P. 2

6 0 0
                                    

WAJAH anak gadisnya itu dipandang dengan tajam. Memang sejak kecil dia menjaga anak gadisnya itu dengan tegas tambahan pula Helena itu adalah satu-satunya anak tunggal kesayangan nya.

Helena mengetap bibirnya kuat, macam mana boleh terkantoi pula ni? siapa yang bagitahu cikgu yang dia dan Naurah ponteng kelas..

"Pakcik jangan marah Helena, sebenarnya saya yang paksa dia teman saya" ujar Naurah dengan bersungguh-sungguh. Encik Harith hanya diam dan memerhati kedua orang remaja yang baru sahaja hendak tumbuh itu. Sesekali dia menggeleng perlahan

"Naurah, pakcik nak kamu pergi balik asrama sekarang. sebelum ibu bapa kamu pula yang tahu" Encik Harith memujuk untuk kesekian kalinya kepada Naurah agar sahabat karib anak nya itu pulang kembali ke asrama.

"Baik pakcik.. Helena nanti kalau dah datang asrama bagitahu aku" pesan Naurah sebelum berlalu pergi sempat juga dia mengerling kearah Helena sambil tersenyum paksa itu.

Naurah memarahi dirinya berulang kali didalam hati. kalau bukan sebabnya tentu Helena tak kena marah. Sudahlah ayah nya itu garang!

"Helena.. tak nak mengaku ke kesalahan Helena ni?" tanya Encik Harith lagi.

Lelaki yang berumur 55 tahun itu akhirnya duduk dihadapan anak perempuan nya.

"Helena minta maaf, Helena minta diri dulu" ulas Helena pendek. Sejujurnya dia malas mahu berlama-lama di rumah tersebut semenjak ayah nya berkahwin dengan isteri baharu.

Encik Harith memulakan berumah tangga bersama isteri baharu nya 6 tahun yang lepas setelah ibunya meninggal dunia akibat nahas kapal terbang yang berlaku di Paris 8 tahun yang lampau.

Setelah beberapa bulan dia tidak melihat anak gadisnya akhirnya dia bersua-muka lagi sekali.

"Helena, papa belum habis bercakap lagi" Encik Harith berkata dengan nada tegas. Helena berhenti melangkah menuju ke pintu rumah agam tersebut. Helena tidak menoleh dia menunggu kata-kata daripada ayah nya lagi.

"Sampai bila Helena nak menjauh dari papa? Papa rindu Helena sayang..." sambung lelaki tua yang merupakan Ketua Polis Negara tersebut. Helena mengeluh perlahan sebelum bibirnya menuntun kata

"Helena masih tak dapat terima keputusan papa" balas Helena dengan senada. Entahlah walaupun sudah lama dia masih sakit hati dengan ayahnya. tetapi dia sayang dengan ayah nya itu cuma dia tidak suka keputusan papa nya untuk bernikah dengan wanita lain. Dia benci isteri baru ayah nya.

"Helena, kalau Helena terima keputusan papa kita dah hidup dengan bahagia sekarang ni. Helena tak perlu tinggal dengan nenek di kampung" samnbung Encik Harith lagi.

Sejak Helena darjah 6 dia tinggal bersama nenek nya di kampung. Nenek nya juga menjaga nya dengan rapi, kasih sayang yang tulus dari nenek nya. Dia suka tinggal bersama nenek nya yang merupakan ibu dan ayah kepada ibu nya.

"Oh my God! .. Helena ada dekat sini? lama dah ke dia sampai sayang..." satu suara wanita yang penuh menggoda itu mengisi ruangan tangga besar tersebut Puan Eleanora datang kearah suaminya dengan menuruni tangga yang besar itu.

"Helena balik dulu" tanpa menoleh Helena segera mengatur langkah. Dia benci! Dia benci sangat dengan wanita itu! perampas kebahagiaan nya!

"Cik Helena, mari saya hantarkan. Encik Harith yang beritahu suruh hantar Cik Helena ke asrama" ujar Encik Yus yang sudah berkerja selama 20 tahun dengan keluarga nya. Helena memandang Encik Yus dengan lama sebelum masuk kedalam kereta Vios hitam tersebut.

