ROTAN dipukul beberapa kali diatas meja oleh Puan Pengarah . Terpejam mata Helena apabila mendengar bunyi yang kuat dihasilkan oleh rotan itu.
"Helena. Mia. Huda. kamu bertiga ni memang tak serik serik kan? asyik lambat masuk asrama. Berapa kali saya nak kena pesan? Bagi warning?"
"Maaf lah Pengarah! tadi kaki saya luka, saya kena rawat dekat Klinik, Huda yang temankan saya" jelas Mia dengan berterus terang
"Betul tu Pengarah, kami tak tipu. Lagipun ni kali kedua kami buat salah" tambah Huda lagi.
"Huh? nak kena sampai ke-tiga kali baru kamu nak taubat ke? Dah pergi masuk bilik. Buat surat alasan kamu lambat sebanyak 50 kali. Pukul 7:30 pagi mesti dah ada di pejabat saya" ujar Pengarah dengan tegas. Mia dan Huda hanya mengeluh kecil dan segera pergi meninggalkan bilik itu.
"Kamu pula Helena? apa alasan kamu kali ni?" soal
"Maaf Puan Pengarah, saya mengaku salah saya. Kalau bukan sebab bekal nenek saya bagi tadi jatuh saya takkan lambat masuk" terang Helena
"Hm... kamu tahu kan kamu dah buat kesalahan lebih daripada tiga kali? Kamu kena usir dari asrama?"
"Tolong lah Puan! jangan usir dia orang. Biar saya je pergi, mereka bertiga jangan. Tolong lah Puan!"
Kini Helena sudah duduk dibawah kaki Puan Pengarah. Ingin merayu sepuas-puas nya agar rakan-rakan nya tidak dibuang daripada asrama .
"Bangun Helena, sedih ayah kamu kalau tengok kamu merayu macam ni" Puan Pengarah memegang bahu Helena agar wanita muda itu tidak memegang kaki nya lagi.
TUK!
TUK!
TUK!
"Masuk!"
Tiga orang rakan sebiliknya memasuki bilik pengarah itu dengan wajah takut takut.
"Datang pun kamu orang, saya ada benda nak bincang dengan kamu berempat.Memandangkan kamu berempat tak ada peluang lagi, jadi saya terpaksa Usir Helena dari asrama"
"Kami? Kami pula macam mana? tak kena usir?" tanya Vivy dengan bertalu-talu.
"Helena pujuk saya supaya kamu bertiga tak kena usir, jadi saya harap kamu bertiga tak ada buat salah lagi lepas ni. Kamu bertiga kena ikut peraturan yang saya dah tetapkan. Faham?"
"Faham puan" Serentak itu Raisa, Naurah dan Vivy menjawap.
"Helena, kemas pakaian kamu. Besok pagi saya akan suruh Encik Harith bawa kamu balik" sambung Puan Pengarah dengan senada. Tiada riak mahupun senyuman.
"Baik Puan, terima kasih puan sebab tak halau mereka bertiga. Saya minta diri dulu" ujar Helena dengan lembut.
Setelah itu mereka yang lain segera meminta diri untuk pergi daripada ruangan tersebut.
Naurah memuncungkan bibirnya menatap Helena dengan pandangan sayu. Dia paling rapat dengan Helena disitu, sedih nya dia bakal berpisah dengan Helena.
"Helena! aku rindu kau nanti" ujar Naurah dengan sedih, dia memeluk lengan Helena dengan ketat.
"Alah! nanti kita boleh jumpa dekat kelas. Relax lah" balas Helena dengan senada. Sebenarnya dia sedih juga. Apalah ayah nya akan cakap, mesti Encik Harith bakal memarahi nya
"Wait.. Habistu kau nak tinggal mana? Rumah nenek kau jauh kan? boleh kira sejam dari sini" tanya Naurah ingin tahu. Setahunya Helena tidak akan mahu duduk dengan Encik Harith, bersama ibu tirinya.
