P. 3

4 0 0
                                    

HELENA tayang wajah cemberut, sudah kenapa pula Naurah tiba-tiba sahaja mahu ajak dia lepak di atas bumbung asrama tengah-tengah malam ini? Jam sudah menunjukkan pukul 8:30 malam.

"Hei! kau tahu tak Mia tengah bergaduh dengan Fidelia? Diaorang tu rapat tau tiba-tiba je bergaduh sebab lelaki" Naurah memulakan gosip panas nya. Mereka berdua duduk bersila sambil menikmati angin sejuk pada malam tersebut.

"Naurah.. kau ni.. aku ada banyak homework tau.. kau ajak aku gossip pula" balas Helena pendek

"Err.. sekarang Mia berkawan dengan siapa..." sambung Helena lagi , serentak itu kedua-dua mereka ketawa dengan terbahak-bahak

"Alah! macam biasa cari attention dengan budak budak yang lain. tadi dia pergi tegur aku! kisah pulak aku, dah lah pernah kutuk kau" Naurah memutarkan bebola matanya. Sakit hatinya apabila mengingati kejadian tersebut.

"Biasa lah tu.. dia tu memang macam tu nanti tengok lah dua orang tu akan kawan balik nanti, percaya lah cakap aku! " balas Helena senada.

"Itulah, macam aku tak tahu perangai Mia tu. tak boleh sorang-sorang mesti rasa terpaling tersakiti" jawap Naurah perlahan.

Tanpa mereka sedar jam sudar menunjukkan angka 8:55 malam. Jam tangan milik Naurah berbunyi

titt

tittt!

"Weh! Pengarah cek bilik pukul 9! Kita kena balik sekarang" tegur Helena dengan berdiri. Dia sudah menarik lengan Naurah agar pantas. Sudahlah mereka berada di tingkat 5. Memakan masa untuk turun ke tingkat 2.

"Err.. jom! jom!" kata Naurah dengan bersemangat.

Mereka berdua berpegangan tangan sambil menuruni tangga. Sempat pula mereka berdua bertembung dengan Ketua pelajar iaitu, Fidelia!

Ah! baru sahaja gosip tadi dah muncul muka dia.

Fidelia yang sedari dari tadi merenung mereka berdua dari tingkat bawah itu dengan segera bersuara

"Helena! Naurah! korang berdua ni asyik asyik berlari! aku dah cakap tak boleh berlari!" jerit Fidelia dengan geram. Naurah langsung tak hiraukan Fidelia semakin kuat dia menarik lengan Helena agar segera masuk kedalam bilik sebelum Pengarah menangkap mereka berdua.

Akhirnya sampai juga. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Tepat pasa masanya.

Tercungap-cungap nafas mereka berdua setelah berlari. Pintu bilik diketuk dan dibuka oleh dua orang lagi rakan sebilik mereka berdua yang merupakan senior tahun terakhir. Senyuman pendek menghiasi wajah mereka berdua sebelum masuk.

"Kau orang ni memang suka cari pasal kan? Dah tahu pukul 9 cek bilik memang tak reti balik awal ke?" Tegur Raisa sambil mengatur rambutnya yang kerinting itu.

"Ingat! kita ada satu saja lagi peluang, kalau tak.. kita kena halau daripada kolej!" sambung Vivy pula.

Helena dan Naurah pantas mengangguk dengan laju sambil menunduk kebawah. Mereka berempat berdiri dihadapan katil masing-masing sementara menunggu Puan Pengarah memasukki bilik mereka.

Kedengaran bunyi kasut heels milik Puan Pengarah mulai datang kearah bilik mereka. Puan Pengarah iaitu Puan Sally merenung mereka berempat dengan tajam. Diikuti dengan operator sekolah iaitu Kak Lily . Kak Lily hanya berdiri tegak sambil memeluk buku cacatan nya.

"Selamat malam Puan Pengarah" ujar mereka berempat serentak seperti selalu.

"Selamat malam, Helena dan Naurah saya nak kamu berdua berhenti buat masalah. Kalau tak kamu berempat saya halau daripada kolej kediaman faham?" kata Puan pengarah sambil merenung tepat kearah mata Helena. Helena mengangguk lemah

Mikail Daris | OGWhere stories live. Discover now