatur langkah dalam menghadapi 'exam' yang akan datang.

Ketiga-tiga geng ini saling berpandangan, jari mereka meraba aura yang mengelilingi satu sama lain. Dalam suasana yang membara ini, mereka tahu satu perkara: hanya satu yang boleh menduduki takhta itu, dan mereka bersedia melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Ace, Lance dan Aqua semua ada sebab untuk mendapatkan gelaran The One, apakah yang mereka mahukan dengan gelaran itu? atau sebagai gelaran semata? Saksikan di episode yang akan datang!

Bersambung..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adam: Warisan yang DicariWhere stories live. Discover now