"Cik Helena sihat? dah empat tahun pakcik tak tengok kamu" Encik Yus cuba membuka suasana yang ceria, Helena hanya tersenyum paksa. Ya sudah setahun dia tidak menjejak kan kaki di rumah keluarga nya di bandar. Disebabkan perempuan tua bernama Eleanora itu, dia takmahu menjejakkan kaki disini.

"Helena sihat Pak yus.. nenek jaga Helena dengan rapi dekat kampung kalau Helena balik cuti" balas Helena panjang.Encik Yus menganggukkan kepala nya berkali-kali.

"Encik Harith selalu tanya keadaan kamu di asrama, setiap hari tak lepas dia call pejabat hanya nak tanya tentang kamu. kamu tak nak balik ke rumah tinggal dengan dia?" soalan daripada Encik Yus membuatkan Helena tersentak, dia tak tahu mahu menjawap apa.

Helena tahu papa nya memang sayangkan dia. Dia pun sayangkan papa nya juga. Dia juga rindu belaian daripada seorang ayah, tetapi kehadiran Eleanora membuatkan dia tidak mahu menjejakkan kaki disitu.

"Helena tak suka Makcik Nora" jujur sahaja Helenna menjawap. Tanpa basa-basi. Encik Yus tersenyum paksa, dia sudah tahu akan hal itu. Dia pun tak suka dengan wanita itu.

Lebih kurang tiga puluh minit akhirnya Helena tiba di Sekolah Menengah yang Private. Ini semua kerana arahan daripada ayah nya, kalau tidak dia tak akan mahu pergi ke sekolah swasta seperti ini, dia akan sekolah biasa sahaja.

"Helena baik-baik tahu, kalau ada apa-apa call Pak Yus" ujar Encik Yus besahaja. Helena hanya mengangguk lalu masuk kedalam ruang legar tersebut.

"Helena! Mari sini!" jeritan daripada perempuan yang merupakan kerja sebagai operator itu membuatkan Helena pantas berhenti. aduh! malas betullah! bisik hatinya

Lesung pipit milik Lily tersembul apabila melihat Helena menuju kearah nya. Lily segera mendekati Helena juga

"Helena! apa dah jadi? kenapa Pengarah marah sangat?" tanya Lily ingin tahu

"Saya ponteng kelas... jadi pengarah call papa saya" balas Helena dengan terpaksa. Lily membulatkan mulutnya menunjukkan 'O' iaitu dia faham apa yang diterangkan oleh Helena.

"Papa awak? sejak bila awak ada papa?" soal Lily seakan tidak percaya. Dua tahun sudah dia berkenalan dengan Helena dia tidak pernah Helena berbicara tentang ayah. Semuanya nenek nya yang suka membuat Kek Lapis.

"Helena! akhirnya kau sampai jugak! aku risau tau... "

Ahh satu suara penyelamat. Terima kasih banyak-banyak Naurah.

"Hei! jangan berlari" Lily menegur kearah Naurah yang berlari mendekati Helena itu. Terus sahaja dia lupa dengan soalan nya tadi.

"Err Kak Lily, kami pergi dulu.. ada kelas Fizik" ujar Helena dengan lembut. Naurah terus menarik lengan Helena agar cepat cepat menuju ke kelas disebabkan bunyi loceng sudah berbunyi. Lily menggetap bibir, belum habis lagi dia bercakap dengan Helena.

"Kenapa kau suka sangat layan Kak Lily tu! ish tak suka aku tau!" kutuk Naurah dengan geram. Tangan kanan nya sudah menggepal penumbuk, macam lah dia tak tahu barang-barang habis hilang sebab Kak Lily! tak guna betul...

"Nak buat macam mana... dia mana ada kawan dekat sini" balas Helena senada. Naurah menjeling Helena dengan tajam

"Ish! kira untung dia tak ada curi barang kau" ujar Naurah lagi

"Tu lah kau, lain kali jangan pakai barang mahal-mahal kan dah kena curi..." balas Helena selamba.

"Ish kau ni, cuba backup aku sikit"ujar Naurah dengan geram sambil menghentak hentakkan kaki nya berulang kali. Tanpa menunggu Helena meninggalkan Naurah dan segera masuk kedalam Makmal sains dengan lebih cepat.

"Ish bodoh lah perempuan ni! Helena tunggu aku!" jerit Naurah geram sambil berlari mengekori Helena yang sudah meninggalkan nya beberapa langkah itu.

to be continue

Love , hnazill

Mikail Daris | OGWhere stories live. Discover now