16

27 6 1
                                    

Selepas mereka berdua meninggalkan wad untuk ke pantry, Qaireena dan Azzalea duduk berhadapan di meja kecil sambil menjamah  bekal makanan yang diberikan oleh Umi Inayah. Suasana terasa agak sunyi, walaupun terdapat beberapa orang pelawat lain di sekeliling mereka.

"Okay tak Qai?" tanya Azzalea sambil menyuap nasi perlahan-lahan. Sejak Qaireena dapat tahu Hayyan masuk hospital diam sahaja gadis itu.

"Okay je, risau dengan Que tu." balas Qaireena sambil sambung menyuap makanan ke dalam mulut.

"Tak payah la risau sangat, dia juga yang cari penyakit. Kita doa banyak-banyak supaya dia cepat sembuh." Azzalea memandang anak mata Qaireena, beri semangat walaupun dirinya sendiri sedang berjuang dengan pelbagai perasaan.

Qaireena senyum nipis, dia suka sangat dengan hubungan adik-beradik mereka. Dalam gurau masih risaukan antara satu sama lain.

Ketika mereka hampir selesai makan, telefon bimbit Azzalea menjerit meminta di angkat. Qaireena yang sedang meneguk air terhenti seketika, dan Azzalea cepat-cepat mengangkat telefon itu. Qaireena menjongket sebelah keningnya.

"Hehe lupa silent." kata Azzalea sambil tersengih, mungkin lupa mereka berada di kawasan hospital.

"Assamlamualaikum umi." salam diberi Azzalea menarik perhatian Qaireena. Mungkin ada perkembangan baru tentang Hayyan, dan sebab itulah umi telefon anak gadisnya.

Mata Qaireena terus fokus pada Azzalea. Dia melihat riak wajah Azzalea berubah sedikit demi sedikit, daripada risau terus teruja. Qaireena makin yakin bahawa Hayyan sudah sedar daripada tidur lenanya.

"Serius ke umi! Jap kami gerak ke sana sekarang!" kata Azzalea dengan nada teruja. Azzalea menamatkan panggilan dan terus memandang Qaireena dengan senyuman lebar.

"Qai, Que dah sedar!" kata Azzalea yang masih tersenyum lebar. Qaireena turut tersenyum lebar apabila dikhabarkan berita itu. Siapa saja tidak gembira bila ahli keluarga 'tidur' dan kini sudah sedar.

"Betul ke?" tanya Qaireena yang masih tidak percaya. Azzalea mengangguk dengan teruja.

"Umi cakap Que dah sedar tadi, doktor tengah periksa dia sekarang. Jom balik wad." ajak Azzalea girang. Segera mereka mengemaskan meja dan menuju wad yang menempatkan Hayyan. Dalam hati Qaireena tidak putus-putus rasa bersyukur kerana Hayyan sudah sedar. Mungkin penangan doa umi dan abi dia?

Setibanya di wad, mereka melihat Umi Inayah dan Abi Muhammad berdiri di tepi katil, sambil berbicara dengan doktor yang sedang memeriksa Hayyan. Dari jarak jauh, Qaireena dapat melihat Hayyan sudah membuka matanya, dia sedang duduk di bersandar di katil sambil memerhatikan umi dan abinya berbual dengan doktor tentang keadaan dirinya.

Hayyan yang sedang memerhati orang tuanya ternampak susuk tubuh adiknya dan Qaireena segera melambai tangan seolah tiada apa yang terjadi pada dirinya.

"Que!" jerit Azzalea lalu berlari ke arah Hayyan dan menghadiahkan sebiji penumbuk di bahu jejaka itu.

Hayyan mengaduh sakit apabila bahunya di tumbuk oleh adiknya. Bibir mencebik, sambil itu dia mengosok bahunya yang terasa berbisa itu.

"Eh Lea kenapa tumbuk Que?" soal Umi Inayah terkejut dengan kelakuan anak perempuannya. Qaireena hanya berdiri di hujung katil Hayyan, memerhati tanpa bicara. Dia terasa seperti orang asing di situ.

"Umi, biar Lea uruskan Que ni, sebab dia buat umi risau." Azzalea berkata dengan nada tidak puas hati. Dia hanya menjeling Hayyan, ingin buat lebih-lebih tapi budak itu baru sahaja sedar tadi.

"Hehe, hai Qai." sapa Hayyan sambil melambai pada Qaireena pula. Walaupun wajahnya nampak lesu tapi Hayyan nampak bertenaga sangat.

"Kenapa buat macam ni?" tanya Qaireena dengan nada risau. Langsung tidak membalas sapaan Hayyan itu.

"Hehe, nanti aku cerita. Hari ni kita kenalah gembira." Hayyan mendepakan tangan, dia mengaduh sakit apabila jarum yang tersemat di tangan dia itu terasa seperti mencucuk.

