𝐁𝐀𝐁 𝟓

24 8 2
                                    

Rumah yang sentiasa sunyi kini kembali riuh kerana Kayra. Kayra lah sentiasa menceriakan keadaan yang sunyi. Pasti ada topik yang dibualkan nya, kadang kadang ada cerita lawak yang membuat kan mereka semua ketawa bersama.

Jam menunjukkan pukul 6:00 petang, namun batang hidup Dato Xander Aaziz masih belum kelihatan.

Papa pun lah, tak padan dengan umur nak melepak sana sini. Kalah kita yang muda ni tau.

Kayra hanya menunggu ketibaan papanya pulang sambil menikmati makanan ringan yang dibawanya. Tak sia sia bawa makanan ringan banyak banyak, boleh lah makan malam nanti sambil tengok movie.

"Mana papa ni, lama betul pergi melepak." Guman Kayra perlahan. Kasyaf yang baru turun itu terus mendekati adiknya.

Dia mengambil tempat disebelah adiknya. "Adik, adik lama ke duduk sini?." Tanya Kasyaf mulakan topik perbualan antara mereka.

Kayra menghabiskan kunyahan nya terlebih dahulu sebelum mula bicara. "Tak sure, tapi adik nak duduk sini lama lama, yelah asyik duduk dekat rumah sendiri je boring tahu tak." Balas Kayra sambil menyuap kerepek didalam mulutnya.

Bukan dia taknak duduk dekat rumah Datin Sofea dan Dato Xander, cumanya dia mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu dididik sebagai anak yang manja yang tak boleh buat semua benda.

Alang alang tu, jalan untuk pergi ke kolej dekat, sebab itu Kayra lebih suka duduk dirumahnya. 10 minit je, dah sampai dekat kolej.

"Ouh, hah ni macam mana adik dekat kolej, semuanya okey?, ke ada apa apa masalah?."  Tanya Kasyaf prihatin. Bukan apa, dia takut adiknya pendam masalah sorang sorang yang dia tidak tahu.

Dia cuma taknak apa apa berlaku kepada adiknya. Sudahlah anak bongsu, sudah pasti dia ingin pertahanan adiknya daripada sebarang masalah.

"Okey je abang, tapi ada satu masalah, Seroja, adik tak faham lah dengan dia tu."

Kasyaf mengetuk getuk dagunya, seperti gaya orang sedang berfikir, Seroja?, bukan dia tidak kenal siapa kawan kawan adiknya, cuma lama tak bersua muka, jadi dia kurang ingat siapa gadis yang bernama Seroja ni.

"Abang tak ingat lah siapa dia, tapi kenapa dengan dia, adik gaduh dengan dia ke?." Tanya Kasyaf lagi. Haih kuat tanya betul pakcik tua ni.

"Entahlah nak cakap." Ujar Kayra, acuh tak acuh.

"Hm?, maksud?."

"Adik cuma tegur pemakaian dia je, lepastu dia jadi sensitif, adik pun tak tahu kenapa, padahal adik tegur benda betul."

Kasyaf hanya menganggukkan kepalanya. Biasalah sesetengah orang pasti susah untuk terima teguran.

Mama yang kebetulan berada didapur itu terus keluar dan duduk di ruang tamu. Apa yang diborakkan pun dia tak tahu, sampai dekat dapur tu hah boleh dengar.

"Adik, Abang borak apa?." Tanya Datin Sofea yang baru melabuhkan punggung nya disofa yang bersaiz panjang itu.

"Takde borak apa pun mama, borak kosong je." Kata Kasyaf.

"Hah adik, mama nak tanya sesuatu ni."

"Tanya apa tu mama."

"Mama harap adik tak terkejut lah dengar apa yang mama nak cakap ni."

Makin berdebar jantung nya saat ini. Ish mama ni suka betul buat kita berdebar. Liur diteguk kasar. Sebelum bicara. "Apa dia mama, ye ye adik janji adik tak terkejut." Kata Kayra sambil tersenyum dihadapan mamanya.

Datin Sofea tersenyum, lega mendengar kata anaknya. "Kawan anak mama nak masuk meminang adik, jadi mama nak tanya pendapat adik, adik setuju tak?." Tanya Datin Sofea.

Membulat besar mata Kayra, mulutnya terlompong kecil. Masuk meminang?!, gila ke?!.

Dengan usia yang masih muda, dia sudah perlu buat keputusan sebegini?, Kasyaf juga tidak tumpah sama riak wajah adiknya. Adik yang dimasuk meminang, dia yang terkejut lebih.

"Hah masuk meminang?!." Dek kerana terkejut, bergema satu rumah dengan suara Kayra.

"Haah, mama cuma perlu tahu pendapat adik, adik setuju ke tak?."

Belum sempat Kayra ingin membalas, laju Kasyaf memotong. "Eh!, mana boleh, abang tak izinkan adik khawin, abang tak habis lagi nak manja dengan adik." Tubuh Kayra dipeluk erat.

Kayra mengangguk-angguk kan kepalanya dengan laju tanda jawapan. Gila ke umur aku baru 20 tahun kut!.

"Hey!, saya tanya adik awak bukan awak, kenapa awak menjawab, awak nak khawin dengan lelaki tu ke hah?." Tanya mamanya, garang.

Kasyaf mencebik. "Bukan macam tu mama, abang taknak adik khawin, nanti abang nak manja manja dengan sape?, nak arahkan sape?, nak suruh buatkan sarapan?."

PAK!.

Kayra menepuk kuat peha abangnya. Patut lah taknak dia khawin, nak suruh dia jadi orang gaji rupanya dekat rumah ini.

"Ewah, banyak cekadak abang, kalau macam tu baik adik khawin."

"Kiranya adik setuju lah ni?."

Adui, mampuih salah cakap. Bukan itu maksud dia.

"Hmm, bagi adik masa boleh tak mama, lagipun benda ni bukan main main tau, benda ni serius."

Datin Sofea hanya tersenyum mendengar jawapan anaknya. "Iya sayang, mama bagi adik masa untuk berfikir, bukan apa, mama dan papa ni dah semakin tua, umur pun semakin meningkat, mana tahu esok lusa dah-." Belum sempat dia menghabiskan kata katanya, Karya laju menolak tubuh abangnya dari memeluk dirinya.

Dia duduk di sebelah mamanya. Tubuh Datin Sofea didakap erat. "Jangan lah cakap macam tu!, adik taknak mama dan papa pergi!, adik sayang mama dan papa."

Datin Sofea membalas pelukkan anaknya. "Iya sayang, mama takkan tinggalkan sayang, dah dah jangan nangis." Pujuk Datin Sofea sambil menepuk nepuk belakang anaknya.

Kasyaf yang tak mampu menahan air matanya, terus jatuh mengalir membasahi pipi. Tubuh Datin Sofea dan Kayra dipeluk Kasyaf. Macam drama tv 3 lah pulak.

"Kayra sayang mama dan papa..."



❑ 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐘𝐏𝐎 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐓𝐀𝐔 𝐘𝐄𝐄
❑ 𝐕𝐎𝐓𝐄 ✩




BERSAMBUNG

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 [ 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ]Where stories live. Discover now