Nuh tak sedap hati. Dia bukan seorang yang penakut seperti Aiden dan Luth. Dia boleh dikatakan agak berani berbanding mereka tetapi apa yang dia nampak sekarang ini agak menggerunkan.Kulit putih pucat. Gaun putih lusuh. Rambut panjang mengurai dan berkaki ayam.
Hanya satu makhluk yang bermain di fikiran Nuh. Hantu.
Nuh cuba bersangka baik. Mengatur nafasnya sebaik mungkin dan mengerjap berkali-kali buat memastikan yang sedang berdiri di hujung besi pembatas sana hanyalah seorang manusia kurang siuman.
Namun makin diperhatikan makin aneh tingkah manusia itu. Dari merenung sesuatu di bawah sana, ia mula bertindak tak wajar. Mengangkat salah satu kaki naik ke atas palang besi yang menjadi benteng.
kedua belah tangan memegang palang dan menolak badan naik ke besi penghadang.
"Hey." Nuh menjerit. Dia memaksa kedua tungkainya berlari ke gadis yang cuba melakukan tindakan terkutuk.
Tindakan Nuh mengejutkan gadis itu, tanpa berfikir panjang dia segera meloncat dari benteng namun Nuh lebih pantas bertindak.
Nuh melilit lengan di pinggang ramping gadis itu. Sebelah tangan berpegang pada besi manakala sebelah lagi berusaha menarik gadis gila yang sedang meronta-ronta.
Tak perlukan kudrat yang banyak, sekali percubaan dia berjaya membawa gadis itu ke pijakan rata. Menjatuhkan gadis itu ke bawah manakala Nuh pula di atas. Menahan kedua belah tangan pada lantai agar dia tidak menindih si gadis.
"Are you out of mind?" Tinggi nada Nuh menyoal. Cahaya malap dari lampu gantung di atas mereka memberi akses buat Nuh meneroka raut gadis yang baru sahaja ia selamatkan dari cubaan bunuh diri.
Tanpa Nuh jangka, gadis itu menendang celah kelangkangnya lalu menampar kuat pipinya cukup kuat.
Nuh tersentak. Telinganya berdesing. Kakinya menyerah dan dia jatuh merekot di tepi gadis itu. Seluruh wajah Nuh merah padam gara-gara menahan senak di tempat berharga miliknya. "Shit."
"Kenapa kau kacau urusan aku." Belakang jaket Nuh ditarik. Memaksa dia yang sedang nyawa-nyawa ikan berhadapan dengan gadis kurang ajar itu.
"Kau gila ke?" Nuh mencengkeram lengan gadis itu.
"Kau yang gila. Kalau kau tak selamatkan aku, aku dah bahagia."
Nuh mengetap rahang. Terasa bahang panas naik dari dada ke kepala. Sakit senak di tempat sulit itu terus lesap. Perempuan ini menguji kesabarannya.
"Heyy perempuan bodoh. Kau ingat mati boleh selesaikan masalah kau ke? Kau tahu tak berapa ramai manusia dekat luar sana nak hidup lama sedangkan kau..." Nuh jatuhkan tatapannya ke dua butir iris yang sedang bergetar.
"Kau senang-senang nak mengakhiri nyawa kau. Manusia egois. Kau langsung tak hargai pemberian Tuhan." Nuh rentap pegangan gadis itu dari jaket kulitnya kemudian melibas kasar kesan pegangan gadis itu seolah membuang kotoran yang menempel di sana.
"Kau tak tahu apa yang aku alami. Kau tak tahu betapa tertekannya aku dengan kehidupan aku sekarang. Kau senang-senang cakap aku egois sedangkan kau tak rasa apa yang aku rasa." Gadis itu menjerit lantang, membela diri.
Nuh mengeluh berat. Dia geram. Alangkah bagusnya jika dia menampar gadis itu sekali bagi menyedarkannya dari hanyut dalam fikiran bodoh tetapi apabila melihat gadis itu bertukar rapuh.
Jatuh terduduk dan menekup muka ke tapak tangan bersama bahu yang saling bergetar menunjukkan sakit tak terlihat yang dihadapi buatkan Nuh tak sampai hati.
Nuh menarik nafas dalam. Masih ada empati dalam dirinya buat gadis malang ini.
Kerana itu buat kali pertama dalam hidup Nuh, dia keluar dari zona nyaman semata-mata seorang perempuan yang tiada apa-apa pertalian dengannya.
YOU ARE READING
Bebas
HorrorDream Series : 1 - Nuh Zyad Impian Nuh hanyalah satu: kebebasan. Dilahirkan dalam keluarga yang terikat dengan kepercayaan mistik, hidupnya dipenuhi dengan pantang larang yang menyekat keseronokan di luar sana. Melanggar pantang larang yang ditega...