bab 49

52 2 2
                                    

Jika tadi dia pengsan disebabkan satu bau yang tidak enak, sekarang dia tersedar kerana rasa peluh dan bahang yang terlalu dekat dengannya. Kelopak mata naik sedikit demi sedikit dan perkara pertama yang dia lihat adalah satu wajah yang bertopeng hitam yang hampir menutupi seluruh mukanya kecuali bahagian mata. Jantungnya berdegup laju bahkan dia hampir rasa nak pengsan sekali lagi.

Dia duduk di atas kerusi dengan tubuhnya diikat. Melihat ke bawah pula, kedua-dua belah tangannya diikat ketat dengan cable tie. Kakinya sahaja bebas. Bebas untuk meronta-ronta, menghentak simen.

"Kau ni siapa huh?! Lepaskan aku! Aku tak ada apa-apa kaitan dengan kau! Lepaskan akulah!" Ronta Rina sekuat hati tapi jelas terpampang pada mata lelaki itu, dia tidak kesah dengan meronta Rina malah dia ketawa sinis.

"Kau tak perlu tahu aku siapa tapi yang perlu kau tahu adalah aku nak kau rasa macam mana seksanya kena ikat macam tu."

"Sama macam mana arwah ayah aku rasa." Sambung lelaki bertopeng itu. Dia berdiri dan mara ke hadapan sehingga hanya ada ruang kecil dengan Rina.

"Kau ingat aku ni kesah ke? Lepaskan akulah! Aku akan report pada polis tentang kau!"

"Tsk, tsk, tsk. Buatlah kalau kau nak suami kau pula yang merana." Balas lelaki itu dan cuba bermain dengan dagu Rina tapi terhalang apabila Rina laju memalingkan wajahnya ke kiri. Dia tak akan biarkan dirinya disentuh oleh mana-mana lelaki terutamanya lelaki jahat ini!

"Eh perempuan sial! Disebabkan suami kau tu, ayah aku mati kau tahu tak!?" Kali ini lelaki itu pula menjerit. Berdengung telinga Rina apabila lelaki itu menjerit betul-betul di sebelah telinganya.

"Apa salah suami aku?! Sampaikan kau culik aku?!" Dia membalas.

"Banyak! Sampaikan aku rasa macam nak bunuh dia aje sekarang ni."

Membulat mata Rina tatkala perkataan itu meluncur laju keluar dari mulutnya. Bunuh?

"Pernah tak kau tahu apa suami kau tu, Faleq buat belakang kau?"

Soalan itu mendiamkan Rina. Entah kenapa dia baru tersedar apa yang lelaki itu katakan semuanya terasa nyata. Matanya menyorot ke bawah.

"Pernah tak?!"

"Tak! Aku tak kesah apa yang dia buat belakang aku sekalipun asalkan kau lepaskan aku dan jangan ganggu hidup aku dan dia!"

Lelaki itu terus meletuskan tawa sinis dan ruang kecil itu hanya dipenuhi dengan ketawa jahat yang sungguh mengerikan.

"Dia tu kejam. Menakutkan, macam iblis dan aku rasa kalau aku bagitahu kau perkara ni, mesti kau minta cerai dengan dia sekarang juga." Tuturnya dan berjalan mengelilingi Rina yang sedang duduk di atas kerusi dengan tubuh yang diikat.

Semakin berlapik dahi Rina mendengar kata-kata lelaki itu sampaikan dia hampir nak termakan dengan ayat jijiknya. Laju dia menggeleng kepala dan tanpa sedar, setitis air mata jatuh menyembah bumi.

Dia tak mahu dengar apa-apa lagi perkara yang akan membuatkan dia hanyut terbawa dengan emosi ibu mengandung ini.

"Aku tak percaya. Aku tak akan percaya dengan semua tu. Tolonglah, aku mohon untuk lepaskan aku,"

"Demi anak...aku." Sambungnya dengan kepala yang tertunduk, memandang permukaan perut.

Pantas lelaki itu turut menukar pandangannya ke arah yang sama. Dia jadi kaku seketika tatkala perempuan itu mengeluarkan kenyataan yang dia sudah berbadan dua. Dari mata sahaja Rina mampu melihat reaksi terkejut dari lelaki itu.

Dia yakin yang lelaki ini tak akan berlaku lebih kejam jika dia ungkapkan hal tersebut.

