TEASER 2

133 6 0
                                    

Memandangkan ni cerita pendek, saya bagi dua short teaser aje tau. Silalah beli hehehe.


"APA pandang-pandang?" Zehra tolak pipi si suami sehingga muka Dean tertoleh ke kiri.

"Nak tengok muka bini je." Senyuman di bibir Dean semakin melebar. Dia sempat lihat muka Zehra yang dah bertukar merah padam. Bila masa aje Zehra tak bertukar jadi tomato kalau dengannya?

Zehra tu nampak aje garang, tapi sebenarnya orangnya lembut di dalam. Orangnya kalah dengan pujian. Malu bila dirinya dipuji. Malu bila Dean bersikap terlebih jujur dengannya.

"Dah lah, saya nak mandi!" Zehra lantas bangun.

"Eh, awalnya nak mandi. Nak lepaskan rindu petang ni juga ke?" usik Dean. Pergelangan tangan Zehra segera disambar sebelum si isteri melangkah lebih jauh.

"Aku debik jugak karang dia ni..." ujar Zehra dengan gigi yang terkacip rapat. Dia dah lama menahan rasa ni.

"Yalah-yalah, silakan mandi. Saya tunggu awak dekat sini. Kalau rindu, panggil aje. Saya datang." Hahahah, Dean tertawa lagi. Haa seronoknya dah halal ni. Lagi seronok dapat kahwin dengan cinta hati yang sebelum ini hanya mampu dipandang dari jauh saja.

"Malaslah saya layan awak, Dean." Tangan Dean ditepis lembut. Tanpa menoleh lagi, Zehra capai dua helai tuala. Tuala badan dan satu lagi tuala khas bagi mengeringkan rambutnya selepas mandi.

"Zehra," panggil Dean.

Zehra yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik air yang bersambung dengan bilik tidurnya kejung seketika. Adoi, Dean nak apa pula kali ni panggil-panggil? Getusnya di dalam hati.

"Apa?" Tombol pintu ditarik ke dalam. Zehra tinggalkan sedikit ruang kecil untuk mendengar apa yang Dean mahu sampaikan kepadanya.

"Saya suka awak. Tak nak ajak saya sekali?" Dean tersenyum-senyum di luar bilik air. Dia dah boleh bayangkan riak muka menyampah Zehra ketika itu.

"Bye!" 

[EBOOK] Dean ZehraWhere stories live. Discover now