SETELAH 5 minit perjalanan untuk ke lokasi yang telah ditetapkan oleh Aina untuk mereka berdua berjumpa, Qalesya akhirnya tiba di sebuah kafe yang terlihat agak sederhana tapi mewah. Qalesya lalu melangkah keluar dari perut keretanya.
Setelah kereta dikunci, Qalesya lalu mengorak langkah masuk ke dalam kafe tersebut. Pantas dia mencari kawan baiknya itu. Aina.
Aina yang melihat Qalesya sedang terpinga-pinga mencarinya itu mula melambaikan tangan ke arah Qalesya. Qalesya tersenyum lalu menuju ke arahnya. Punggung mula dilabuhkan di atas kerusi.
"Aaa bestie! rindunya aku dekat kau. Kau sihat?" Soal Aina lalu bangun ingin memeluk Qalesya.
Qalesya yang merasa sakit di bahagian lengannya akibat luka oleh kerana dipukul oleh puan Mariam itu mula menolak perlahan badan Aina dari terus memeluknya. Aina mengerut dahi. Kenapa? setahu dia, Qalesya ialah orang yang paling suka dipeluk.
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apa cuma tangan aku sakit sikit sebab luka. Hehe" Dia ketawa kecil.
"Kenapa? Macam mana boleh luka? Kau okay tak?" Soal Aina yang penuh risau itu.
"Jangan risau. Aku okay aje. Biasalah, aku kan tak reti duduk diam. Masatu aku baru lepas mop lantai and aku tersalah lari then tangan aku tergores dekat benda tajam." Bohongnya. Dia tidak mahu Aina tahu perkara yang sebenar.
"Are you sure?" Soal Aina dengan wajah yang masih penuh kerisauan itu.
Qalesya mengangguk lalu menayangkan senyuman lebarnya. Aina lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Aku dah tolong pesankan minuman untuk kau. Tapi, kalau kau nak makan aku boleh tolong pesankan sekali lagi"
"Tak apa, aku dah kenyang. Oh ya, kenapa kau nak jumpa aku? ada apa?" Soal Qalesya.
"Saja. Aku nak jumpa kau. Rindu, hehe. By the way selepas ini jom teman aku pergi popular"
"popular?tempat apa tu?" Qalesya mengerutkan dahinya.
"La.. Kau tak tahu ke? kat situ banyak jual buku-buku bagi kegunaan kau. Dan semestinya ada novel dekat situ" Terang Aina.
"Novel? apa tu?"Qalesya makin mengerutkan dahinya. Jujur, Dia tidak pernah membaca sebarang novel. Nak buat macam mana, Dia sahaja tidak pernah keluar pergi ke mana-mana kedai. Hanya terperap di rumah sahaja.
"Itu lah yang kau tak tahu. Sebab tu aku nak kau teman aku. Hihi. Novel ni macam sebuah buku membaca tapi yang berbezanya dia macam menceritakan tentang kisah-kisah cinta dan banyak lagi lah" Aina tersenyum.
Qalesya mengangguk faham. Haih lah kau ini Qalesya. Jauh betul ketinggalan. Tetapi, tidak lah terlalu jauh. Nasib lah hidup dengan mak tiri yang tak benarkan dia keluar. Kalau benarkan, Hanya untuk urusan yang penting sahaja. Mujurlah dia tidak memberitahu puan Mariam yang dia ingin keluar berjumpa dengan Aina.
____________________________________
SAMPAI sahaja mereka di popular, Qalesya mula melangkah masuk bersama Aina ke dalam kedai buku tersebut. Qalesya ternganga buat seketika. Bedsar betul! kalah bilik tidur dia.
"Aku nak pilih novel sekejap, kalau kau berminat nak cuba baca jugak pergilah pilih mana-mana novel yang kau nak. Tak apa, kalini aku belanja sebab kau kan pertama kali baca" Terang Aina.
Qalesya mengangguk. Dia lalu menuju ke sebuah rak yang mempunyai pelbagai novel. Dia mula melihat satu persatu novel tersebut. Cantik! Qalesya mula terpesona apabila melihat semua cover novel-novel yang tersusun di atas rak itu. Dia mula mengambil sebuah novel dan cuba membaca sinopsis nya.
Akhirnya, sekitar 30 minit dia cuba memilih sebuah novel Qalesya mula menjumpai sebuah novel yang mampu menarik perhatiannya. Novel yang bertajuk His Code Name:Alpha by ElYSHAKAMAN itu mula diambil olehnya. Lantas dia mengorak langkah menuju ke arah kaunter untuk membayarnya.
