BAB 14

146 16 5
                                    

"Najmi!"

Mawar terjaga dari tidurnya. Peluh halus merenek di dahi. Jam dinding dikerling sekilas.

"Dah pukul 8:00 rupanya. Siapa suruh kau tidur lepas Subuh, kan dah mimpi buruk. Rezeki pun susah nak masuk."

Mawar mengomeli diri sendiri. Jantungnya berdetak kencang. Perasaannya tidak enak. Mimpi tadi membawa dia jauh terfikirkan tentang si tunang.

Sudah tiga hari lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Pesanan Whatsapp yang dia hantar semalam pun masih tidak diterima oleh lelaki itu. Mungkin telefonnya dimatikan.

Ada apa-apa yang buruk terjadi pada dia ke? Lekas-lekas dia membuang fikiran buruk yang bermain di minda. Dia menapak turun ke bawah.

"Good morning!"

Dia menyapa Dato' Azahari dan Datin Sharifah. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Mi goreng dicedok ke dalam pinggan.

"Yas nak pergi pejabat agama pukul berapa?" Dato' Azahari memulakan bicara.

"Kejap lagi dalam pukul 9 atau 10 Yas pergilah, papa. Kenapa?" Mawar pula menyoal.

"Tak ada apa. Bawa kereta elok-elok," pesan Dato' Azahari.

"Okey, papa!"

**********

Ting!

[Whatsapp]
Haidar : Morning, Mawar. Busy today?

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Morning, Haidar. Tak busy. Tapi pagi ni saya nak pergi pejabat agama nak hantar borang nikah. Why?

[Whatsapp]
Haidar : Pergi dengan tunang awak ke?

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Tak. Pergi sorang je.

[Whatsapp]
Haidar : Lepas pergi pejabat agama, awak pergi mana pulak?

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Tak ke mana-mana. Terus balik rasanya.

[Whatsapp]
Haidar : Maksudnya, awak free kan?

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Free. Why? Ada apa-apa ke?

[Whatsapp]
Haidar : Saya nak ajak awak ngopi la. Lama tak lepak, kan? Nanti awak dah kahwin, dah tak boleh lepak lagi. Nanti husband awak jealous!

Mawar senyum tawar membaca mesej Haidar. Najmi jealous? Bila tahun agaknya lelaki itu nak cemburukan dia, ya? Nafas dihela perlahan.

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Ngopi? Sounds good! Tempat biasa?

[Whatsapp]
Haidar : Yeah! Tempat biasa. Tapi, alang-alang awak nak ke pejabat agama tu, apa kata saya je yang bawa awak? Senang, kan? Awak nak pergi pukul berapa? Saya jemput awak kat rumah.

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Eh, takpe! Saya taknak susahkan awak.

[Whatsapp]
Haidar : Tak susah. What time, Rose?

[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Okay, then! 10 o'clock, Jack!

Tersengih sendiri Mawar membaca dan membalas pesanan Haidar. Lelaki itu sudah seperti kawan baiknya. Perkenalan mereka beberapa tahun yang lalu menjadikan mereka rapat seperti ini memandangkan keluarga Haidar merupakan rakan bisnes Dato' Azahari.

[Whatsapp]
Haidar : Okay, Rose! Pukul 10 nanti saya datang dengan kereta kuda saya, ya! See ya!

Mawar tidak membalas pesanan tersebut. Dia melangkah ke almari baju dan mengeluarkan sepasang abaya berwarna peach. Nak pergi pejabat agama, kan? Kenalah pakai sopan-sopan!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now