BAB 5

4 3 0
                                    

PINTU kafe mula ditolak lalu melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Dia memandang setiap sudut yang ada di kafe itu. Sederhana tetapi mewah. Kafe yang terlihat seperti bertemakan kerajaan. Lagu klasik yang dimainkan oleh staf disitu. Sempurna!. Kena dengan cita rasanya. Qalesya menuju ke arah kaunter untuk memesan minuman.

Selesai sahaja dia memesan minuman, dia mengatur langkah menuju ke arah meja yang terletak tepi tingkap kafe tersebut. Sedikit sahaja lagi dia ingin sampai ke meja tersebut, seorang jejaka tidak sengaja melanggarnya sehinggakan novel yang baru dia beli yang bertajuk Dr. Alpha Male by Anjell terkena air yang dibawa oleh jejaka tersebut.

"Astaghfirullah novel aku!.." Pantas dia mengambil tisu yang ada di dalam beg silangnya lalu mengelap novel tersebut.

Jejaka tersebut hanya melihatnya lalu berlalu pergi. Dengan cepatnya Qalesya mengatur langkah mengejar jejaka yang melangkah keluar dari kafe itu.

"Hey awak!"

Jejaka tersebut menghentikan langkahnya. Dia berpaling lalu memandang Qalesya dengan wajah yang agak dingin itu.

"Awak ni memang buta ke apa ha?! Tak nampak saya tengah pegang buku? Dah buat salah tak reti nak minta maaf ke? Ke awak ni bisu?" Laju sahaja dia mengomel ke arah jejaka itu.

Sekitar lima minit lelaki tersebut berdiam diri, akhirnya dia membuka suara.

"Aku? Bisu? Bukan kau ke yang buta? Tak nampak aku tengah pegang air?"

Qalesya geram. Ingin sahaja dia mencekik jejaka itu. Dia memandang ke arah nametag yang berada di kemeja lelaki itu. Tengku Muhammad Fawwaz Luthfi. Ya, nama lelaki tersebut.

"Wait.. what? Saya? Buta? Eh awak tu yang jalan tengok tak pakai mata! Nama dah cantik tapi adab kelaut! Dah lah tak reti minta maaf!"

"Hey cik adik, betul lah apa yang aku cakap tu. Kau tu, Orang berjalan pandang depan. Kau pandang buku tu buat apa? Dah lah pakai baju entah apa-apa. Tu, tudung selendang tu. Tak boleh pakai elok-elok?" Dia memandang ke arah Qalesya yang memakai abaya berwarna putih itu dengan tudung selendangnya yang berwarna putih.

"Baju entah apa-apa? Hello. This is fashion! Awak tu? Baju kemeja tak tight in. Seluar tak reti nak iron elok-elok. Harap muka aje hensem tapi perangai? hmph!"

Geram sahaja dia dengan jejaka tersebut. Luthfi yang mendengar omelan dari gadis itu hanya mengabaikan sahaja. Malas ingin bertengkar dengan Qalesya.

Helmet superbike miliknya mula disarungkan dikepala. Dia mula melangkah kaki nya naik ke atas motor tersebut. Enjin motor dihidupkan lalu pergi.

Qalesya menghentak kakinya geram. Sudah lah tak reti minta maaf. Selepas itu, pergi begitu sahaja. Kalau dia jumpa lagi lelaki itu memang dia cekik sampai mati.

Dia kembali melangkah masuk ke dalam Kafe. Air cappucino nya yang dari tadi berada di atas kaunter itu diambil. Sudah cair. Ini semua sebab perkara tadi. Dia lalu menuju ke arah meja.
____________________________________

DIA menolak pintu masuk ke dalam pejabatnya. Semua staf yang melihatnya itu terus menunduk. Dia menuju ke arah bilik kerjanya. Pintu bilik yang mempunyai papan tanda "CEO" itu mula ditolak. Lantas kakinya melangkah masuk ke dalam. Pintu ditutup.

Baru sahaja dia ingin melabuhkan kerusi di atas meja kerjanya, telefon bimbit miliknya itu mula berdering. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar itu diambil sebelum dia mengerling sekilas nama si pemanggil. Tombol hijau mula ditolak ke atas lalu dia menekan ikon loudspeaker.

"Boss! kami dah jumpa dia" Terdengar suara seseorang yang sedang tercungap-cungap dari telefon bimbitnya.

Pantas dia menutup ikon loudspeaker itu. Dia mencapai telefon bimbitnya itu lalu meletakkannya berdekatan dengan telinganya. Dia berbingkas bangun untuk mengunci bilik kerjanya itu.

"Tangkap dia. Pastikan korang tangkap dia dengan cara hidup-hidup. Aku taknak dia mati dekat tangan korang. Biar aku yang bunuh dia." Dia menutup panggilan itu. Senyuman sinis sedikit ditayangkan.

Pantas helmet superbike miliknya yang terletak di atas meja yang berdekatan dengan meja kerjanya diambil. Dia mula mengatur langkah. Pintu dibuka lalu melangkah keluar.

"Azim. Buat pengumuman yang diaorang semua dibenarkan balik awal. Oh ya, Jangan lupa batalkan semua mesyuarat aku hari ini. Aku ada kerja nak diselesaikan." Dia mengarah pembantunya.

"Baik tuan Luthfi" Azim mengangguk.

Semua pekerja disitu mula memandangnya. Mereka mula berkerut dahi. Tidak sampai 10 minit dia berada di sini sudah keluar sekali lagi.

~BERSAMBUNG~

how? Okay? Atau.. tidak?

cukup 35 reader i up chapter seterusnya.

IMAGINASI | (Og)Where stories live. Discover now