P. 1

7 0 0
                                    

  HELENA ISLEEN mengeluh panjang, ada-ada sahaja perangai sahabat baik nya itu pantang berjumpa dengan artis, sikit-sikit nak bergambar. Kini Helena berdiri di bawah matahari yang terik, sementara menunggu Naurah sedang berjumpa dengan artis popular

Salah nya juga, siapa suruh keluar terlebih awal!
tetapi dia tak suka dalam mall tu, serabut dan berhimpit dengan orang. Dia tak suka!

Tiba-tiba figura seorang lelaki yang amat dikenali nya datang menghampiri. Dia cuba mengawal wajahnya, sempat dia berpura-pura sibuk menatap skrin telefon nokia miliknya.

"Hai Helena, Kenapa tak bagitahu abang nak balik? abang boleh hantarkan Helena..." sapa satu suara garau kearah nya membuatkan Helena hanya tersenyum kecil. Dia menggeleng perlahan sebelum menjawap

Ah! kenapa lelaki ini selalu sahaja bertembung dengan nya? dalam sehari boleh tak lelaki ini berhenti menyapa nya. Dia meluat! sungguh!

"Tak apa dah order teksi tadi, Helena boleh je balik guna teksi" balas Helena dengan lembut.

"Kenapa Helena asyik tolak kalau abang nak tumpangkan Helena balik? Abang nak buat baik dekat Helena" suara Farris mengendur. Naik loya tekak Helena apabila Farris menggelarkan dirinya abang walaupun mereka hanya berbeza 7 tahun tahun sahaja. Helena berumur 17 tahun manakala lelaki itu 24 tahun

"Wei Helena, aku ada ambik gambar banyak gila dengan...eh? eh .. sapa laki handsome ni?" Naurah memberitahu tanpa mengetahui kehadiran Farris yang sedari dari tadi berdiri disebelah Helena.

Dia tidak perasan yang lelaki kacak itu sedang berbual dengan Helena. Pertanyaan daripada Naurah membuatkan Helena hanya mengeleng perlahan segera dia menarik lengan Naurah agar pergi daripada situ

"Helena balik dulu.." ujar Helena sebelum berlalu pergi

"Siapa dia? handsome betul..." tanya Naurah lagi sambil mencelikkan kelopak matanya berkali-kali. Berharap supaya Helena memberitahu nya nama lelaki tersebut. Naurah ni baru sahaja putus dengan kekasih nya, iaitu Muhammad dah mahu cari pengganti. Sedangkan Muhammad tu green flag habis orang nya. Mungkin belum ada jodoh.

"Jiran aku dekat kampung, kalau kau suka ambik je. dah aku malas cerita pasal lelaki tu" balas Helena malas mahu berbual mengenai Farris.

Farris berkerja sebagai doktor, anak kepada Makcik Asnah yang merupakan jiran nya dikampung. Sejak kecil lagi dia sudah kenal keluarga Makcik Asnah. Tambahan pula, Farris tiada bapa sejak kecil. Dia ada seorang kakak, tetapi kakak nya tinggal di luar negara ikut suami nya yang tinggal di Amsterdarm.

"Kau bergaduh dengan dia ke? ke dia pernah tolak cinta kau?" soal Naurah dengan pelik. dahinya berkerut melihat wajah masam mencuka Helena.

Helena tarik wajah lalu tersenyum senget

"Dah sampai pun teksi kita, tu dia Saga hitam SA 6677" ujar Helena tukar topik. Sedangkan apa yang dikatakan oleh Naurah itu langsung tidak betul. 

Dia tidak suka dengan Farris bersebab, salah satunya adalah Farris menyukai nya dari zaman sekolah menengah sewaktu dia di tingkatan 1. Farris ni kacak orang nya dan ramai peminat, tetapi disebabkan Farris selalu menegur nya membuatkan semua peminat Farris membenci nya. Sampai sekarang Farris tiada teman wanita dan masih menunggu jawapan 'ya' daripada Helena.

Tidak sampai lima minit akhirnya mereka berdua tiba di kedai makan popular yang baru sahaja buka sebulan yang lalu. Bayaran sebanyak enam ringgit diberi kepada lelaki yang sebaya dengan ayahnya itu.

"Terima kasih pakcik" ujar Helena dengan ramah begitu juga dengan Naurah.