"Aku tak tahu lagi ni.. aku tak nak lah tinggal dengan ayah aku" ujar Helena perlahan.
"Ayah kau tu kerja apa? macam garang je" soal Naurah ingin tahu. Sudah 2 tahun dia berkenalan dengan Helena tetapi dia tak tahu perkerjaan orang tua Helena. Hidup Helena sangat sukar ditafsirkan tetapi wanita itu tidak memakai pakaian yang mewah. Rumah Keluarga Helena juga besar seperti Istana. Takkan lah Helena anak Datuk ? Kalau Datuk pasti dia kenal...
"Hey! Tak nampak aku dekat sini? Korang kena senyum dekat aku!" Fidelia menggetap bibirnya kuat apabila melihat Helena dan Naurah tidak memberikan senyuman kepadanya.
"Eleh kau sendiri pun tak senyum dekat kita orang. kenapa kitaorang kena senyum dekat kau pulak ni?" bidas Naurah dengan geram. Dia memandang Fidelia dari atas kebawah yang menggunakan baju tidur kartun doraemon itu.
"Aku ketua pelajar! korang kena hormat aku" balas Fidelia lagi.
"Hey! minta maaf dekat aku sekarang! Jangan lari!" jerit Fidelia sambil menghentak-hentakkan kakinya.
"Huh! menyampah" Naurah segera menarik lengan Helena agar meninggalkan Fidelia disitu
"Terpaling ketua pelajar! kalau dia betul betul ketua pelajar dia akan suarakan supaya Puan Pengarah tak buat 3 kali peluang untuk kita" sambung Naurah lagi. Helena mengusap bahu Naurah lembut.
"Tak apa, nanti aku bawa Kek Marble tiap hari untuk makan, kita makan sama sama" pujuk Helena lembut. Naurah hanya mengukirkan senyuman tipis.
—
"Hey.. bangun.. Ryana sayang.." panggilan lembut daripada Ummi nya itu membuatkan Ryana bangun daripada pembaringan. Air mata yang jatuh segera dilap sebelum Ummi nya melihat.
"Ryana..ada panggilan telefon dari Mikail.. Ryana tak nak angkat ke? cakap dengan dia?" Soal Ummi kepada Ryana yang merupakan Datin Aida yang terkenal di Singapura. Memiliki Butik baju sendiri.
"Ryana tak ada mood nak bercakap dengan dia dulu Ummi" balas Ryana yang masih memalingkan muka daripada Datin Aida itu.
"Hmm, baik.. kalau ada apa apa bagitahu Ummi. Ummi nak ke Butik sekejap" Ujar Datin Aida sebelum berlalu pergi. Ryana hanya mengangguk lemah. Sempat Datin Aida merenung belakang tubuh anak nya itu sebelum berlalu pergi.
"Aduh risau lah I Ketty, anak I dah dua minggu tak bercakap. Dia macam bukan Ryana yang I kenal lah!" Datin Aida bersuara sebaik sahaja bertemu dengan Ketty, iaitu personal assistant nya.
"Biasalah tu Datin, I guarantee dia akan baik nanti kalau jumpa dengan lelaki lain" ujar Ketty dengan selamba. Berkerut dahi Datin Aida mendengar kan kata kata Ketty itu
"Lelaki lain? Maksud you.. Ryana and Mikail dah over?" tanya Datin Aida pelik. Sejujurnya dia tidak tahu Ryana dan Mikail sudah putus. Dia fikir hanya gaduh seperti biasa, memandangkan dua orang itu selalu bergaduh. Akan tetapi selau kembali semula.
Bak kata Mikail dan Ryana dahulu we need each other..
"Iya lah Datin, mereka dah 2 minggu macam tu. Takkan berbaik semula lah jawabnya! Lagipun banyak je pangkat dato' nakkan Ryana tu, nak tinggal pilih je!" balas Ketty selamba. Datin Aida hanya menggeleng perlahan. Dia bukan seperti Dato Arif yang suka mengatur hubungan anak.
—
to be continueLove, Hnazill.