ARZ | 01

118 19 3
                                    

20 Ogos 2023,

Adeline membuang pemandangan di luar tingkap. Dia menikmati perjalan bersama lagu "Pulang" oleh Imsomniacks yang terpasang di radio.

Where
Where did you go
I've got so much to say
So you can't go go go did you go

Terpejam mata Adeline menikmati lagu tersebut.

"Sophia,"

Adeline membuka kembali kelopak matanya di saat namanya diseru. Dia menyahut panggilan itu, "Ya, ibu."

"Sophia okay?"

Adeline tersenyum mendengar pertanyaan itu. Kedengaran comel pula bila ibu bertanya begitu.

"Okay je, ibu. Cuma berdebar sedikit lagi-lagi nak berpisah dengan ayah dan ibu semuanya."

"Biasalah itu. Sophia kan tak pernah berjauhan dengan kami tapi kali ini Sophia terpaksa berjauhan demi masa depan jadi Sophia kenalah biasakan diri selepas ini." Adeline menganggukkan kepala walaupun mengetahui yang ibunya tidak akan nampak kerana kedudukannya duduk di kerusi belakang.

"Sophia belajar rajin-rajin ya. Habiskan degree dan banggakan ayah dan ibu," kini suara ayahnya pula mulai menyapa.

"Baik, ayah. Sophia akan belajar rajin-rajin sehingga dapat membanggakan ayah dan ibu nanti."

Adeline kembali memandang ke luar tingkap, melihat pemandangan yang berlalu. Hatinya yang berdebar tadi kembali tenang bila berbual bersama ayah dan ibunya.

Setibanya di universiti, suasana meriah dengan pelajar baru yang mendaftar bersama keluarga masing-masing. Bangunan-bangunan universiti yang besar kelihatan megah, memberikan perasaan teruja dan kagum di dalam diri Adeline.

"Ibu, nak daftar macam mana ni?"

Baru sahaja ibunya mahu membalas tiba-tiba datang seorang fasi menegur dia.

"Nak daftar ya?"

Adeline menganggukkan kepalanya.

"Awak pergi ambil nombor dan duduk di kerusi yang budak-budak lain juga duduk. Nanti nombor awak akan dipaparkan dan awak ikut je laluan yang ada."

Selesai menerangkan situasi itu, fasi itu terus pergi meninggalkan Adeline. Adeline memusingkan tubuh.

"Ibu dengan ayah duduklah dekat mana-mana dulu. Sophia nak pergi daftarkan diri dahulu di sana," tempat pendaftaran ditunjukkan oleh dia. Selepas mendapat anggukkan dari kedua-dua orang tuanya, Adeline langsung saja pergi.

Adeline duduk dengan tenang di tempatnya sambil melihat-lihat skrin yang bakal memaparkan nombornya.

"Hi,"

Adeline menoleh usai ditegur. Dia memberikan senyuman kepada si penegur.

"Nama siapa?"

"Adeline Sophia. Boleh panggil Adel atau Sophia."

Mulut gadis itu terbuka membentuk 'O' . "Salam kenal, Adel. Nama I, Xaviera Aisyah." Jawab si gadis dengan ceria.

"You ambil course apa?"

"Mechanical Engineering,"

Mata Xaviera membulat. "Oh my god! Hot gila you sampai masuk course tu,"

Adeline tergelak mendengar respon tersebut. Menggeleng saja kepalanya, geli hati melihat kelakuan Xaviera yang comel itu.

"You ambil course apa?"

"I ambil perubatan je. Oh, nombor I dah dipanggil, you nombor apa?"

Adeline menunjukkan kertasnya seraya memandang skrin di hadapan.

ARZEL'SWhere stories live. Discover now