Prolog I

9 1 0
                                    

          "Leen! Masuk cepat dah pukul 6:45 petang ni," laung Puan Sabariah dari pintu masuk utama rumah walaupun jarum jam sebenarnya baru cucuk pada 6:30 minit petang.

 Anak ke dua perempuannya ini banyak akal berbanding dengan dua orang anak kembar lelaki sulungnya, Khaleed Muhammad dan Maleek Muhammad. Pening!

 Khaleed seorang yang tenang, jarang berbual atau lebih tepat dia hanya berbual bila perlu dan hanya dengan dunianya sendiri sahaja manakala Maleek pula periang, suka berbual dan tiada rasa malu. Ada sahaja topik yang hendak ditanya dan ingin dirungkaikan dengan segera.

 Lain dengan Khaleed yang lebih gemar mencari jawapannya sendiri melalui mana-mana sumber yang dia ada. Tapi puan Sabariah bersyukur yang amat kerana anak lelakinya mudah dengar kata dan suka membantu. Sifat mereka juga tak mudah melenting serta suka bagi kerjasama, bila waktunya serius mereka akan serius. Dia mulai nampak perkara ini sejak dia lahirkan puterinya, Ayleen Malia sewaktu Khaleed dan Maleek berusia tujuh tahun. Bagai mereka tahu sakitnya ibu mereka berkorban melahirkan hamba suci ke dunia, penat lelah ibunya, pahit manis yang dilalui ibunya.

 Seperti yang diduganya, Ayleen tak mengendahkan suruhannya walaupun sudahditegah dengan keras. Sabariah tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan, biar dia bersabar. Kenalah dengan nama yang diberikan ibu bapanya. Kalau caranya tak jalan, hanya ada satu cara akhir sahaja yang berhasil. Cuma 'cara akhir' itu belum pulang dari tempat kerjanya.

 Umur dan sais tubuh badan kecil Ayleen Malia bukan penghalang bagi anak umur lima tahun itu untuk terus mengayuh dengan pantas. Jatuh? Nangis sekejap. Lepas ibunya pujuk nanti dia main lagi. Dibawanya basikal itu atas bukit terus meluncur sudah, lalu di lecak-lecak juga sudah, kini dia nak kayuh secara selok belok. Ayleen susun selipar-selipar yang diambil di beranda rumah secara memanjang dan jarak-jarak mengikut anggarannya.

 Selesai Menyusun selipar, dia senyum lebar melihat hasil tangannya. Dengan berkaki ayam dia kembali semula ke arah basikal.




     "Lari woi lari!"

 Jeritan kanak-kanak bercampur dengan gonggongan anjing.

 Membutang mata Ayleen tengok kejadian yang tak jauh dari tempat dia berdiri.

 Baru nak meletus gelak, anjing itu dah menoleh dan pelan-pelan menapak ke arahnya. Kering terus angin dalam badan!

 Ayleen melangkah setapak ke belakang, anjing tu maju beberapa tapak kehadapan. Terus terhenti langkahnya. Lagi meremang bila dia dengar anjing itu mula merengus. Nampak jelas gigi taringnya.

     "Ibu..." suara kecil dia bergetar.



     "Woi budak kecik! Kau tercegat apa?! Larilah woi!"

 Ayleen tersentak. Belum sempat dia pusing belakang untuk lari, anjing itu makin dekat dengannya dan bersedia untuk menerkam dia. Dalam masa yang sama, ada sosok hitam yang melompat dari arah belakangnya. Berdiri diantara dia dan anjing tersebut.

   Serigala.

 Terkujur seketika dia di situ.

 Takut.

 Tapi dia masih kekal berdiri di situ. Mengambil beberapa langkah ke belakang.

 Serigala. Bulunya hitam pekat dan lebat. Tubuhnya juga besar, tinggi tapi tegap. Dengan hanya pandangan dia je buat anjing tadi tunduk kemudian berlalu pergi.

 Ayleen masih lagi terpacak di situ. Tergamam.

 Serigala tadi pula pelan-pelan menoleh ke arahnya. Anak mata merah serigala tatap dia lama. Pandangan mereka bersambung.

 Jujur dia hampir terkucil dan hendak menangis.

 Seperti memahami anak kecil itu, serigala itu setapak ke belakang. Matanya yang tadi bagai mahu membunuh kini kian lembut.

 Ayleen dah mula mencebik. Bibir bawahnya bergetar. Tanpa sedar air mata dia jatuh setitis demi setitis.

 Serigala tadi cuba mendekat. Bagai mahu memujuk. Teragak-agak pada mulanya. Akhirnya hujung hidung besarnya bertemu dengan dahi mulus Ayleen...




     "Woi!"

 Serigala itu menoleh ke arah suara tersebut. Telinganya tegak menerima amaran.

 Ayah!

 'Her survivor is here!'

 Tapi dia dah tak perlukan penyelamat lagi. Dia dah terselamat.

 Encik Nordin dah genggam batu bata. Nampak genggamannya erat sehingga timbul urat-uratnya. Bersedia untuk baling.


     "Ayah, jangan!" Ayleen jerit sekuat hati tapi sia-sia.

 Batu tu dah selamat dilempar. Tepat kena sebelah kiri muka serigala.

 Hancur berkecai batu itu. Tapi dalam satu masa, serigala itu menghalang cebisan batu-batu itu dari terkena padanya.

 Diselamatkan buat kali kedua!


 Ayleen tutup mukanya menggunakan kedua-dua telapak tangannya. Rapat. Kemudian, pelan-pelan dia jatuhkan tangannya ke sisi. Matanya terkebil-kebil membetulkan pandangan yang kabur.


 Encik Nordin kini dah ada di depannya.

     "Anak ayah..." suara Encik Nordin lembut di sebalik suara paraunya. Penuh dengan risau. Dia angkat anaknya dan bawa dalam dukungan erat.

     "Adik okey?" Dia usap rambut Ayleen perlahan-lahan kemudian turun ke belakang badan.

 Pelukkannya diketatkan sambil dia melangkah ke arah rumah separuh papan separuh batu itu.

 Ayleen angguk berkali-kali. Mendagu di bahu kekarayahnya. Matanya melilau. Cari serigala hitam besar tadi.

LYCANTHROPE [E-BOOK SOON] OGWhere stories live. Discover now