Mereka berdua berjalan menuju ke kedai makan tersebut dengan wajah gembira. Helena sudah rancang dua minggu yang lepas dengan Naurah untuk makan disini apabila cuti semester pendek, akhirnya terluang juga!

"Aku dengar sini nasi ayam penyet dia sedap, sambal dia tu kaw giler" ujar Naurah dengan bersemangat

"Aku pun ada tengok komen orang camtu jugak, tapi aku nak try nasi geprek! sumpah aku craving habis!" balas Helena pula. terangguk-angguk kepala Naurah mendengar bicara Helena itu.

Sedang mereka berdua berbual dan mencari meja makan secara tidak sengaja Helena berpusing dan terlanggar tubuh seseorang membuatkan air yang dibawa oleh seorang pelayan di kedai makan tersebut hilang imbangan dan air itu terlepas menyebabkan lelaki yang duduk dimeja berhampiran mereka terkena.

"What the fuck? kau kerja tengok orang tak? habis basah baju aku, sekarang aku nak pergi kerja macam mana?!" tengking lelaki itu. Sungguh dia geram, macam-macam hal yang terjadi kepadanya hari ini.

Helena mengigit kukunya, dia takut dengan lelaki itu.

"Saya minta maaf encik, saya yang salah sebab tak tengok jalan lepastu terlanggar dia" terang Helena lembut. Dia datang kearah lelaki yang memakai baju kemeja putih itu dengan lebih rapat lagi. Memang lah lelaki itu marah, hampir seluruh baju nya basah terkena air bandung. kalau dia pun tentu tak ada mood lagi.

"Habis tu? sekarang ni maaf kau tu boleh keringkan balik baju aku?" soal lelaki itu kasar. dari atas hingga bawah dia lihat Helena.

"Saya minta maaf encik, saya betul betul tak sengaja" ujar pelayan tadi yang tertumpahkan air pada baju pelanggan mereka.

"Tak sengaja konon... " balas lelaki itu dengan riak, dia segera menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar makanan nya tadi. Baik dia blah sebelum amukkan nya lebih kasar kepada orang orang disekelilinya.

Setelah selesai membayar dia segera keluar tanpa secalit senyuman pun.

"Awak! tunggu kejap" laung Helena dengan kuat, lelaki itu langsung tidak menoleh. Helena lebih pantas mengekori jejak lelaki tersebut. Helena menarik lengan lelaki itu agar berhenti berjalan. akhirnya berjaya juga, terjongket kening lelaki tersebut melihat perempuan sebaya budak sekolah menarik lengan nya

"What are you doing little girl?" persoalan daripada lelaki dihadapan nya membuatkan Helena menelan air liur. Helena perlahan-lahan melepskan genggaman tangan nya pada lengan lelaki tersebut. Aduh Helena! buat malu lah kau ni!

"Saya yang bersalah, jadi mohon biar saya ganti balik baju encik ni" kata Helena dengan lembut, matanya merenung tepat pada mata lelaki dihadapan nya

"Siapa nama kau?"

"Encik tak perlu tahu nama saya, saya nak ganti balik baju encik je" balas Helena lembut , lagi. cuba untuk bersabar melayan lelaki dihadapan nya.

Terjongket lagi kening lelaki dihadapan nya apabila dia tidak memberitahu, akhirnya Helena mengalah jua.

"Helena" beritahu Helena pendek.

"What a pretty name, jadi kau ada duit ke nak bayar baju aku? agak agak kalau lima ratus kau boleh bayar ke?" tanya lelaki itu dengan sinis. terbuntang bebola mata Helena mendengarkan harga baju yang dipakai lelaki itu.

"Sa.. saya boleh bayar sikit sikit" tersekat sekat suara Helena memberitahu. Ey! bodohnya kau Helena macam mana kau nak bayar? kau tu full-time student! nak minta dengan papa lambat lagi dia nak bagi banyak tu!

"Tak payah, aku ada banyak kerja. Jadi kau main jauh-jauh budak" bidas lelaki tersebut dan meninggalkan Helena yang masih berura-ura mahu membayar bajunya.

Helena menggaru kepala nya yang tidak gatal. Aduh! serba salah menimpa keatas dirinya. Dia kembali ke kedai makan tersebut dan meminta maaf lagi sekali kepada pelayan kedai tersebut. kalau tidak kerananya tentu lelaki tersebut tak kena herdik dengan lelaki tua tadi!

to be continue

Love, hnazill

Mikail Daris | OGWhere stories live. Discover now