Kamu sihat?

2 0 0
                                    

Sunyi pendengaranku tanpa suaramu,
dadaku gelisah tidak tenang,
bagaimana khabarmu,
kamu makan apa,
bajunya semua rapi?
sebak sungguh dada ini.

Tidurku tidak baik-baik saja sejak akhir ini,
kebiasaanya aku mendengar suaramu,
fikiranku berputar pasti ada tentangmu,
begitu sayu hatiku,
mereka tertawa saja akan kisah ini,
kenapa aku yang merasakan tidak adil?
aku juga perih dihati ini,
berteriak juga tidak kamu endahkan lagi,
kejujuranku disalah tafsir,
kelemahanku dipermainkan oleh mereka yang jahat,
kalian fikir mencintai itu tidak pakai tenaga?
pengorbanan kita dijadikan bahan cerita,
usaha kita dipermainkan,
akhirnya aku yang tewas.
kamu juga sakit,
aku tahu itu perih.

Jika kamu mahu pergi,
aku pasti menghalangmu!
belum puas aku menatapmu,
belum cukup aku mengucapkan kata cintaku,
tapi love,
jika kamu sakit kerana aku,
kamu pergi saja,
aku benar lelah dan redha.
aku usaha sekeras kerasnya,
tapi kamu juga mangsa,
boleh jaga dirimu untukku?
rindu sekali suara dan tawamu,
kamu pasti ingin katakan aku terlalu banyak fikir,
fikiranku terbawa-bawa kemana saja.

Benar,
kerana aku takut kehilanganmu.
jika suatu hari nanti,
kamu rindu atau teringat akan senyumku,
berpalinglah cinta,
aku ada disini buatmu.

Rindu Cinta banyak juta lemon - iffvhsvdri

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love, aku rinduWhere stories live. Discover now