DIA melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu ditutup lalu dikunci. Qalesya mengorak langkah menuju ke arah sofa.
Penat. Dia sungguh penat hari ini. Banyak kerja yang harus dia selesaikan. Beg silangnya diletak di sisi nya lalu dia memejamkan matanya. Qalesya mula terlelap.
Sekitar 15 minit dia terlelap, dia tersedar dan dia berasa yang dia sedang berada di alam lain. Alam mimpi.
Dia membuka matanya. Laju sahaja dia berbingkas bangun dari baringnya. Matanya mula meliar memandang sekeliling. Aku dekat mana? Satu soalan mula bermain di dalam kepalanya.
Terlihat seperti seorang jejaka mula berjalan ke arahnya. Dia berhenti di hadapan Qalesya. Sejambak bunga rose yang berbau harum dan terlihat seperti baru sahaja dipetik mula diberi kepada Qalesya.
"Awak ni siapa?" Dia memandang lelaki itu.
Lelaki yang memakai kemeja berwarna putih bersama dengan seluar yang berwarna hitam serta blazer yang berwarna hitam. Nampak.... Segak! Qalesya terpegun buat seketika. Bau wangian yang cukup membuat Qalesya tersenyum sebentar. Baginya, itu sudah cukup untuk membuatnya jatuh cinta.
"Dah puas bau badan aku? Kenapa sayang? Hm? Suka?" Dia bersuara lalu memandang Qalesya.
Qalesya terdiam. Kaku. Sayang? Dia tidak salah dengar bukan?
"Eh- maaf.. Erm, awak ni siapa? Saya dekat mana ni?" Qalesya memandang jejaka itu buat kali kedua dengan dahi yang agak berkerut.
"Kau dekat alam imaginasi. Alam yang penuh dengan angan-angan seseorang yang mungkin tidak dapat dicapai dengan semudah itu. Lebih tepat lagi, kau berada dalam otak kau. Dan aku, lelaki yang baru sahaja kau cipta sebentar tadi. Kalau nak lebih jelas, aku lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul dalam kepala kau. Faham?" Panjang lebar dia menjelaskan kepada Qalesya.
Tangannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak faham.
"Tak apa. Lagipun itu tak penting sangat. Jom, aku bawa kau ke tempat yang lebih menarik"
"Sekejap. Apa nama awak eh?" Soal Qalesya buat kali yang ketiga. Biarlah dia tidak faham apa yang dijelaskan oleh lelaki itu asalkan dia dapat tahu nama jejaka kacak tersebut.
"Amir Zaydan Daniel. Tapi, kalau kau nak panggil aku lelaki yang tak wujud pun boleh. Sebab aku kan hanya imaginasi kau." Dia tersenyum tipis.
"Aydan. Cantik kan nama tu? Buang huruf Z."
"Cantik. Dah jom, ikut aku."
Qalesya hanya mengikuti sahaja langkah Amir itu. Malas ingin memanjangkan lagi perbualan antara mereka berdua.
____________________________________DIA berhenti di hadapan sebuah gudang lama. Enjin motor mula dimatikan. Kakinya melangkah turun dari motor superbike nya itu. Laju sahaja dia mengatur langkah menuju ke gudang lama itu. Pintu gudang dibuka kasar.
Terlihat seorang perempuan memakai dress berwarna hitam serta kelihatan agak singkat sedang duduk di kerusi sambil tangannya diikat dan kepalanya ditutupi dengan plastik yang berwarna hitam. Plastik sampah mungkin.
Luthfi mengatur langkah menuju ke arah perempuan tersebut. Dia mula membuka plastik yang menutupi wajah cantik si gadis tersebut.
"Lepaskan aku!" Dia menjerit.
"Hye darling. Remember me sayang?" Luthfi tersenyum senget.
"Y..you?! Lepaskan i lah! You gila ke apa?!"
"Ya. I gila. But, ni semua sebab you. You yang buat i jadi gila!"
"Apa salah i? I tak pernah pun sakitkan hati you!"
"well.. Aku ada bukti. Disebabkan kau lah mummy aku jatuh sakit sampai sekarang! Eh perempuan , mummy aku tu bukan patung kau tahu tak kau nak buat kejutan macam tu?! Disebabkan kau cakap kau nak batalkan perkahwinan kita , mummy jatuh sakit sampai sekarang!"
"Sebab i? Betul lah apa yang i buat. Eh, I terima you sebab duit you je lah. You ingat selama kita bercinta i sayang sangat ke dekat you? No luthfi no. Itu semua hanya mainan i lah. Tak sangka, you ni senang diperbodohkan" Dia ketawa sinis.
"Tasya Humaira! Kau jangan berani nak cabar aku!. Sekelip mata aje peluru pistol ni boleh melekat dekat kepala kau tu!" Sebuah pistol yang terletak di atas meja dan berada di sisi nya mula diambil.
Laju sahaja dia mengarahkan pistol tersebut ke arah Tasya.
"Buat lah. I nak tengok. Kalau dengan kucing pun you takut. Apa lagi nak tembak i?" Senyuman senget sekali lagi ditayangkan.
Tanpa membuang masa. Pemicu pistol mula ditarik dan..
DORR!DORR!DORR!
Setelah tiga kali tembakan dihalakan ke arah perut Tasya, cecair yang berwarna merah pekat mula keluar dari perut si gadis.
____________________________________SEKITAR 2 jam dia tertidur di atas sofa nya, Qalesya mula tersedar. Lantas dia berbingkas bangun dari sofa lalu masuk ke dalam biliknya.
Beg silang miliknya mula disangkut di belakang pintu bilik tidur miliknya. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas katil empuk miliknya itu.
Qalesya mula termenung buat sejenak. Dia bermimpi apa ya tadi? Amir Zaydan? Siapa? Siapa lelaki itu? Sudah lah baik. Layan dia dengan lembut pula. Tetapi, hanya bahasa nya sahaja yang sedikit kasar.
Qalesya yang malas terlalu memikirkannya, mula berbingkas bangun lalu mencapai tualanya. Kaki mula diatur menuju ke arah bilik air.
~BERSAMBUNG~
how?menarik? jangan lupa vote okay?❤️
cukup 45 readers i up bab seterusnya.
YOU ARE READING
IMAGINASI | (Og)
Fantasy"Dia tak wujud.Dia hanya imaginasi kau.Dia hanya bayangan kau"