PART 132

4.5K 299 15
                                    

TIGA HARI SEBELUM...

Flashback

Ktak!

Suis lampu dapur ditekan. Terus terang benderang ruang dapur. Peti ais dikuak luas dengan mata yang masih kabur.

Pintu peti dibiarkan terbuka sementara Ayrena ambil gelas panjang di rak kabinet.

Jus delima yang grandma buatkan Ayrena bawa keluar dari peti dan letak atas meja.

Sedikit demi sedikit dia tuang jus delima ke dalam gelas. Bila gelas itu dah hampir penuh Ayrena berhenti dari menuang.

Rakus dia minum air delima buatan grandma. Sedap sungguh sampai tak sedar yang air dalam gelas dah habis. Ayrena tuang lagi air dalam gelas sampai penuh.

Kali ini dia minum sambil menghayati rasa pekat jus delima. Dengan mata yang merenung pada arah sinki Ayrena dengar ringtone telefon yang berdering kuat di atas rak kabinet.

Dengan mata yang masih dihurung rasa kantuk Ayrena endahkan bunyi telefon yang entah siapa pemiliknya. Dia terus menghabiskan minuman yang tersisa.

Hinggalah bunyi deringan telefon itu benar-benar membuat Ayrena makin tertarik.

Dia letak gelas atas meja dan capai telefon yang berdering.

"Ini kan telefon papa? Tertinggal ke?" Nama di skrin telefon dilihat sekali lalu. Rebecca.

"Rebecca? Macam penting je. Dah 10 kali missed call." Jari jemari Ayrena tak duduk diam. Gerak hati dia tiba-tiba mahu cungkil siapa perempuan bernama Rebecca ini.

Di angkat kepala. Toleh ke kiri. Tiada orang. Toleh ke kanan ada grandpa yang lengkap berbaju tidur corak spangebob.

"Huh!" Ayrena tersentak sendiri.

"Bila masa Grandpa ada dekat sini?" Bahagian dada digosok-gosok. Terkejut beruk dia dibuatnya.

"Dah lama. Siapa call? Perempuan? Angkatlah," Desak grandpa sambil tarik kerusi dan labuhkan duduk.

Teragak-agak Ayrena nak slide ke tepi. Tapi dia gagahkan juga jari untuk slide.

"Loud speaker." Grandpa beri isyarat guna tangan dan mulut.

Tak mengingkari. Ayrena ikut arahan grandpa. Dia turut duduk di sebelah grandpa.

"Hello Dante. Where are you? I need you right now. I need you. I'm scare," Dengan suara yang serak Rebecca bersuara hi hujung talian. Grandpa dan Ayrena berbalas pandangan.

"Scandal papa ke?" Bisik Ayrena.

"Grandpa rasa macam itu juga," balas Grandpa.

"Tak sangka orang setia macam Encik Dante ada scandal." Bob kelu di hujung almari. Dalam gelap dah bertemankan cahaya bulan yang samar-samar membias dalam gelap mereka berdua toleh ke belakang.

"Kau ini Bob, pantang betul." Grandpa buat muka menyampah. Pantang ada gosip hangat sikit.

End flashback.

"Jadi, semuanya bermula dari situ." Grandpa sandar pada sofa single.

Bob dan Ayrena duduk berhadapan dengan sofa yang Dante, Luna, dan grandma tengah duduk. Darren pula berdiri dan bersandar pada dinding.

"Tapi kitorang tak sangka pula semua itu salah faham. Kitorang ingatkan itu scandal papa. Tapi rupanya dia adalah orang yang papa tolong." Ayrena menunduk ke lantai.

"Saya...saya...saya minta maaf Encik Dante. Ma'am Luna. Saya minta maaf." Bob turut tayang wajah serba salah.

Bob!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now