"Haa, gerak banyak lagi, biar sakit." ejek Azzalea pada Hayyan. Ada aja tak puas hati Azzalea pada Hayyan itu.

Doktor lelaki itu keluar dari wad memberi ruang kepada ahli keluarga pesakit untuk melawat. Abi Muhammad menyilang tangan di dada sambil memerhatikan anak teruna dia yang masih tersarung pakaian hospital.

"Tarique Hayyan." panggil Abi Muhammad tegas tapi lembut.

"Ya abi?" sahut Hayyan ceria. Azzalea duduk di birai katil, Qaireena berdiri di hujung katil dan Umi Inayah duduk di kerusi bersebelahan katil Hayyan. Semua menunggu sambungan ayat abi seterusnya.

"Kenapa buat abi dengan umi macam ni? Nakal ya kamu. Umi punya la risau dekat kamu." Abi Muhammad menggeleng, nak marah tapi dah berlaku. Sakit-sakit pun masih ada lagi idea nak kenakan orang.

Hayyan seolah dapat tangkap ayat yang di maksudkan abinya hanya tersengih kecil. Ni mesti doktor tadi bagitau, kantoi pula.

"Que gurau je, jangan la marah. Umi marah Que ke?" Hayyan mencapai tangan uminya, tangan mulus itu digengam perlahan.

"Umi merajuk." kata Umi Inayah sambil berpalingkan wajah.

Qaireena dan Azzalea seolah-olah tidak tahu apa yang mereka berbual hanya memerhati. Azzalea mencelah sambil memandang muka abinya dengan tanda tanya.

"Kenapa abi? Que buat apa?" tanya Azzalea pelik. Qaireena diam memerhati keluarga kecil ini, apa yang Que buat sampai umi merajuk?

"Dia dah sedar semalam, tapi dia cakap kat doktor jangan bagitau kita. Katanya nak buat surprise." kata Abi Muhammad sambil memandang anak lelakinya yang sedang berusaha memujuk isterinya. Padan muka, siapa suruh buat orang macam ni. Orang tengah risau dekat dia, boleh pula dia main-main.

Qaireena ingin bersuara tapi menutup mulut kembali, geram pula dengan Hayyan ni. Punya la dia risau sampai tak senang duduk, bila dah tahu tak jadi nak risau dekat Hayyan.

"Ambil kau!" Azzalea menghadiahkan pukulan di lengah Hayyan. Hayyan yang sedang memujuk umi terkejut dengan serangan secara tiba-tiba dari kembarnya.

"Tak payah la marah, gurau je." Hayyan muncung itik, serupa budak-budak tak dapat coklat pula. Muncung sedepa.

Qaireena melangkah ke arah Umi Inayah dan melabuhkan punggung di tepi umi. Tangan umi yang berada di atas peha itu dicapai lalu di elus perlahan.

"Umi okay?" tanya Qaireena perlahan. Cukup untuk sampai ke pendengaran umi.

"Alhamdullilah umi okay, gembira sangat tengok Que dah sedar." Umi Inayah senyum lebar. Melihat anak-anaknya merupakan semangat untuk dia, tidak sia-sia dulu pengorbanan dia dan suaminya membesarkan mereka.

"Qai gembira?" tanya umi sambil memandang anak mata Qaireena. Jelas terpancar riak kelegaan di situ.

Qaireena angguk. "Qai nak minta maaf, sebab Qai, Que masuk hospital." kata Qaireena sambil mengelus tangan itu tidak henti.

"Eh tak perlu la cakap macam tu. Ini namanya ujian Tuhan, umi redho dengan kesihatan Que yang sekarang. Jangan rasa bersalah ya." tangan umi mengosok kepala Qaireena, terasa seperti ada dua anak perempuan. Budak yang dijaga ketika kecil sudah besar sekarang, seperti anak-anaknya. Cepat sahaja masa berlalu.

"Sebenarnya umi suka sangat bila dapat jumpa Qai balik. Seolah-olah membawa cahaya harapan baru untuk anak-anak umi. Lea pun makin gembira bila jumpa Qai, hari-hari ada je cerita mereka tentang Qai. Terima kasih sayang." umi Inayah senyum nipis. Betul apa orang kata, doa kita akan di makbulkan pada masa yang tepat. Dan inilah masanya doa dia termakbul.

"Umi ni, saja nak buat Qai sedih." kata Qaireena dengan nada perlahan. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Menghalang mutiara jernih mengalir.

"Umi tak berniat pun, umi cuma nak Qai tahu yang Qai sangat bermakna dalam hidup mereka, hidup kami." Umi Inayah mendakap Qaireena membiarkan gadis ini tenang dalam pelukannya. Dia tahu pasti Qaireena juga turut merindui mereka. Dari perbuatan itu menunjuk segalanya.







Malam Tanpa Bintang [COMPLETED]Where stories live. Discover now