Tak lama selepas itu, lelaki itu tayang senyuman paling jahat sehingga gusinya kelihatan. Semakin lama, ada bunyi ketawa di sebalik senyuman itu. Terdiam Rina melihat reaksi lelaki bertopeng itu seperti seorang psikopat gayanya. Dia sekarang ini terasa seperti sudah hilang harapan dan sudah pasrah sepasrahnya.

Air mata yang sudah bergenang dengan sarat akhirnya membasahi pipi mulusnya. Bibir diketap rapat.

"Kau fikir dengan alasan tu, kau boleh terlepas?"

Dia geleng kepala sekali.

"Aku nak dia rasa apa yang aku rasa. Rasa sakit bila orang yang kau sayang, mati!" Jeritnya dan dengan laju, dia mengeluarkan sebilah pisau yang sangat tajam sehinggakan boleh terluka walaupun hanya menyentuh hujung bilah.

Semakin lebat air matanya turun dengan deras tanpa apa-apa bunyi sejurus pisau itu diletakkan betul-betul di tengah-tengah leher dengan kasar sehingga terkoyak sedikit kain tudung bawalnya. Dia terus menganggap bahawa ini adalah penamat hidupnya. Mati tanpa diketahui sesiapa. Tiada bela.

Tapi ada seorang ini tak akan biarkan orang yang dia cinta sampai mati itu, pergi dahulu sebelum dia. Benda itu tak akan berlaku untuk kali yang ketiga.

Pantas pintu kayu yang tinggal tunggu masa sahaja untuk roboh, dihancurkan oleh Faleq dengan tendangan kakinya. Terhinjut bahu mereka berdua terutamanya Rina. Matanya terbuka luas melihat figura seorang lelaki yang dia nantikan selama ini berdiri tegak di muka pintu dengan nafas yang tercungap-cungap.

Lelaki bertopeng itu terus menjatuhkan pisau dari tangannya dengan muka yang cuak dan berlari keluar melalui tingkap kaca yang dipecahkannya lalu melompat dari tingkat 3 ke bawah. Tidak menoleh ke belakang lagi dan sempat Faleq mengoyakkan hujung lengan bajunya dan digenggam kuat namun terlepas.

"Tuan! Nak kami kejar si bangsat tu ke?" Soal Taufiq sambil berpaut lutut.

"Tak payah." Ringkas jawapannya dan menapak perlahan ke arah Rina yang kelihatan dalam kesakitan.

"Tapi dia dah cederakan Rina."

"Sejak bila kau tak dengar arahan aku?" Soalnya bengis sekali dengan renungan maut.

Tertunduk kepala Taufiq ketika itu. Tanpa kata lagi, dia terus berlalu pergi dan menunggu mereka berdua di luar.

Sekarang, Rina dapat menghembus nafas lega setelah melihat wajah suaminya yang nyata di hadapan mata. Bibir masih dikemam tapi air mata terus menerus mengalir.

Ikatan kuat yang meninggalkan kesan merah dan luka pada kedua pergelangan tangan isterinya dilihat lemah setelah dileraikan. Air liur ditelan pahit. Otot bibirnya pula bergetar.  Kesan luka pada leher Rina juga mengejutkan dirinya sampaikan dia tewas dengan turut mengalirkan air mata, kepala pula tertunduk sewaktu melutut di hadapan perempuan itu. Faleq tidak dapat menahan perasaannya melihat si isteri diperlakukan seperti ini. Bahkan dia rasa tak sanggup untuk melihat muka orang yang dia cintai saat ini.

"Awak...kenapa lambat? Saya tunggu awak." Ujar Rina bernada tak bermaya. Dagu Faleq dibawa naik, menyuruh untuk memandang seluruh wajahnya.

Tapi wajah lelaki itu telah basah. Dia tak mahu Rina melihatnya sebagai seorang lelaki yang lemah.

"Aku minta maaf. Aku minta maaf. "

Dua kali dia meminta maaf.

"Aku minta maaf sebab terlambat, Rina."

"Saya ada hadiah nak bagi pada awak, tapi saya tak tahu awak suka atau tak." Tuturnya dengan senyuman kecil di bibir tapi pada masa yang sama dia tak larat.

"Sayang, a..."

Tak sempat dia nak habiskan perkataan yang sudah lama dia mahu keluarkan daripada mulut, tubuh Rina menjadi longlai dan akhirnya jatuh ke dalam dada bidangnya.

"Sayang!"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 19, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang