Prolog II

3 1 0
                                    

          Selesai solat magrib berjemaah, Ayleen akan duduk di riba ayahnya. Mendengar ayahnya mengajar abang-abangnya mengaji. Ibu pula akan siapkan makan malam. Bila dah selesai, biasanya ayah akan berbual-bual dengan Khaleed dan Maleek. Salah satu caranya meluangkan masa bersama anak-anak selepas sibuk bekerja dari pagi hingga lewat petang. Tapi seperti biasa, hanya mulut kepoci Ayleen dan Maleek yang bercerita itu dan ini. Kadang-kadang ayah terpaksa bertanyakan soalan pada Khaleed supaya dia bersuara. Macam simpan harta karun dalam mulut, takut dicuri bila dibuka bak kata ayah.


"Ayah! Anjing hitam besar tadi baiklah. Dia halau anjing coklat yang cuba nak makan adik! Kenapa ayah baling batu dekat dia?"


Seluruh ruang tamu terasa sepi selepas Ayleen berbicara.

Maleek dah melopong. Khaleed yang dari tadi dengan mata kuyunya kini mengerutkan dahi sambil pandang Ayleen.

"Anjing hitam?" Soal Maleek.

Ayah geleng sebelum lepas nafas berat.

"Serigala..."

"Serigala!?" Suara Khaleed dan Maleek berpadu. Boleh lihat bagai nak terkeluar biji mata mereka. Tak percaya.

Ayah angguk. Dahi dan keningnya berkerut sedikit.

"Ya..." jawabnya tenang. Tapi ada terselit kerisauan di balik suaranya. Apalah jadi kalau dia sampai lambat tadi.

Sekali lagi dia lepaskan nafas perlahan-lahan.

Nak tak nak, dia kena explain juga sebab anak bujangnya ni pasti mahukan jawapan walaupun yang seorang tu buat-buat tak nak ambik tahu tapi dia pasti, dalam diam anak bujangnya ini nak kan jawapan apa yang terjadi.

"Serigala hitam. Beso, tinggi. Adalah tinggi dalam lima kaki macam tu..." sambung Encik Nordin.


Mata kuyu kedua-dua anak bujang itu membulat seketika sebelum mereka mendongak sikit ke atas. Membayangkan apa yang dikatakan oleh ayah mereka.

"Mata dia abang... Merah! Hidung dia besar. Kaki dia besar." Ayleen mencelah sambil menerangkannya dengan bersungguh-sungguh. Tangannya diapung-apungkan ke udara.

Sekali lagi Khaleed dan Maleek mendongak sedikit ke atas selepas memandang Ayleen buat seketika. Ligat otak memikirkan apa yang dikatakan oleh Ayleen.

"Uishhh... biar betul ni? Ada ke serigala besar macam tu?" Maleek siku Khaleed minta kepastian sambil jungkit sebelah kening.

Khaleed pula geleng sekali, "Tah. Memang ada baka yang besar. Tapi nak kata tinggi sampai lima kaki tu macam mustahil."


Encik Nordin senyum segaris.

"Betullah apa yang ayah cakap tu! Tak baik cakap Ayah tipu," selar Ayleen ketika ayahnya baru sahaja nak bermukadimah.

"Abang tak cakap pun ayah tipu kita..." suara parau Khaleed lembut. Dia buka songkoknya dan letakkan di sebelah riba.

Memang setiap kali bercakap dengan adik perempuannya, tak pernah dia naikkan suara pada Ayleen walaupun adiknya itu nakal. Begitu juga kalau dia berbicara dengan ibu dan ayahnya. Tapi, kalau si Ayleen tu masih tak dengar kata, dia akan biarkan sahaja. Malas mahu melayan.


Encik Nordin cubit lembut pipi anak perempuannya.

"Abang tak cakap ayah tipu. Tapi abang bagi pandangan kat kita. Betul apa abang cakap. Macam mustahil serigala ada sebesar itu dan pada ayah memang mustahil," terang Encik Nordin tenang. Tangannya mengusap janggut nipis didagunya.


"Kuasa tuhan," celah Maleek.

"Betul. Allah berkuasa dalam segala-galanya. Siapa kita nak mempersoalkan kuasanya? Kita hamba Dia. Macam-macam jenis makhluk Allah boleh cipta sampaikan sekarang, orang bijak pandai masih tak dapat kaji spesis-spesis baharu flora dan fauna."

Dada Maleek membidang. Senyuman dia mula melebar. Bangga kata-katanya disokong ayah. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali ke arah Khaleed.


"Kau orang pergi mana petang tadi? Magrib baru nampak muka," soal Encik Nordin. Macam dia tak nampak kembar dua ini senyap-senyap masuk rumah masa magrib tadi. Padanlah tak tahu apa yang jadi waktu petang tadi.

"Tolong bapak Ming Wei tadi..." jawab Maleek sambil tersengih.

"Patutlah tadi ibu masuk bilik air bau getah! Kerja kau orang berdua rupanya!" Puan Sabariah dah cekak pinggang.

Pucat muka kembar dua itu.

Encik Nordin hanyageleng kepala. Tolong berkebun dekatkebun getah rupanya.

LYCANTHROPE [E-BOOK SOON] OGWhere stories live. Discover now