Bangun awak, bangun! Suara lembut seorang perempuan menyapa telinga aku. Mata aku masih berat, dan dengan suara serak aku bertanya, "Aku dah mati ke?" Sangka aku, mungkin ini mimpi pelik lagi.
"Belumlah, kenapa pula nak mati?" Suara itu balas tenang, penuh keyakinan. Aku terus terkejut dan tersedar betul-betul. Eh, perempuan? Macam mana dia boleh masuk bilik aku ni?!
Aku melirik ke arah pintu yang masih tertutup rapat. "A-awak siapa ya? Kenapa ada dalam bilik saya?" Aku cuba bersikap tenang, walaupun jantung aku berdegup laju. Lagi-lagi aku hanya memakai boxer je sekarang! Malu gila.
"Oh, hai! Nama saya Fatin, saya trainer awak," jawab dia sambil tersenyum manis. Mata aku tertancap pada wajahnya—perempuan ni tinggi juga, dalam 168cm, kulit dia cerah macam aku, rambut dia panjang, diikat ponytail. Mungkin orang Sabah atau Sarawak, fikir aku.
"Trainer?" Aku mula teringat balik apa yang Shii cakap semalam.
Flashback Semalam
"Esok, akan ada orang yang akan jaga kau. Dia akan guide kau A-Z, kalau kau ada apa-apa soalan, tanya je dia," kata Shii sebelum keluar dari bilik aku.
Aku masih keliru dengan semua ini. Tapi kalau Shii yang cakap, mungkin ada sebab.
Kembali Ke Masa Kini
"Oh, Shii ada cakap... maaf, aku terlupa," kata aku sambil garu kepala. Terlalu banyak benda terjadi dalam masa sehari ni, sampai otak aku rasa semak.
"Tak mengapa. Apa-apa pun, awak siaplah dulu. Baju semua saya dah gantung dalam almari tu," Fatin menjawab, sambil tunjuk ke arah almari besi dekat sudut bilik aku. Aku mengangguk dan mula bangun perlahan-lahan.
Sebelum dia keluar bilik, aku sempat tanya, "By the way, memang normal ke perempuan masuk bilik lelaki macam ni?" Manalah tahu, mungkin ada lagi yang nak datang masuk lepas ni.
Fatin senyum lebar, "Tak normal, tapi dekat sini... lain sikit. Jangan risau, saya takkan apa-apakan awak," jawab dia sambil gelak kecil, sebelum keluar menutup pintu.
Takkan apa-apakan aku? Apa yang dia maksudkan? Aku mengeluh panjang dan terus menuju ke bilik mandi. Lepas mandi, aku sarungkan baju sukan putih dengan seluar hitam. Aku ni memang alah dengan warna putih... silap-silap baju ni kotor sebelum waktu makan lagi.
Di Kantin
Aku dan Fatin duduk di meja panjang, kantin ni nampaknya agak sunyi pagi ni. Fatin dah mula menyuap nasi dengan sambal ke dalam mulutnya, sementara aku setia dengan bihun sup.
"Nama kau Adam, kan?" tanya Fatin sambil mengunyah.
"Haah," aku jawab ringkas. Segan juga sebenarnya nak berbual dengan perempuan ni, lebih-lebih lagi untuk lelaki macam aku yang takde kawan perempuan.
Dia tengok aku sambil tersenyum sinis. "Aku dah lama nak berjumpa dengan kau, handsome juga kau ni."
Aku rasa macam kena tampar dengan batu terus ke muka. Apa ni?! Aku terpinga-pinga, tak tahu nak balas apa. Malu gila.
"Gurau je, tapi betul." Fatin sambung, gelak kecil. Mana satu ni? Gurau ke serius?
"Biar aku introduce diri saya while eating, okey?" Fatin sambung.
Aku angguk sambil teruskan makan bihun sup yang dah mula sejuk.
"Aku Fatin, 24 tahun dan saya trainer kau dekat sini. Selain Shii, aku juga akan ajar kau semua benda." Dia berhenti seketika, melihat wajah aku yang keliru. "Sebenarnya, di sini semua orang ada kebolehan luar biasa... atau lebih tepat, kuasa."
YOU ARE READING
Adam: Warisan yang Dicari
FantastikAdam, seorang remaja yang kelihatan biasa tapi sebenarnya sedang bergelut dengan kehidupan, kini berada di ambang usia 20 tahun. Hidupnya jauh dari kesenangan-ibunya hanya mampu mencari rezeki cukup-cukup makan, sedangkan dia di universiti tidak leb...