01

1 0 0
                                    

           Bilik tetamu rumah Tok Jani dan Nek Ramlah penuh dengan saudara mara termasuk Ayleen, Khaleed dan Maleek. Rumah kami tak jauh dari rumah atuk. Jalan kaki pun boleh sampai, tapi ayah still  hantar guna kereta. Tak akanlah nak angkut segala beg sambil berjalan kaki. Penat.






     "Betul!  Jom aa pergi rumah lama tu! Bukannya jauh sangat dari rumah Nek Ramlah. Kita ade driver kot."

 Bersungguh-sungguh pujuk salah seorang sepupu perempuan yang duduk bersebelahan dengan Ayleen, Embun. Dia sebaya dengan Khaleed dan Maleek. Umur 18 tahun.



 Dalam sepuluh orang yang ada dalam bilik tu, Ayleen yang paling muda, 11 tahun.  Awalnya, Khaleed sudah halang dia untuk ikut campur mereka tapi, biasalah... Ayleen Malia tak akan mendengar cakap abangnya. Bukan apa, dia hanya risau Ayleen mendengar perbualan orang dewasa.

 Walaupun jenis nampak tenang dan malas ambil tahu tentang sesetengah orang sekelilingnya, dia still tahu beberapa jenis perangai saudara maranya yang kurang senang. Malas Khaleed mahu melayan, dia hanya membiarkan adiknya ikut campur.

 Dan dalam sepuluh orang golongan muda yang ada di dalam bilik itu, hanya dua ke tiga orang yang sahut cabaran untuk turut serta aktiviti paranormal itu.


     "Tak syok la tiga orang je yang nak join. Khaleed, Maleek! Jomlah!"

 Khaleed hanya buat pekak. Idea-idea begini remeh baginya. Baik dia duduk di rumah dan tidur atau main game.


 Maleek pula sedang memikirkan samada dia patut ikut atau tidak. Lama kelamaan nampak dia mula senyum sumbing bagaikan setuju. Tapi bila dia pandang Khaleed, bagai kena renjatan elektrik apabila terima jelingan tajam daripada kembarnya. Terus rasa suram seketika. Hilang segala keterujaan dan idea-idea yang dia dah rancang dalam fikirannya sejak tadi.

     "Kau jangan macam-macam. Kalau ayah tahu, barai kita kena kerjakan," suara parau Khaleed berbisik ditelinga Maleek. Amarannya kedengaran menakutkan sehingga rasa sejuk tulang belakangnya. Tapi yang lebih menakutkan sebenarnya dari nada suara Khaleed.

 Embun yang dengar bisikkan Khaleed cepat-cepat mencelah.

     "Alaa... Kita keluar senyap-senyaplah. Tak ada siapa-siapa tahu kalau takde yang pecah mulut," pujuk Embun.

     "Kau cakap senang. Tu, budak tu. Bukan boleh percaya tu,"

 Maleek muncung bibir ke arah Ayleen yang sejak tadi hanya duduk bersila di atas lantai dan pasang telinga.

 Embun hembus nafas berat. Dia memusingkan badan menghadap Ayleen. Dia genggam erat kedua-dua belah bahu Ayleen.

     "Ayleen. Leen jangan bagi tahu sapa-sapa tau," pujuk Embun sambil picit pipi Ayleen. Rambut Ayleen dia selitkan di belakang telinga. Dia buat begini bukan untuk pujuk Ayleen supaya simpan rahsia sahaja, tapi lebih ke arah nak pikat hati batu Khaleed!

     "Okey!" Ayleen angkat tangan kanan ke sisi kepalanya bagai mengotakan janji.

     "Ayleen tak bagi tahu sapa-sapa! Kita semua pergi senyap-senyap," sambungnya sambil senyum lebar. Tak sabar dia nak tunggu malam kejadian.

     "Eh? Siapa cakap kau ikut? Takde takde, kau duduk umah je tido." Maleek bagi amaran keras.

     "Alaa! Nak ikut!" Suara Ayleen naik seokhtaf. Berkerut dahinya apabila dapat tahu dia tidak dapat ikut abangnya. Bibirnya pula sudah memuncung. Mana adil macam ni. Abang-abangnya dan Kak Embun boleh. Tiba pada dia semua tak boleh.

LYCANTHROPE [E-BOOK SOON] OGWhere stories live. Discover now