𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟑

13 4 0
                                    

Amanda yang sibuk bermain dengan anak bulu itu tiba tiba ditegur oleh Kasyaf. Eh minah ni kan, sesuka hati dia je buat rumah ni macam dia punya.

Nasib lah anak orang, kalau adik aku, dah lama aku sumbat dalam longkang rumah aku.

Tak tahu malu.

"Oi, kau ni spesies yang memang taknak balik ke rumah sendiri ke macam mana?."

Terhinjut kedua belah bahu Amanda akibat terlalu terkejut. Kurang ajar punya mamat keding!.

Amanda memusingkan badannya kebelakang sambil berpeluk tubuh. Matanya hanya membalas renungan Kasyaf.

Kenapa lah dalam banyak-banyak kawan mama, mama pergi rumah ini. Apa yang dia sangkakan semua nya salah. Dia sangka kan anak Datin Sofea semuanya baik-baik dan berperangai elok macam malaikat.

Eh tup tup dapat jumpa mamat keding yang menyakitkan hati.

Sebab apa aku panggil dia keding?, sebab dia kurus macam lidi. HAHA.

"Kalau awak nak saya balik, awak cakap lah dekat mama saya yang awak nak dia balik, apa susah?."

"Sebab kau anak dia lah aku suruh kau balik."

"Sebab awak tuan rumah ni lah saya suruh awak bagitahu mama saya."

Kasyaf mengetap gigi. Dia berjalan menuju kearah Amanda. Amanda yang sudah kecut perut itu terus mengambil satu anak bulu lalu dipeluk.

Kasyaf melutut di hadapan Amanda. Wajah Kasyaf didekatkan lagi dimuka Amanda. Hampir saja dahi mereka berlaga.

"Dengil juga kau ni kan?."

Amanda hanya mampu menutupkan matanya dari melihat makhluk didepannya ini. Ya Tuhan tolong lah hamba-Mu ini.

"Tapi degil-degil pun, aku tetap suka.".

Amanda masih lagi menutup matanya sambil berbuat bodoh. Pura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Kasyaf sebentar tadi.

"Jauh lah sikit!, Haram!." Marah Amanda pula. Kasyaf tergelak kecil lalu menjauhkan wajahnya didepan Amanda.

Comel lah Amanda ni, anak sape ni woi comel sangat!?.

"Huh!, lain kali jangan buat macam tu!, boleh timbulkan fitnah tahu tak?, lagi-lagi dengan keadaan yang terbuka macam ni." Tegur Amanda pula. Geram betul dengan sikap Kasyaf ini.

"Okey sayang."

"Sape sayang kau gila?." Kata Amanda. Setepek kena nyah.

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH!, MAMA ADIK DAH BALIK!.".Laung Kayra sambil memandang wajah abangnya dan Amanda.

Terus Kayra menutup mulutnya. Subahanallah malu tujuh keturunan aku harini!.

"Waalaikumsalam, ya Allah adik, kan mama dah cakap, anak dara tak baik tinggi-tinggikan suara macam tu." Tegur Datin Sofea.

Kayra sengeh tidak bersalah. Kayra berjalan menuju kearah Amanda. "Hai saya Kayra, anak bongsu kepada Datin Sofea, hah yang dah tua kerepot ni abang saya, nama dia abang Kasyaf.".

Dengan ramahnya Kayra memperkenalkan dirinya kepada Amanda. Amanda tersenyum lalu menyambut huluran tangan Kayra.

Astaghfirullah, Kayra kenapa kau ni terlebih random, kau tahu tak, aku tak mengaku kau ni adik aku tau.

"Amanda, anak Datin Zulaikha."

"Dah lama ke datang?."

"Tak lama sangat la."

"Yelah tu." Sambung Kasyaf.

"Eh ada adik cakap dengan abang ke?, takde kan?, so jangan menyampuk, nanti adik sempuk abang pakai penyapu tu baru tahu."

Amanda menahan ketawa nya dari terhambur keluar. Okey kalau aku dapat adik ipar macam ni memang kita geng adik.

"Ada-adalah dua beradik ni, dah mama nak masuk dulu, Amanda nanti kirim salam dekat abang kamu yang lagi satu tu."

"Baik aunty Sofea."

Datin Sofea terus masuk kedalam rumah, Kayra terus berpaling ke arah Amanda. Cantik giler!, macam bidadari syurga!.

Misi saling menyatukan abang dan Kakak Amanda bermula sekarang!.

Kaki mengatur langkah masuk kedalam ruangan yang diarah kan oleh lelaki itu sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kaki mengatur langkah masuk kedalam ruangan yang diarah kan oleh lelaki itu sebentar tadi. Dia mengeluh sebelum memulas tombol pintu itu.

Bunyi derapan kasut membuatkan dirinya berpusing berpaling kearah lelaki yang memakai topeng itu. Terdapat seorang gadis yang duduk disofa yang berdekatan dengannya.

Tanpa membuang masa, dia terus memberikan satu fail kepada lelaki yang bertopeng itu.

Fail itu diambil lalu dibuka. Dia memandang lelaki itu sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Kayra Alisha Binti Dato Xander Aaziz. Macam aku cakap sebelum ni, lepas je kau dapatkan dia, aku nak kau bunuh dia, bunuh dia macam mana bapak dia bunuh abang aku!."

"Aku?, bunuh dia?, kau tahu kan aku sayang dia, kenapa kau nak aku bunuh orang yang aku sayang?."

Tanpa apa-apa suara, lelaki itu mengambil pistol yang tersorok dibawah fail miliknya. Lelaki yang memakai topeng itu hanya memandang nya dengan riak kosong.

"Bunuh dia, atau aku sendiri yang bunuh perempuan bodoh tu. Pilihan di tangan kau."

Lelaki itu terdiam. Takkan dia nak bahayakan orang yang dia sayang lagi?.

Kayra Alisya. Hilang dia didunia ini, maka hilang lah dunia nya.

Kayra ibarat sebuah permata yang bernilai buat dirinya. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu hanya kerana permintaan bodoh lelaki didepannya ini.

Wanita yang duduk disofa itu terus berlari mendekati lelaki yang memegang pistol itu.

Dia tidak mahu ada sesiapa yang mati disini hanya disebabkan pertengkaran yang bodoh ini.

"Sayang, please, saya taknak sesiapa yang mati dekat sini."

Lembut wanita itu memujuk, akhirnya pistol itu dilepaskan jua dari tangan.

"Apa yang aku akan dapat kalau aku bunuh dia?."

"Aku akan bayar kau lima kali ganda lebih dari Leon bayar untuk kau."

Lelaki disebalik topeng itu tersenyum sinis. Dia anggukan kepalanya.

"Baik, aku akan hapuskan perempuan ni."

"Good, kan senang kalau kau setuju dari awal."

Dia hanya tersenyum sinis, kaki melangkah keluar dari ruangan itu. Dia berjalan sehinggalah dia betul betul keluar dari tempat itu.

Topeng yang dipakainya terus dibuang, huh penat aku nak pakai topeng ni setiap kali aku jumpa dia.

"Kau memang bodoh Dragon, aku takkan bunuh Kayra, sebaliknya aku yang akan hapuskan kau dulu."







❑ 𝐓𝐘𝐏𝐎 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍
❒ 𝐕𝐎𝐓𝐄 𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐔


BERSAMBUNG



𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 [ 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ]Where stories live. Discover now