"Nuh dengar tak pesan mama ni?" Telinganya saja mendengar manakala fikiran merewang entah ke mana.Nuh mengeronyok kalendar yang terdapat di meja belajar. Melihat tarikh hari ini buatkan hatinya ingin meledak. Bahkan telefon yang kukuh dalam pegangan juga ingin ia banting ke dinding sekaligus menghentikan panggilan mama.
Tiada yang salah dengan tarikh itu. Begitu juga dengan mama yang sedang memberikan petuah yang berjela sedari tadi. Yang salah hanya Nuh. Hanya dirinya yang begitu malang dilahirkan pada hari keramat yang menyeksa diri.
Andai boleh Nuh merentas masa, dia mahu kembali ke waktu sebelum dia keluar dari perut mama. Melarang dirinya dari keluar sehari lebih awal dari jangkaan doktor. Akan dia beritahu pada dirinya yang kecil bahwa azab menanggung suatu kepercayaan karut sepanjang hidup itu menyakitkan. Juga akan dia suruh dirinya bertahan sedikit lebih lama di rahim mama agar dia terlepas dari hari puaka dan dapat hidup bebas.
"Are you there Nuh?" Mama memanggil risau.
Nuh melempar kalendar sudah terkoyak ke tong sampah yang tersedia. Dia membawa diri ke jendela.
"Dengar mama," sahutnya malas.
"Mama harap Nuh dengar semua pesanan mama tadi. Mama bukan tak benarkan Nuh ke birthday party Luth tapi keadaan tak mengizinkan. Mama merayu pada Nuh, jangan keluar rumah malam ni ya sayang. Ini semua demi keselamatan kamu."
Nuh menyelak langsir yang menutupi jendela lalu menjatuhkan kepala ke bawah memandang motosikal miliknya terpakir di halaman.
"Mama everything gonna be okay. Nuh dah besar dan Nuh pandai jaga diri."
"Ini bukan soal dah besar atau tak Nuh. Mama buat ni semua untuk kebaikan Nuh. Mama sayang Nuh sangat-sangat dan mama tak nak Nuh terluka. Mama tak nak Nuh jadi incaran makhluk halus seperti Nuh kecil-kecil dulu."
Nuh menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Berulang kali dia melakukan teknik tersebut bagi melapangkan dada yang terasa sempit dan sesak. Dia tidak mempunyai riwayat sakit jantung mahupun asma tetapi tiap kali mama membahas peristiwa lampau yang tak pernah tersimpan dalam kepingan memorinya, Nuh akan merasakan dadanya sakit bagai ditekan.
"Stop it Ma. Berapa kali Nuh beritahu yang Nuh tak pernah lalui semua tu."
"Nuh..." Lirih suara mama di hujung talian.
"Mama dah janji tak akan sebut soal hantu-hantu tu lagi." Sela Nuh tak memberikan ruang untuk mama lanjut bicara.
"Nuh, mama cuma.."
"Mama ora usah kuwatirke aku, Nuh mung manungsa biasa. (Mama tak perlu risau, Nuh cuma manusia biasa.) Nuh tak ada sixth sense jadi hantu-hantu tu tak akan kacau Nuh pun." Tegas Nuh untuk sekian kali.
Mama terdiam. Sepi menyelubungi dua beranak itu.
Senyapnya mama hadirkan kegelisahan buat Nuh. Dia meramas hujung surainya mengalihkan perasaan kesalnya terhadap mama. Bibirnya diketap erat. Mama yang masih tak bersuara menghadirkan rasa bersalah pada Nuh kerana telah membentak sang ibu.
"Ma... i'm sorry." Nuh sebolehnya tak mahu membentak wanita yang sudah berjuang melahirkannya, dia amat menghormati mama tetapi keadaan memaksa dan dia terlepas. Jika tidak dihentikan mama akan semakin menyeksa jiwanya.
"Yo, kowe mung manungsa biasa. Mama nyuwun ngapura. (Ya, kamu hanya manusia biasa. Maafkan mama.)"
Nuh memejam sesaat, intonasi mama yang sudah berubah itu makin menambahkan rasa bersalah.
Surainya yang sudah berantakan makin diacakan. "Maa...sorry."
"Ya mama pun.... Nuh mama rasa mama dah kena end call. Papa dah panggil."
YOU ARE READING
Bebas
HorrorDream Series : 1 - Nuh Zyad Impian Nuh hanyalah satu: kebebasan. Dilahirkan dalam keluarga yang terikat dengan kepercayaan mistik, hidupnya dipenuhi dengan pantang larang yang menyekat keseronokan di luar sana. Melanggar pantang larang yang ditega...