I never wanna hear you say
I want it that way
'Cause I want it that wayEntah mengapa Nuh terjebak dalam rancangan gila ini. Celik-celik mata dia sudah diculik Luth. Dari awal lagi dia tak pernah bersetuju untuk mengorbankan hari cutinya untuk aktiviti karaoke yang tak berfeadah.
Sepatutnya dia menghabiskan hari cuti di rumah, berbaring di kasur empuk dan menikmati detik-detik indah. Merehatkan otak dari memikirkan mana-mana pelajaran yang sulit untuk ia hadam dan juga merawat telinga yang sakit gara-gara bebelan Puan Ratna yang selalu mencari salahnya ketika di kelas.
Kenapa aku di sini? Kenapa aku akur? Kenapa aku dengan rela hati membonceng motorsikal legend Luth? Kenapa aku biarkan Daniel terus menyanyikan lagu sentimental yang menyakitkan telinga?
Sering kali pertanyaan-pertanyaan itu berlegar dalam otak sempit Nuh, menggangu kesenangan yang seharusnya dinikmati.
"Apa impian korang?" Suara nyaring Luth menyentak Nuh dari lamunan.
Terkebil-kebil Nuh mengadaptasi situasi yang sedang berlaku. Terlalu jauh termenung dia tak sedar bila masa Luth bangun dari rebahan pehanya dan mengambil alih acara.
Luth kini berdiri tegak di hadapan sekaligus menghadang televisyen yang sedang memainkan muzik video pilihan Aiden.
Nuh melirik Aiden. Lelaki itu seakan pasrah dan membiarkan saja Luth menukarkan sesi mencari bakat kepada sesi membahas masa hadapan dengan lontaran soalan begitu cliche.
"Masuk universiti." Sedang Nuh berkira-kira mahu mencari jawapan bagi soalan Luth, Daniel tanpa ragu menjawab.
"Bukan yang itu." Jawapan Daniel, Luth tolak mentah-mentah. Jari manisnya bergerak ke kiri dan ke kanan sementara salah satu kakinya menginjak meja yang terhidang jajan dan minuman mereka.
Luth merapatkan perut ke peha, menunduk dan menyatukan pandangannya pada Daniel yang juga sedang melakukan hal yang sama seperti Luth.
"Habis itu? Apa maksud kau, Mr. Luth." Gedik Daniel menyoal sambil kedua belah lengan melingkari leher Luth.
Luth mengenyitkan mata nakal dan menayangkan sebuah senyuman yang begitu menjijikkan bagi Nuh. Kemesraan mereka buatkan Nuh mual. Mereka tak ubah seperti manusia tidak lurus di luar sana.
"Impian cinta," leret Luth memberitahu.
Makin bertambah mual Nuh.
Daniel pula serta-merta melepaskan rangkulan, menampar pipi Luth lalu merebahkan badan ke sofa semula. "Disgusting."
"Come on. Apa impian cinta korang? Kita tak pernah bincang pasal ni." Desak Luth.
Aiden memicit dahi. "Because we're just four pathetic princes who keep failing at love," ujarnya dramatis.
"Dan sebab itu kita kena ada impian cinta supaya kita boleh fokus pada sasaran dan capai apa yang kita nak untuk masa depan cinta kita," lontar Luth semangat.
"Betul juga." Aiden tiba-tiba akur.
"So start dari kau. Apa impian kau?" Tanpa berlengah Luth menyuakan mikrofon ke Aiden.
"Aku nak cari cinta pertama," beritahu Aiden dengan semangat yang berkobar-kobar.
"Good choice." Luth mengangguk-angguk lalu dia menghadapkan pula mikrofon pada Daniel.
"Mr. Dan how about you?"
Berbanding Aiden, Daniel tenang menyampaikan impiannya. "Aku nak ajak Diandra kahwin."
YOU ARE READING
Bebas
HorrorDream Series : 1 - Nuh Zyad Impian Nuh hanyalah satu: kebebasan. Dilahirkan dalam keluarga yang terikat dengan kepercayaan mistik, hidupnya dipenuhi dengan pantang larang yang menyekat keseronokan di luar sana. Melanggar pantang larang yang ditega...