Aina yang baru sahaja keluar dari kedai buku itu mula memandang ke arah Qalesya yang sedang menunggunya.
"Macam mana? ada ke novel yang kau minat?" Aina memandang ke arah Qalesya.
"Ada. Tapi, aku cuba beli satu aje dulu."Qalesya tersenyum.
Aina mengangguk faham. Mereka berdua lalu mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
____________________________________
TIBA sahaja Qalesya dirumah, dia lalu melangkah kaki keluar dari perut kereta. Pintu kereta mula ditutup dan dikunci. Baru sahaja dia membuka pintu, dia mula memandang ke arah puan Mariam yang sedang melihatnya dengan pandangan tajam itu.
"Baru balik?" Soal puan Mariam.
"Erm.. Haah.. T-tapi Sya tak balik lebih dari 40 minit kan?" Dia mula ketakutan.
"Mulai harini, kau keluar dari rumah ni. Aku dah tak nak tengok muka kau. Menyusahkan aku aje"
"T-tapi kenapa ibu? Sya baru keluar 34 minit. Apa salah Sya? k-kenapa ibu nak halau Sya?"
"Argh, menjawab! sudah. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Intan! Ambik semua baju-baju perempuan ni dan bawa keluar" Arah puan Mariam sambil memandang ke arah Intan yang berada di tepinya itu.
Intan dengan cepatnya menurut perintah puan Mariam itu lalu naik ke atas untuk mengambil semua barang-barang Qalesya dan dibawa turun ke bawah kemudian memberikan kepada Qalesya.
"K-kejap! Tapi kenapa ibu?... Sya mintak maaf kalau Sya ada salah tapi jangan halau Sya.." Air matanya perlahan-lahan keluar.
"Eh perempuan, kau tak dengar ke ibu cakap apa? dah kalau dia suruh keluar tu keluar je lah" Sampuk Intan.
"I-intan.. Kenapa Intan jadi macam ni? Intan tak pernah jadi macam ni dekat akak.."
" Hai lah kau ni. Senang betul diperbodohkan ya? hey! selama ni aku tipu aje lah. Kau ingat, aku sayang ke dekat kau?" Senyuman sinis sedikit ditayangkan.
Puan Mariam lalu menolak Qalesya keluar dari rumah. Segala barangnya mula dicampak keluar oleh puan Mariam.
" Lepasni, jangan kau berani cuba tunjukkan muka kau dekat sini. Aku haramkan kau jejakkan kaki kau dekat rumah ni. Walau selangkah sekalipun!" Ugut puan Mariam lalu menutup pintu rumah.
Qalesya mula menangis teresak-esak. Apa lagi salahnya kali ini? kenapa? kenapa mereka berdua sangat benci kepadanya? Mana dia nak pergi sekarang? Dia mula mengutip semua bajunya itu kemudian meletakkan ke dalam kereta.
Flashback Intan&puan Mariam.
"Ibu, Intan ada idea yang bagus untuk ibu" Dia tersenyum jahat.
"Idea apa?" Soal puan Mariam ingin tahu.
"Apa kata kita halau aje perempuan tu? lagipun ibu mesti tak nak dia tinggal dekat sini lama-lama"
"Ha? macam mana?"
"Hm.. macam ni. Dia bagitahu ibu dia keluar 40 minit aje kan? Tapi, Intan pasti yang dia tak keluar 40 minit. Mesti kurang. Jadi, apa kata ibu tipu aje dia yang sebenarnya ibu bukan bagi dia keluar 40 minit. Tapi, kurang daripada tu. Lepastu, ibu suruh lah Intan ambik semua barang dia and ibu tolak aje lah dia keluar dari rumah ni. Senang kan?"
"Hm.. Bijak anak ibu. Kalau macam tu, kita tunggu aje lah dia balik"
Mereka berdua mula tertawa sinis. Bukan itu sahaja, puan Mariam juga rumah itu menjadi hak milik mereka berdua sepenuhnya. Padahal, mereka tidak tahu yang rumah itu ayah Qalesya sudah wasiatkan sepenuhnya kepada Qalesya bahkan sudah menjadi miliknya.
End Flashback.
Lantas dia bangun berdiri lalu masuk ke dalam perut keretanya. Dia mula menuju ke sebuah tempat dimana tempat yang mampu membuatkan dia tenang dan sentiasa mengingatkan dirinya kepada seseorang.
~BERSAMBUNG~
macam mana?semakin menarik?
Cukup 25 reader i up chapter seterusnya.
YOU ARE READING
IMAGINASI | (Og)
Fantasy"Dia tak wujud.Dia hanya imaginasi kau.Dia hanya bayangan kau"