Angin yang kuat menyapa tubuhnya membuatkan dirinya sedikit gerun untuk memasuki kedalam rumah yang sudah usang itu.
Rumah usang itu dipandang lama, sebelum langkahnya masuk kedalam, tiba tiba datang dua orang lelaki yang tidak dikenali dibelakang nya.
KRAKKK!
Dia memukul lelaki yang sudah separuh usia itu dengan menggunakan kayu. Terasa sakit yang teramat, darah mula mengalir dengan sebanyak yang mungkin.
Mata sudah kabur seperti tiada peluang untuk melihat siapa gerangan si dia.
"Erghh..."
Dia rebah dengan lemah, dua lelaki itu hanya tersenyum, senyuman mengejek apabila lelaki yang sudah terbaring ini mudah diperbodohkan.
••
Sudah beberapa jam dia masih belum sedarkan diri. Lelaki yang memakai topeng muka itu hanya mendengus kasar apabila orang tua ini masih belum sedarkan diri. Rasa nya aku suruh anak buah aku tu pukul perlahan je.
Dia bangun dan terus mengambil baldi yang sudah berisi kan air. Dia menyimbah air didalam baldi itu kepadanya.
SHUSHHH!.
Automatik dia tersedar dengan keadaan terkejut. Hidungnya terasa sakit apabila air yang disimbah tadi masuk kedalam rongga hidung nya.
"Dah bangun?."
"Aku dekat mana?."
"Dekat rumah aku."
"Kau nak apa dengan aku?, kenapa kau paksa aku datang kesini?."
Keras sahaja bunyi suara lelaki itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menghadiahkan satu penampar untuk lelaki yang tidak sedar diri ini.
Lelaki disebalik topeng itu tergelak, entah mengapa dia sangat suka melihat keadaan orang tua itu saat ini.
Dia mencengkam leher lelaki tua itu, nafas nya mula tersekat sekat membuatkan dia sukar untuk bernafas. Tangan yang diikat kemas cuba untuk dileraikan. Namun sia sia, ikatan itu sudah diikat mati.
"Kalau aku tak dapat anak kau, kau mati."
Dia melepaskan cengkaman dileher lelaki itu dengan kasar. Dia mula terbatuk batuk apabila dia merasa lehernya agak sakit dengan cengkaman itu tadi
"Kau siapa?."
"Tak perlu tahu."
"Kau nak apa dari aku gila?!."
"Aku nak anak kau."
Tajam dia memandang lelaki itu. Tak!, dia takkan serahkan anak perempuan nya kepada lelaki yang bertopeng kan syaitan ini.
Dia tidak mahu anak nya jatuh cinta dengan lelaki psiko seperti lelaki di depan nya.
"Aku takkan serahkan anak aku dekat kau lah setan!."
"Hei hei, siapa izinkan kau tinggi suara dekat aku?."
Dia diam sahaja sambil memandang tajam kearah lelaki itu. Sah tak makan ubat sebab tu otak tak betul.
"Aku bagi kau pilihan, kau bagi anak kau dekat aku, aku lepaskan kau, deal?."
"Aku takkan serahkan anak aku dekat syaitan macam kau."
"Haih, dah tua pun masih nak cari mati, baik kalau itu yang kau nak."
Pisau lipat yang berada di kocek seluar nya dikeluarkan. Dia bermain pisau itu diwajah lelaki tua itu.
Jantung dia sudah berdegup kencang. Liur ditelan kasar. Dia menutup matanya, mulut sudah terkumat kamit melafazkan sesuatu.
"Ada kata kata terakhir sebelum nafas kau berhenti?."
Diam.
"Selamat tinggal Dato Xander Aaziz."
•
•
•
CERITA INI 100% DARIPADA IMAGINASI SAYA, JIKA ADA TYPO, KESALAHAN AYAT DAN TATABAHASA, KORANG BOLEH BAGITAHU AND TEGUR SAYA.
JIKALAU JALAN CERITA SAYA INI ADA TERSAMA DARI MANA MANA KARYA, SAYA MOHON MAAF, MUNGKIN ITU HANYA KEBETULAN DAN TIDAK DISENGAJAKAN.
DILARANG PLAGIAT !!
-𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈-
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓: 𝟐𝟗. 𝟏𝟎. 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐄𝐍𝐃:
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 [ 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ]
Novela Juvenil✧ 𝗞𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗔𝗟𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗫 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗥𝗪𝗔𝗡 ✧ 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭: 𝟐𝟗.𝟏𝟎.𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐞𝐧𝐝: